Saturday, April 4, 2015

Tazkirah & Soal Jawab Agama Siri 13 (Tafsir Mimpi Mencuci Pakaian, Mimpi Orang Suap Air Manis Ke Mulut, Tafsir Hadis Jualan Atas Jualan, Hukum Meraikan Hari Kebesaran Agama Lain Dan Menggunakan Kelendar Kuda Di Rumah)

Soalan no. 61

Assalamualikum, bolehkan ustaz memberikan tafsiran mimpi apabila kita mencuci pakaian yang kotor? Terima kasih.

- Pendakwah Khalifah.

Jawapan : 

 Waalakaumussalam Pendakwah Khalifah : Di dalam buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam (ETMMTI) m/s 352 mimpi mencuci pakaian kotor bererti bertaubat kepada Allah SWT.

Satu lagi apa tafsirannya jika kita melihat rakan kita yang sedang sakit masuk syurga?

Dalam ETMMTI m/s 86 apabila kita melihat rakan kita yang sedang sakit masuk syurga bererti dia akan meninggal dunia (dengan izin Allah SWT) berkemungkinan dia akan mendapat husnul khatimah.

Soalan no. 62

Assalamualaikum ustaz Abu Basyer..
Apa tafsiran mimpi..org menyuap kan air manis kemulut kita.?.

- Ruzimah Chekros.

Jawapan :

Waalakaumussalam Ruzimah Chekros dalam ETMMTI m/s 380 minum air manis (gula) bermaksud akan mendapat martabat tinggi dan nikmat. Mimpi gula umumnya baik samada memakannya atau meminumnya.

Soalan no. 63.

Dari Hurairah ra. katanya, Rasulullah SAW. bersabda, "Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Apa maksud menjual atas jualan?

- Semut Merah.

Jawapan :

Semut Merah maksud "menjual atas jualan sebahagian yang lain" adalah apabila kita sudah setuju untuk menjualkan barang tersebut kepada seseorang  maka haram kita jual pula barang tersebut kepada orang lain . Jika orang pertama membatalkan pembelian baru boleh kita menjualkannya pula kepada orang kedua.

Soalan no. 64

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Ustaz, kawan saya berkhawin dengan muallaf... Duduk pun berjiran dengan non muslim. Pendek kata Kawasan perumahan non muslim. Bila tiba perayaan, apa hukum Dia mengucapkan ucapan perayaan non muslim.
Macam mana pergaulan kejiranan yang disyorkan didalam Islam? Bila hidup dikelompok non muslim?

- Mohd Zuki Seman

Jawapan :

Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman : Jika kawan saudara berkahwin dengan muallaf maka perlu berikan didikan isterinya supaya beliau memahami fardu ain dan mengamalkan ajaran Islam, jangan biarkan isterinya dalam keadaan jahil tentang ajaran Islam. Islam melarang umatnya meraikan perayaan agama selain daripada Islam. walaupun mereka itu adalah jiran tetangga. Umat Islam di larang menghadirkan diri di dalam menyembut perayaan agama orang bukan Islam seperti Deepavali, Krismes, Vesak day, dan Thaipusam dan sebagainya. Perayaan ini jelas menunjukkan perayaan agama hukumnya haram jika menghadirkan diri untuk menyambut sama perayaan yang mensyirikkan Allah SWT.

Kewajipan orang Islam agar tidak menghadiri perayaan mereka Larangan menghadiri perayaan mereka diambil daripada dalil-dalil berikut:-

1. Hadis Rasulullah S.A.W. ((من تشبه بقوم فهو منهم)

Mafhumnya: “Barang siapa yang tasyabbuh dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan.” [HR Ibnu Hibban "Sahih"].

2.  Ijma’ yang berlaku pada zaman sahabat dan tabien di mana tidak pernah berlaku para sahabat dan tabien hadir dalam perayaan-perayaan orang-orang kafir.

Saidina Umar r.a. pernah meletakkan syarat yang kemudian dipersetujui oleh para sahabat dan fuqaha’ selepasnya bahawa ahli zimmah dari golongan ahli kitab tidak boleh menzahirkan perayaan mereka di dalam negara Islam. Sedangkan ahli kitab sendiri dilarang menzahirkan perayaan mereka, mengapa pula ada orang Islam beria-ia benar untuk mengadakan perayaan ini.

3.  Kata-kata Saidina Umar r.a:

Bermaksud: “Janganlah kamu mempelajari bahasa orang A’jam dan janganlah kamu memasuki gereja orang muysrik pada hari kebesaran mereka kerana kemurkaan Allah sedang menimpa mereka.” Catatan: Larangan mempelajari bahasa asing itu bukanlah larangan secara mutlak tetapi hendaklah ia di fahami sebagai berikut:-

i) Larangan menuturkan perkataan-perkataan A’jam yang langsung tidak diketahui maknanya kerana dikhuatiri ia membawa maksud yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya.

ii) Galakan untuk menutur dan menguasai bahasa Arab kerana ia merupakan syiar Islam. 

4 Kata-kata Abdullah b. Umar r.a:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang menetap di negara A’Jam dan mengadakan perayaan nairuz dan Mahrajan serta meniru mereka sehingga ia mati dalam keadaan demikian maka akan dihimpun bersama mereka pada hari kiamat.”

Soalan. 65

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Mohon pencerahan.

- Mohd Zuki Seman





Jawapan : 

Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman umat Islam tak sepatutnya menggantungkan kelendar kuda di rumah mereka. Kerana terdapat gambar-gambar makhluk bernyawa dan terdapat hari-hari permainan judi lumba kuda dan di paparkan juga gambar salib perayaan agama orang bukan Islam. Malaikat rahmat tak masuk rumah yang ada gambar makhluk bernyawa. Sebaik-baiknya carilah kelendar Islam yang lebih baik dan gunakanlah sebagai panduan harian kerana di kelendar tersebut terdapat waktu solat lima waktu untuk negeri-negeri di Semenanjung dan Sabah & Serawak.






No comments:

Post a Comment