Tuesday, April 7, 2015

Tazkirah & Soal jawab Agama Siri 16 (Pernikahan Wanita Hamil, Tasbih Fatimah, Hukum Guna Lambang Peace, Post Gambar Wanita Bertudung Dan Kafiat Surah Al-Kautsar)

Soalan no. 76

Soalan saya...Adakah sah pernikahan seorang itu sekiranya perempuan yang di nikah itu sedang hamil?

- Mohd Hanafi.

Jawapan : 

Assalamualaikum Mohd Hanafi : Jumhur ulama menjelaskan nikah wanita yang hamil sah samaada dia bernikah dengan lelaki yang menyebabkan wanita tersebut mengandung atau pun lelaki lain (yang bukan menyebabkan dia mengandung). Jika dia bernikah dengan lel...See More

Iddah untuk wanita mengandung yang bernikah secara sah adalah ketika melahirkan anak tetapi bagi wanita yang mengandung anak luar nikah jika bernikah sah samaada dengan lelaki yang berzina dengannya hingga mengandung atau lelaki lain.Nikah tersebut sah tetapi anak kandungan yang dilahirkan adalah anak luar nikah atau anak tak sah taraf. Anak tersebut tidak boleh di bin atau bintikan bapa tersebut kerana bayi yang dikandung oleh wanita tersebut bukan daripada pernikahan yang sah. 
Di dalam kes zina ini huraian ulama adalah seperti berikut :
Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung’ akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain.

Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.

Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)

Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.

Ia berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :

Ertinya : “..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati”

Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :

لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح
Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)

Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.

Lagi Displin Khas

Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.

Ia berdasarkan sebuah hadis yang ertinya :

“Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)

Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah.

Kesimpulan

Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertaubat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.

Dalam kes yang saudara kemukakan ini, wanita yang telah melakukan zina dengan lelaki tersebut maka anak yang dilahirkan adalah anak wanita tersebut darisegi keturunannya tetapi bukan anak kandung untuk lelaki tersebut kerana mereka tidak bernikah. Apabila mereka berdua berkahwin maka anak luar nikah tadi secara otomatik menjadi anak tiri kepada lelaki tersebut . Mereka (bapa dan anak luar nikah) telah menjadi mahram dan mereka boleh bersalaman. Wallahu a'lam

Soalan no. 77

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Mohon pencerahan.

Betul ker kafiatnya ?'

-Mohd Zuki Seman 



Jawapan :

Abu Basyer Hadis menjelaskan Tasbih Fatimah ini adalah hadis yang sahih, ia diriwayatkan oleh al-Bukhari - no.3113 dan juga diriwayatkan oleh Muslim - no.7090.

- Maka di dalam hadis ini kita dapati Rasulullah SAW memberikan satu amalan yang lebih baik daripada khadam yang diminta oleh Fatimah. Amalan tersebut ialah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. 

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada Nabi SAW seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Nabi SAW :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Hadis Riwayat Muslim)
Wallahu a'lam

Soalan no. 78

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Mohon pencerahan. Sahih ker Ustaz ?'

- Mohd Zuki Seman.




Jawapan : 

Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman : PEACE bukan lah satu lambang yang baru sahaja diada-adakan oleh masyarakat, sebaliknya lamabang tangan berbentuk V tersebut adalah satu sunnah yang dicetuskan oleh Baginda Nabi SAW dalam beberapa hadis yang diberi taraf sohih oleh para Imam semua mazhab. 

Mengikut hadis Riwayat Ahmad dalam Sunannya: عن أبى أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من مسح رأس يتيم أو يتيمةلم يمسحه إلا لله كان له بكل شعرة مرت عليها يده حسنات ومن أحسن 

إلى يتيمةأو يتيم عنده كنت أنا وهو فى الجنة كهاتين وقرن بين أصبعيه (رواه أحمد ) 

Dari Abu Umamah dari Nabi saw berkata: barangsiapa yang mengusap kepalaanak yatim laki-laki atau perempuan karena Allah, adalah baginya setiaprambut yang diusap dengan tangannya itu terdapat banyak kebaikan,dan barang siapa berbuat baik kepada anak yatim perempuan ataulaki-laki yang dia asuh, adalah aku bersama dia disurga seperti ini,beliau mensejajarkan dua jari-nya. (Hadis Riwayat Ahmad) 

Mengikut Ustaz Fadhlulzaman, (Degree Syariah Universiti Al-Azhar, Master in UM), perilaku Rasulullah ketika menunjukkan jari-jarinya itu adalah sama seperti lambang peace yang diamalkan oleh pejuang-pejuang Palestin yang kerap kita tonton di media massa menunjukkan lambang peace.

Dalam hadis yang lain, 

أنا وكافل اليتيم فى الجنة هكذا وأشار بالسبابة والوسطى وفرج بينهما شيئا(رواه البخاري ، كتاب الطلاق ، باب اللعان ) 

Aku dan pengasuh anak yatim berada di Syurga seperti ini, Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah-nya dan beliau sedikit merengganggangkan kedua jarinya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Masha allah. Sesungguhnya sunnah nabi itu amat mudah dan barangsiapa melakukannya pahala, barangsiapa tidak mahu melakukannya, maka tiada dosa. Wallahuaklam.

Mengikut pendapat saya pula, simbol yang di beritahu dalam hadis tersebut merujuk kepada perbuatan Rasulullah SAW terhadap anak yatim, bukan ke'aman'an. Kebanyakan orang terutama perempuan, apabila mengambil gambar, mereka akan menayangkan simbol ini. Gambar juga dikenali sebagai pengenalan diri kita. Jadi, jika kita mengenalkan diri kita sebegitu, sudah tentu orang yang mengetahuinya dapat mengenalpasti. Bagi Yahudi, simbol itu menunjukan pengenalan diri bahawa dia seorang ahli pertubuhan Yahudi iaitu Illuminati. Maka, elakkanlah perbuatan ini semasa mengambil gambar, atau semasa kita bertemu sesama rakan. Apa yang disampaikan hadis itu pula, ia berkaitan dengan anak yatim, jadi ianya bukanlah menunjukan kita seorang anti-Kristian (antiChrist) iaitu pengikut Lucifer (Iblis). Kita hanya manusia biasa yang dapat mengkaji dengan sedikit ilmu sahaja. Walau bagaimanapun, setiap perkara bermula dengan niat dan tidak salah sekiranya ianya tidak menimbulkan fitnah kepada diri sendiri, keluarga mahupun agama dan akhir sekali Allah Maha Mengetahui. Wallahualam ..

Soalan no. 79

Bismillah. Assalamu'alaikum. Warohmatullahi Wabarokaatuh
Ustaz saya ada kemuskilan, Ada rekan fb saya cakap kalau kita pos gambar dakwah yg nampak wajah perempuan tak boleh, kerena kata nya nanti di akhirat mereka 
Cari kita ?

Mohon pencerahan nya Ya Ustaz. 

- Tri Kartini.



Jawapan : 

Waalakaumussalam warahmatullahi wabarakatuh Tri Kartini : Setiap amalan perlu kepada niat. Niat yang baik dan ikhlas mencari keredhaan Allah SWT akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Hukum asal meletakkan gambar yang menutup aurat dengan sempurna di wall atau status facebook hukumnya harus tetapi jika mnedatangkan fitnah kerana wajah terlalu cantik maka di larang kerana akan mendatangkan fitnah. Dalam hadis Rasulullah yang di larang adalah melukis gambar manusia atau haiwan di larang kerana gambar tersebut akan meminta nyawa pada si pelukis tersebut, dan pasti dia tak akan mampu memberi nyawa maka dia akan di masukkan ke dalam neraka.

Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku mendengar Muhammad berkata, “Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya”.” ( Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)

Gambar Yang Dilarang Adalah Gambar Makhluk Bernyawa:

... Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.”Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)

Soalan no. 80

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Mohon pencerahan di atas Kafiat Surah Al-Kautsar Ini?

-Mohd Zuki Seman.

KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT
Baca sekejap  (2minit)

RAHSIA SURAH ALKAUTSAR 
BISMILLAHI RAHMA
NI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

SURAH INI PALING PENDEK,

HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT

DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN

BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA,

KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK.

RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU,

WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN

LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI.

SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD

KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN 
DUA ORANG YANG DIKASIHI

IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN

BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :

 BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA,

MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.

JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR,

BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER,

INSYA ALLAH HILANG DAHAGA

JIKA SERING SAKIT MATA,

SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK,

SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.

JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR,

BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA

DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.

JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.

JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT

DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.

JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X,

ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)

1) BIARKAN DIDALAM INI TANPA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN.

2) ANDA SEBARKAN KEPADA SEMUA KENALAN ANDA.

RASULULLAH BERSABDA,

BARANG SIAPA MENYAMPAIKAN SATU ILMU SAJA DAN

ADA ORANG YANG MENGAMALKAN,

MAKA WALAUPUN YANG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA

(MENINGGAL DUNIA)

DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.

SELAMAT BERAMAL...

PINJAM 3 MINIT UTK BACA NI...

JGN LUPA KONGSI.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ 

Hantar ke semua group contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Jawapan :

Waalakaumussalam warahmatulahi wabarakatuh Mohd Zuki Seman : Semua ayat-ayat al-Quran adalah kalam Allah yang perlu di baca dan di amalkan dalam kehidupan kita kerana al-Quran adalah ayat-ayat Allah SWT yang di turunkan kepada Malaikat Jibril dan di sampaikan kepada Rasulullah SAW. Tidak ada keraguan di dalam al-Quran. Tetapi apabila kita melihat hadis-hadis yang menceritakan kebaikannya perlu kita berhati-hati kerana terdapat hadis yang tak sahih menceritakan kebaikan atau kafiat ayat tersebut. Jika tak terdapat hadis sahih maka tak perlu kita amalkan kerana di khuatiri bukan datang daripada Rasulullah SAW.

Tafsir Surah Al-Kautsar Ayat 1-3. Firman Allah SWT :

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (1)

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.(Surah Al-Kautsar (108) ayat 1)

Huraiannya : 

Orang-orang musyrik di Mekah dan Orang-orang munafik di Madinah mencemoohkan dan mencaci-maki Nabi sebagai berikut: 

a. Pengikut-pengikut Muhammad terdiri dari orang-orang biasa yang tidak mempunyai kedudukan, kalau agama yang dibawanya itu benar tentu yang menjadi pengikutnya pengikut-pengikutnya orang-orang mulia yang berkedudukan di antara mereka. Ucapan ini bukanlah suatu keanehan, karena kaum Nuh juga dahulu kala telah menyatakan yang demikian kepada nabi Nuh a.s.. sebagaimana firman Allah: 

فقال الملأ الذين كفروا من قومه ما نراك إلا بشرا مثلنا وما نراك اتبعك إلا الذين هم أراذلنا بادي الرأي وما نرى لكم علينا من فضل بل نظنكم كاذبين

Makasudnya, "Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnnya: "Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan 'kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang dusta". (Surah Hud ayat 27.

Sunatullah yang berlaku di antara hamba-hamba-Nya, bahawa mereka yang cepat menerima panggilan para rasul adalah orang-orang biasa, orang lemah karena mereka tidak takut kehilangan, karena mereka tidak mempunyai pangkat atau kedudukan yang ditakuti hilang. Dari itu pertentangan terus-menerus terjadi antara mereka dengan para rasul, tetapi Allah senantiasa membantu para rasul Nya dan menunjang dakwah mereka. 

Begitulah sikap penduduk Mekah terhadap dakwah Nabi SAW. pembesar-pembesar dan orang-orang yang berkedudukan tidak mau mengikuti Nabi karena benci kepada beliau dan terhadap orang-orang biasa yang menjadi pengikut beliau. 

b. Orang-orang Mekah bila melihat anak-anak Nabi meninggal dunia, mereka berkata, "Sebutan Muhammad akan lenyap dan dia akan mati punah". Mereka mengira bahwa kematian itu suatu kekurangan lalu mereka mengejek Nabi dan berusaha menjauhkan manusia dari Nabi SAW. 

C. Orang-orang Mekah bila melihat suatu musibah atau kesulitan yang menimpa pengikut-pengikut Nabi, mereka bergembira dan bersenang hati serta menunggu kehancuran mereka dan lenyapnya sebutan mereka, lalu kembalilah kepada mereka kedudukan mereka yang semula, yang telah diguncangkan oleh agama baru itu. 

Maka pada surah itu Allah menyampaikan kepada Rasul-Nya, bahwa tuduhan-tuduhan yang dilontarkan oleh orang-orang musyrik itu adalah suatu prasangka yang tidak ada artinya sama sekali. Namun semua itu adalah untuk membersihkan jiwa-jiwa yang masih dapat dipengaruhi oleh isu-isu tersebut dan untuk mematahkan tipu daya orang-orang musyrik, agar mereka mengetahui bahawa perjuangan Nabi SAW., pasti akan menang dan pengikut-pengikut beliau pasti akan bertambah ramai. 

Dalam ayat ini Allah menerangkan bahwa Dia telah memberi Nabi-Nya nikmat dan anugerah yang tidak dapat dihitung banyaknya dan tidak dapat dinilai tinggi mutunya, walaupun (orang musyrik) memandang hina dan tidak menghargai pemberian itu disebabkan kekurangan akal dan pengertian mereka. Pemberian itu berupa kenabian, agama yang benar, petunjuk-petunjuk dan jalan yang lurus yang membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2)

Maksudnya, "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah.(Surah Al-Kautsar (108) ayat 2)

Huraiannya :

Dalam ayat ini Allah memerintahkan Nabi-Nya agar mengerjakan solat dan menyembelih haiwan korban kerana Allah semata-mata, kerana Dia sajalah yang mendidiknya dan melimpahkan karunia-Nya. 
Dalam ayat lain yang sama maksudnya Allah berfirman: 

قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا أول المسلمين

Maksudnya, "Katakanlah: "Sesungguhnya salatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah. Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)". 
(Surah Al An'am) ayat 162-163.)

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ (3)

Maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.(Surah Al-Kautsar.(108) ayat 3)

Huraiannya :

Sesudah Allah menghibur dan menggembirakan Rasul-Nya serta memerintahkan supaya mensyukuri anugerah-anugerah-Nya dan sebagai kesempurnaan nikmat-Nya, maka Allah menjadikan musuh-musuh Nabi itu hina dan tidak percaya. Siapa saja yang membenci dan mencaci Nabi akan hilang pengaruhnya dan tidak ada kebahagiaan baginya di dunia dan di akhirat. 

Adapun Nabi dan pengikut-pengikutnya sebutan dan basil perjuangannya akan tetap akan berjaya sampai hari kiamat. 

Orang-orang yang mencaci Nabi, SAW bukanlah mereka tidak senang kepada pribadi Nabi, tetapi yang mereka benci dan tidak senang adalah petunjuk dan hikmah yang dibawa baginda, kerana baginda mencela kebodohan mereka dan mencaci berhala-berhala yang mereka sembah serta mengajak mereka untuk meninggalkan penyembahan berhala-berhala itu. 

Sungguh Allah telah menepati janji-Nya dengan menghinakan dan menjatuhkan martabat orang-orang yang mencaci Nabi,SAW sehingga nama mereka hanya diingat ketika membicarakan orang-orang jahat dan kejahatannya. Adapun kedudukan Nabi SAW. dan orang-orang yang menerima petunjuk baginda serta nama harum mereka diangkat setinggi-tingginya oleh Allah SWT sepanjang masa.

Selagi semua kafiat belum di sahkan dengan hadis sahih maka tidak boleh yakin akan kafiat tersebut. Kerana sesuatu amalan yang hendak di buat perlu ada nas atau dalil yang jelas samaada datangnya daripada al-Quran atau hadis sahih daripada Rasulullah SAW.



No comments:

Post a Comment