Soalan no. 116
Assalamualaikum ustaz...saya ingin tau saja setelah saya menyimak kata-kata dari kita berselawat, mengapa ada nama Nabi Ibrahim di dalam selawat Nabi Muhammad SAW?
- Muhammad Arianda Putra Jazakala.
Jawapan :
Waalakaumussalam Muhammad Arianda Putra Jazakala Dalam selawat Allah SWT memuliakan Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda dan juga datuk baginda SAW iaitu Nabi Ibrahim a.s dan ahli keluarga baginda. Allah SWT memuji Ibrahim dalam flrman-Nya:
"Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan). " (Surah. an- Nahl ayat 120)
Termasuk keutamaan Allah SWT yang diberikan-Nya kepada Ibrahim adalah, Dia menjadikannya sebagai imam bagi manusia dan menganugerahkan pada keturunannya kenabian dan penerimaan kitab (wahyu). Oleh kerana itu, kita dapati bahawa setiap nabi setelah Nabi Ibrahim as adalah anak-anak dan cucu-cucunya. Ini semua merupakan bukti janji Allah SWT kepadanya, di mana Dia tidak mengutus seorang nabi kecuali datang dari keturunannya.
Demikian juga kedatangan nabi yang terakhir, yaitu Nabi Muhammad SAW, adalah sebagai wujud dari terkabulnya doa Nabi Ibrahim yang diucapkannya kepada Allah SWT di mana ia meminta agar diutus di tengah-tengah kaum yang umi seorang rasul dari mereka. Ketika kita membahas keutamaan Nabi Ibrahim dan penghormatan yang Allah SWT berikan kepadanya, nescaya kita akan mendapatkan hal-hal yang menakjubkan.
Kita di hadapan seorang manusia dengan hati yang suci. Manusia yang ketika diperintahkan untuk menyerahkan diri ia pun segera berkata, bahawa aku telah menyerahkan diriku kepada Pengatur alam semesta. Ia adalah seorang Nabi yang pertama kali menamakan kita sebagai al- Muslimin (orang-orang yang menyerahkan diri). Seorang Nabi yang doanya terkabul dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW. la adalah seorang Nabi yang merupakan datuk dan ayah dari pada nabi yang datang setelahnya. Ia seorang Nabi yang lembut yang penuh cinta kasih kepada manusia dan selalu kembali kepada jalan kebenaran. Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah." (Surah. Hud ayat 75)
"(Yaitu): Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim." (Surah. as-Shaffat ayat 109)
Demikianlah Allah SWT sebagai Pencipta memperkenalkan hamba-Nya Ibrahim. Tidak kita temukan dalam kitab Allah SWT penyebutan seorang nabi yang Allah SWT angkat sebagai kekasih-Nya kecuali Ibrahim. Hanya ia yang Allah SWT khususkan dengan firman-Nya:
"Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya." (Surah. an- Nisa' ayat 125)
Soalan no. 117
Assalamualaikum Ustaz Macam mana nak bayar hutang seseorang tu,, sedangkan kita tak tahu di mana tidak tahu dia masih hidup atau meninggal dunia,,tempat tinggal dia,,kawan-kawan dia semua tak tahu.
-Razfie Amien
Jawapan :
Waalakaumussalam Razfie Amien : Jika saudara ada hutang dengan seseorang dan tak jumpa lagi orang tersebut maka saudara boleh sedekahkan wang tersebut daam sedekah jariah masukkan kedalam tabung pembinaan masjid, sekolah agama, maahad tahfiz atau rumah anak yatim. Niatkan untuk membayar hutang saudara dan pahala sedekah tersebut di niatkan untuk orang yang saudara hutang. Jika di takdirkan beberapa tahun akan datang saudara berjumpa orang tersebut maka wajib saudara bayar hutang tersebut dan pahala sedekah yang telah di berikan akan menjadi milik saudara.
Soalan no. 118
Assalamualikum, ustaz minta pencerahan bagaimana nak minta hutang kawan saya yang pinjam wang daripada saya. Bila minta sentiasa beri alasan tak ada duit? Nak buat report kawan sendiri, saya jadi serba salah.
- Nor Azizah Amien
Jawapan :
Waalakaumussalam Nor Azizah Amien. Berdoalah kepada Allah SWT semoga rakan saudari mampu membayar hutangnya pada saudari. Jika di paksa sekali pun jika dia memang tak mampu maka tak akan dapat juga. Selagi saudari bersabar dan masih kekalkan ukhwah Islamiah dan minta dengan cara yang lembut maka selagi itulah saudari akan mendapat pahala. Jika tak boleh bayar sehingga akhir hayat saudari boleh tuntut hutang tersebut dalam bentuk pahala si peminjam. Jika saudari halalkan ianya sebagai sedekah dan akan mendapat syafaat iaiatu perlindungan Arasy.
Untuk pemberi hutang pula jika orang yang berhutang dengannya tidak berkemampun untuk membayarnya maka berilah tempuh yang sewajarnya atau jika boleh halalkan saja itu lebih baik kerana ada hadis di riwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya." (Hadis Riwayat Tirmizi). Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah SWT akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih hutang" (Hadis Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)
Huraiannya :
Sifat orang mukmin yang akan mendapat rahmat Allah SWT apabila dia berlapang dada semasa dia berniaga menjual barang kepada pelanggannya. Tidak menipu timbangan dan jelas akad jual beli tidak ada unsur-unsur menipu pelanggannya. Begitu juga ketika dia membeli tidak cerewet dan mudah dan mesra semasa membeli jika dia meminta potongan harga adalah dengan harga yang berpatutan tidak menyakitkan hati penjual. Begitu juga sifat mukmin yang terpuji sentiasa berlapang dada semasa menuntut hutangnya dan masih memberi ruang masa jika orang yang berhutang masih belum mampu. Dia tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang yang berhutang dan sentiasa menjaga ukhwah dan silaturahim.
Soalan no. 119
Assalamualaikum Ustaz mohon penjelasan adakah ini benar?
Baca tau  ..Bismillah hirahmannirahim innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun ..
Tlg kirim potongan ayat dr surah yassin ini minima 13 org..InsyaAllah 2 jam kemudian kamu akan dgr kabar baik & dpt kebahagiaan, demi Allah & jgn delete sblm disebarkan. Kita berbagi doa ke sesama muslim..2 jam sdh saya laksanakan tnyata rezki dtg Subhanallah (Ustaz Hasan 0123152858)
cuba je buat dulu.. jgn cakap mengarut tentang khabaran baik selepas 2 jam tu.. anda buat, anda sendiri akan tahu keputusannya kemudian.
- Muhammad Solihin Sol Burhanuddin
Jawapan :
Waalakaumussalam Muhammad Solihin Sol Burhanuddin bahaya nota-nota seperti ini menggunakan ayat al-Quran dengan menafikan kekuasaan Allah SWT. Ini adalah satu cara yang halus nak rosakkan akidah umat Islam kerana semua perkara ghaib adalah hak Allah SWT . Ikut saja suruhan Allah SWT dan Rasulullah SAW bila berdoa minta terus pada Allah SWT.
Allah SWT berfirman,
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah Al Luqman ayat 34)
Sering kita dengar, orang-orang hanya mengaitkan masalah-masalah yang ghaib dengan hal-hal mistis, yang ghaib ialah hal-hal yang menakutkan, malah banyak orang yang berani menerangkan hal ghaib tanpa ia merujuk kepada Al Quran dan sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda dalam hadis yang panjang, yang telah diriwayatkan oleh Syaikhani, Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim,
خَمْسٍ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا اللَّهُ ثُمَّ تَلَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ }
“Ada lima perkara (ghaib) tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, kemudian Rasul membaca (QS Luqman 34) : (1) sesungguhnya hanya disisiNya lah ilmu tentang hari kiamat; (2) Dan Dia yang menurunkan hujan; (3)Dia yang mengetahui apa yang ada dalam rahim; (4) dan tidak ada orang yang mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan/diperoleh besok, (5) dan tidak ada seorangpun yang mengetahui di bumi mana ia akan meninggal dunia. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, maha mengenal.”
Inilah 5 perkara ghaib yang tidak ada seoran gpun tahu kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala;
1. Hari Kiamat
Tidak ada makhluk didunia ini, jin, manusia, nabi dan malaikatnya yang mengetahui bila terjadinya hari kiamat, tahun apa, bulan apa, minggu apa, hari apa, jam berapa dan menit berapa, melainkan Allah satu-satunya, juga hambaNya Dalam ayat lain Allah menceritakan,
“Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang kiamat, ‘bila terjadinya?’ katakanlah!, ‘sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu ada pada Rabbku, tidak ada seorangpun yang dapat menjelaskan bila terjadinya kecuali Dia.” (Surah Al-A’raf ayat 187)
Dalam hadis JIbril yang masyhur, Rasul ditanya tentang hari kiamat, kemudian baginda menjawab “mal-mas’uulu ‘anha bi a’lama minas-sa’il (yang ditanya tidak lebih tahu dari pada yang bertanya)”, maksudnya yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu. Kemudian rasul hanya menjelaskan tentang tanda-tandanya saja.
Tidak ada yang mengetahui kepastian kiamat kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sudah dijelaskan diatas bahwa Rasul dan JIbrilpun yang sudah jelas kedekatannya dengan Allah saja tidak tahu, apalagi orang biasa yang tidak jelas apakah ia soleh atau tidak.
2. Turunnya Hujan
Begitu juga dengan hujan, tidak ada seorangpun yang mengetahui dengan pasti bila hujan akan turun. Dan ketika hujan turun tidak ada seorangpun yang tahu bila hujan ini akan berhenti. Dan dimana hujan itu akan turun. Namun jika Allah memerintahkan maka malaikat yang bertugas akan tahu bila dan dimana hujan itu turun.
Bila, dimana hujan akan turun, juga dengan lengkap Allah mengetahui berapa banyak air yang turun ketika itu. Dan tidak ada ilmu pengetahuan manapun yang mampu mejelaskan ini. Adapun perakiraan-prakiraan cuaca yang sering kita saksikan di tv-tv berita, itu hanya sekedar ramalan biasa berdasarkan sifat-sifat alam yang terjadi, bukan suatu kepastian tentang turunnya hujan.
“Dia (Allah) mengatahui yang ghaib dan Dia tidak memperlihatkan kepada siapa pun tentang yang ghaib itu” (SurahAl-Jinn 26)
Apa Yang Ada Di Dalam Rahim
Memang dengan berkembangnya teknologi modern zaman sekarang, orang sudah boleh mengetahui apa yang sedang dikandung oleh para isteri mereka. Laki-laki atau perempuan kah bayi yang sedang dikandung, dan besar kecilnya, juga cacat atau tidak.
Tapi subhanallah tidak ada seorang pun yang tahu apakah anak ini akan selamat ketika ibunya melahirkannya, berimankah ia setelah dilahirkan atau kufur, bahagia kah ia atau celaka.
Belum tentu bayi yang keluar dari rahim ibu yang miskin akan menjadi miskin pula besarnya nanti, tidak juga bayi yang keluar dari rahim ibu yang solihah akan menjadi solihah juga. Tidak ada yang mengetahuinya keculi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani dari sahabat Ibnu Mas’ud ra,
إنَّ أحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ في بَطْنِ أُمِّهِ أربَعِينَ يَوماً نُطْفَةً ، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذلِكَ ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذلِكَ ، ثُمَّ يُرْسَلُ المَلَكُ ، فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ ، وَيُؤْمَرُ بِأرْبَعِ كَلِمَاتٍ : بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ
“sesunguhnya seseorang diantara engkau semua dikumpulkan kejadiannya dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu 40 hari, kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu 40 hari pula. Kemudian diutuslah seorang malaikat, lalu ia meniupkan roh kedalam janin tersebut. Dan diperintahkah malaikat tersebut dengan (menuliskan) 4 perkara; rezekinya; ajalnya; amalnya; dan apakah ia termasuk golongan orang-orang celaka atau bahagia.”
4. Apa Yang Dikerjakan/Diperolah Besok Hari
Setiap manusia, apapun keilmuannya, kehebatannya, kesolihannya tidak akan mengetahui apa yang akan ia lakukan atau ia peroleh dengan pasti esok hari. Dalam segala hal, termasuk rezeki, nasib, keuntungan, dan sebagainya. Kebaikan kah yang akan ia peroleh atau keburukan? Kerana perkara hari esok adalah perkara yang ghaib dan hanya Allah lah yang menguasai semua perkara ghaib.
Setiap manusia hanya berkata : “Saya akan begini”, “Saya akan begitu”, “Saya akan mendapatkan ini”, “Saya akan mendapatkan itu”, tapi apakah benar keesokkan harinya ia akan melakukan atau memperoleh semua yang ia rencanakan kemarin? Tentu semua itu Allah yang menentukan. Manusia hanya boleh berharap dan berdoa.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam kitabnya Syu’abul-Iman, Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menegaskan bahawa, “Sesungguhnya rezeki Allah tidak akan tertarik (didapati) oleh usaha seseorang, dan tidak akan ditolak oleh kebencian seseorang.”
Seberapapun usaha manusia untuk mendatangkan rezeki tapi Allah SWT tidak menghendakinya, maka tak akan datang rezeki tersebut. Dan juga sebaliknya, seberapapun usaha seseorang untuk mencegah datangnya rezeki kepada salah seorang diantaranya tapi Allah menghendaki untuknya rezeki, maka sia-sialah usaha tersebut.
Kerana tidak ada yang terjadi dibumi ini kecuali atas kehendakNya, bahkan daun jatuh pun dari pohon dan bila daun itu jatuh ke bumi itu semua atas pengetahuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
“Tidak ada sesuatu apa pun yang kami luputkan di dalam kitab (lauh mahfuz).” (Surah Al-An’am ayat 38)
5. Di Bumi Mana Manusia Akan Meninggal
Dr. Aidh Al-Qarniy dalam salah satu tulisannya pernah mengutip sebuah cerita yang terjadi pada zaman Nabi Sulaiman a.s. Dikisahkan bahawa Nabi Sulaiman a.s sedang berkumpul dengan para pengikutnya.
Namun ada salah satu pengikutnya yang merasa tidak tenang duduk berkumpul kerana ada seseorang yang tepat duduk disamping Nabi Sulaiman terus melihatnya. Kemudian dengan gelisah ia bertanya kepada Nabi Sulaiman, “Siapakah gerangan orang tersebut yang sangat tajam melihat kepada ku itu?” Nabi Sulaiman menjawab, “Ia adalah Malaikat Maut yang menyamar sebagai manusia.” Mendengar jawaban tersebut, pengikut tersebut terkejut dan ketakutan, menyangka bahawa ajal akan tiba. Kemudian ia berkata kepada Nabi Sulaiman, “Wahai Nabi! Mintalah kepada Allah agar memindahkan aku dengan anginNya ketempat yang sangat jauh!” Kemudian nabi berdoa maka hilanglah pengikut tersebut. Dalam suatu riwayat ia diterbangkan oleh angin ke negeri India.
Tak lama setelah itu, Nabi Sulaiman bertanya kepada malaikat Maut tersebut, “Kenapa kamu melihat orang tersebut seperti itu?” Kemudian ia menjawab, “Aku heran wahai Nabi. Aku mendapat perintah dari Allah untuk mencabut nyawa orang ini siang nanti di negeri India, tapi mengapa pagi ini ia masih berada disini?”
Kematian adalah suatu misteri yang tidak ada seorang pun yang tahu bila, dimana dan bagaimana ia meninggalkan dunia ini. Maka oleh itu kita sebagai seorang muslim yang tak punya daya apa-apa untuk selalu memohon kepada Allah agar kita dimatikan dalam keadaan yang husnul khatimah.
Inilah 5 perkara ghaib yang tidak ada satu makhluk pun didunia ini baik jin, manusia bahkan malaikat yang mengetahui hakikatnya kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata-mata. Jadi perkara ghaib bukan semata perkara mistis, atau perkara dunia lain yang menyeramkan, atau pula perkara berhubungan dengan makhluk lain. Tetapi perkara ghaib ialah perkara yang kita sama sekali tidak ada kuasa untuk mengetahuinya, dan tak terlihat, baik dengan mata, fikiran atau khayalan.
Dan ini menjadi penting untuk diketahui, agar kita menjadi yakin akan kekuasaan Allah. Dan agar terhindar dari ikut campur atau masuk ke dalam 5 perkara ghaib tersebut.
Maksudnya siapa yang mengaku-ngaku mengetahui tentang 5 hal tersebut maka ia kafir. Atas dasar bahawa ia telah mengingkari apa yang ada dalam Al Quran. Dan Ijma’ ulama bahawa siapa yang mengingkari apa yang ada dalam Al Quran satu hururf saja maka ia telah menjadi kafir.
Wallahu a'lam
Soalan no. 120
Assalamualikum, ustaz saya ada satu soalan. Adakah benar segala kerja rumah seperti memasak, membasuh baju, basuh pingan, mengemas rumah bukan tugas seorang isteri?. Ada seorang penceramah memberikan tazkiran di masjid tempat saya mengatakan semua kerja-kerja rumah adalah tugas suami. Tugas isteri hanya menjaga anak, dan mentaati suami sahaja. Kerja-kerja rumah yang isteri buat hanya sukarela saja jika dia tak melakukan tak mendapat dosa. Minta pencerahan daripada ustaz. Sekian terima kasih.
- Pendakwah Khalifah
Jawapan :
Waalaakumussalam Pendakwah Khalifah : Saya pernah mendengar sebelum ini pendapat ulama mengatakan kerja-kerja seperti memasak dan mengemas rumah termasuk dalam senarai kewajipan suami terhadap isteri, di samping nafkah utama yang meliputi makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan. Kewajipan isteri pula dinyatakan ialah melayani kehendak suami dan menyerahkan tubuh badan kepadanya serta menyahut panggilannya dengan segera bila diperlukan, sekalipun ketika dia sedang memasak di dapur.
Maksud melayan suami adalah isteri tidak harus berpuasa sunat, kecuali terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan suami, kerana khuatir nanti suatu panggilan kecemasan akan berlaku, sedangkan dia tidak dapat menyahutnya kerana berpuasa. Dinyatakan lagi, jika isteri tidur bermalaman, sedangkan dia dengan sengaja tidak melayani kehendak suaminya, maka sepanjang malam itu dia dilaknat Allah dan malaikat.
Kesetiaan isteri terhadap kehendak suami semacam boleh ditafsirkan dengan ada bayarannya, iaitu kerja-kerja rumah seperti mengasuh anak, memasak, membasuh pakaian, menyidai kain dan sebagainya hendaklah dijalankan oleh suami. Kecuali jika isteri dengan rela hati sedia melakukannya.
Saya tidak mempertikaikan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh al-Quran dan hadis-hadis sahih berhubung kewajipan suami terhadap isteri, seperti nafkah makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan yang wajib ke atas suami menyempurnakannya. Manakala kewajipan isteri terhadap suaminya pula hendaklah melayani sepenuhnya kehendak suami sebaik sahaja panggilan dibuat.
Persoalan yang berbangkit ialah mengenai kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak, mengasuh anak, menyidai pakaian dan sebagainya, benarkah ia termasuk antara tugas suami? Isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela atau suami sendiri menyempurnakannya sebagai tanggungjawab terhadap isteri. Begitulah apa yang saya faham daripada soalan saudara?
Saya berpendapat hukum ini adalah hasil ijtihad ulama pada beberapa abad terdahulu. Ijtihad boleh berubah dari masa ke masa mengikut perubahan zaman, keadaan dan tempat. Ijtihad ulama juga tidak selalunya tepat dan betul, kadang-kadang boleh disanggah oleh ulama melalui ijtihadnya yang dihasilkan pada waktu dan masa yang lain pula. Dalam hadis menyebut: Sesiapa yang silap dalam ijtihadnya maka ia memperoleh satu pahala dan siapa yang betul, akan mendapat dua pahala.
Menurut mazhab Imam Malik, uruf dan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat boleh dipakai bagi menurunkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya jika dia suka, tetapi bukan sebagai kewajipannya. Beberapa alasan berikut boleh dijadikan hujah:
Pertama: Allah SWT berfirman kepada para isteri yang membawa maksud:" Isteri menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, suami juga dikehendaki melakukan kewajipan yang serupa (Surah al-Baqarah ayat 228). Ini bermakna suami isteri sama-sama mempunyai tanggungjawab terhadap satu sama lain.
Saya beranggapan tidak adil jika urusan yang dilakukan di luar rumah seperti mencari nafkah makan minum, kediaman, pakaian, perubatan menjadi kewajipan suami sepenuhnya, kemudian kerja-kerja di dalam rumah juga menjadi kewajipan suami. Isteri seolah-olah tiada sebarang kerja, selain melayan suami dengan tubuh badannya sahaja. Cara yang lebih adil ialah kerja-kerja di luar rumah menjadi kewajipan suami, sementara dalam rumah pula hendaklah diambil tanggungjawab oleh isteri.
Kedua: Dalam pergaulan sesama manusia dan juga keluarga, setiap hak yang wajib ditunai hendaklah ada balasan yang diterima. Suami dipertanggungjawab memberi nafkah dengan jalan yang terbaik, seperti yang dinyatakan terdahulu. Apakah hak ini telah dibalas oleh isteri dengan cara yang terbaik juga seperti yang sepatutnya? Apakah kewajipan menyara hidup yang disempurnakan oleh suami terhadap isteri dan anak-anaknya itu dianggap sebagai percuma dan tidak perlu dibalas apa-apa? Islam dan juga budaya Melayu tidak menyatakan begitu.
Mungkin ada orang menjawab, tubuh badan isteri yang diserah kepada suami itu sendiri bayarannya. Suami berhak mendapat kepuasan sesuka hati dan pada bila-bila waktu sahaja. Alasan ini boleh ditolak dengan mudah, kerana kepuasan itu bukan hak suami semata-mata, tetapi hak bersama.
Jika tubuh badan isteri dianggap hak suami, maka tubuh badan suami juga boleh dianggap hak isteri. Sesetengah orang menyebutnya sebagai nafkah batin yang wajib disempurna oleh suami, sekalipun saya tidak setuju dengan istilah nafkah batin itu.
Ketiga: Suami dikira sebagai qawwam (pemimpin) dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap isteri, dengan itu isteri hendaklah menjaga kepentingan suaminya. Jika suami bertanggungjawab dengan memasak dan membasuh pakaian isteri, bermakna isteri sebagai pengawal suami. Ini bertentangan dengan maksud ayat 34 surah al-Nisa. Oleh itu jalan yang paling serasi dan bermuafakat dengan adat dan budaya Melayu ialah isteri bertanggungjawab dengan kerja-kerja rumah, manakala suami hanya membantu.
Mungkin ada suami yang bersedia melakukan kerja-kerja itu. Ada suami yang sangat berminat dengan kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan menjahit pakaian sendiri, sementara isteri pula berminat dengan kerja-kerja di luar rumah seperti berniaga dan sebagainya. Amalan ini tidak salah dari segi hukum jika suami isteri rela dengan cara itu.
Keempat: Banyak riwayat menyatakan kehidupan harian para sahabat sebagai suami atau isteri, masing-masing memberi khidmat dan bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, Asma' binti Abu Bakar, isteri al-Zubayr Ibn al-Awwam, selalu membantu suaminya dengan memberi makan kuda, mengangkut air dari tempat yang berbatu-batu jauhnya. Tidak pula kedengaran Baginda Rasulullah melarang Asma' berbuat demikian dengan alasan semuanya itu adalah kewajipan suami.
Fatimah al-Zahra, isteri Ali Abu Talib dan puteri Nabi, juga melakukan sendiri kerja-kerja memasak dan membakar roti, menyediakan makanan dan mengisar tepung, sehingga menjadi pecah-pecah pada tangannya. Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi agar mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah atau khadimah.
Tetapi Nabi SAW menyuruh agar Fatimah terus melakukan sendiri kerja-kerja itu. Baginda tidak pula mengatakan, serah saja kepada Ali, kerana itu tanggungjawabnya sebagai suami.
Mungkin ada orang menjawab, sumbangan Fatimah yang membuat kerja-kerja rumah itu hanya sukarela, bukan sebagai kewajipan atau tugas. Saya katakan, kerja-kerja itu adalah kewajipan Fatimah bukannya sukarela, kerana Nabi SAW tidak menerima cadangannya untuk mendapatkan pembantu rumah bagi menjalankan tugas-tugas itu.
Jawapan Rasulullah SAW. kepada puterinya Fatimah adalah suatu perakuan yang dengan sendirinya menurunkan hukum yang bakal dipakai umatnya, iaitu dalam menentukan tanggungjawab siapa sepatutnya melakukan kerja-kerja rumah, suami atau isteri. Dalam ilmu Mustalah Hadis, perakuan ini disebut taqrir (perakuan Nabi).
Saya berasa penting juga dinyatakan di sini bahawa tugas isteri pada hakikatnya ditentukan oleh adat resam dan budaya hidup sesuatu bangsa itu sendiri. Masyarakat Melayu telah mewarisi satu budaya yang agak kukuh, iaitu kerja-kerja berat yang biasanya menjadi kewajipan suami, manakala kerja-kerja ringan biasanya menjadi tanggungjawab isteri.
Ditakdirkan ada isteri merasakan adat dan budaya Melayu ini tidak perlu lagi dipertahankan, sudah tiba masanya lelaki dan wanita disamakan. Suami harus menyediakan sendiri makan minumnya, membasuh dan mencuci sendiri pakaiannya. Bagaimana pula jika dia kesuntukan masa untuk melakukan kerja-kerja itu, lalu menyerahkannya kepada pembantu rumah atau orang gaji? Tidakkah hati tersentuh melihat orang lain berada di samping suami kerana menyediakan makan minum dan mencuci pakaian dan menyentuh barang-barang yang akrab dengannya?
Adat resam dan budaya Melayu tidak pernah menerima cara itu. Janggal sekali jika orang yang tidak ada kena-mengena itu bebas melakukan apa sahaja yang disukainya. Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment