Saturday, April 4, 2015

Tazkirah & Soal Jawab Agama Siri 14 (Fadilat Solat Berjemaah, Mimpi Jumpa Ibu bapa, Makan Telor Mentah dan Meja Makan, Mimpi Di Berikan Baju Hijau, Mimpi Di Beriak Air , Lelaki Muncul Di Dalam Mimpi, dan Di berikan Hadiah Oleh Raja, Mimpi Di ceraikan Suami dan Jumpa Lelaki yang Tak Di Kenali Dan Mimpi Lemas)

Soalan no. 66

Assalamualaikum..nak tanya apa kelebihan solat jemaah selain pahala lebih?

- Nurul Anis Fadleen.

Jawapan : 

Waalakaumusalaam Nurul Anis Fadleen : Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah dua orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Tuntutan berjemaah pada solat lima waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah SAW pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah apabila mendengar azan tetapi engan menunaikannya solat berjemaah di masjid. Walaupun baginda tidak pernah melaksanakan perkara tersebut, namun amaran keras baginda mengenai perkara ini menunjukkan amalan solat berjemaah di masjid adalah suatu suruhan yang amat penting.

Nabi SAW. mewasiati umatnya supaya tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Dari Ibnu Mas'ud r.a berkata, " Barangsiapa ingin berjumpa dengan Allah pada hari qiamat sebagai seorang Muslim, maka hendaklah ia menjaga solat lima waktu di tempat azan dikemundangkan (di masjid), kerana sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabi kamu Sunanul-huda (jalan-jalan petunjuk dan kebaikan), dan sesungguhnya solat berjemaah lima kali di tempat azan dikumandangkan adalah termasuk sunanul-huda. Apabila kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana solatnya orang yang suka tinggal di rumahnya (tidak mau berjemaah), bererti kamu meninggalkan sunah Nabi kamu. Tiada seorang lelakupun yang berwuduk dengan sempurna, lalu pergi ke salah satu masjid, kecualai Allah mencatat untuknya pada setiap langkah yang dilaluinya satu kebaikan, mengangkatnya satu darjaat, dan menghapuskan dengannya satu kesalahan (dosa). Sungguh aku melihat di kalangan kami tak ada orang yang meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali orang munafik yang telah jelas kemunafikannnya. Dan sungguh, pernah ada seorang lelaki (kerana uzur) di dipapah oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah, sehingga ia diberdirikan dalam saf".

Dalam riwayat yang lain disebutkan, : "Sungguh aku telah melihat di kalangan kami tak ada orang yang meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafik annnya atau orang sakit. Jika dapat, maka seseorang akan berjalan dengan dipapah oleh dua orang sehingga ia mendatangi solat (berjemaah di masjid)"

Ibu Mas'ud berkata, " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajari kamu sunan ul-huda, dan sesungguhnya sebahagian dari sunanul-huda itu adalah solat di masjid yang mana azan dikemanadangkan di dalamnya" ( Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa'i, Ibu Majah- at Targhib)

Seorang sahabat, Abdullah bin Ummi Maktum pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. kemungkinan adanya keringanan untuk solat di rumah.
"Ya Rasulullah, aku seorang buta. Rumahku jauh dari masjid. Aku punya seorang. Adakah kelapangan bagiku untuk solat di rumah sahaja?."
Rasulullah balik bertanya, "Apakah engkau mendengar azan?"
Abdullah menjawab, "Ya aku mendengarnya."
Rasulullah bersabda, "Aku tidak membenarkan bagimu untuk solat di rumah." (Hadis Riwayat Muslim dan Nasa'i)

Soalan no. 67.

Assalamualikum ustaz kawan-kawan saya terlah bermimpi yang berbeza bolehkah ustaz berikan tafsiran mimpi-mimpi tersebut?

Mimpi-mimpi tersebut adalah seperti berikut :

1. Bermimpi berjumpa ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Mereka berdua dalam keadaan tersenyum.

2. Bermimpi memakan telur mentah.

3. Melihat meja makan penuh dengan makanan.

- Pendakwah Khalifah.

Jawapan : 

Waalakaumussalam Pendakwah Khalifah tafsir mimpi-mimpi tersebut adalah seperti berikut 

1. Dalam buku Tafsir Mimpi Menurut Islam (TMMI) karangan Imam Ibnu Sirin m/s 92, mimpi berjumpa kedua ibu bapa kita yang telah meninggal dunia hidup semula kita akan terlepas daripada kesusahan hidup. Urusan yang sedang kita lakukan akan berhasil insya Allah. Ibu bapa yang tersenyum adalah petanda mereka berbahagia di alam barzakh, isnya Allah.

2. Dalam TMMI m/s 194 mimpi memakan telur mentah bermaksud makan harta yang haram atau akan di timpa kesusahan. Sebahagian ahli tafsir mengatakan dia melakukan kejahatan.

3. Dalam TMMI m/s 234 mimpi melihat meja makan penuh dengan makanan bermakna orang yang bermimpi akan hilang kesusahan dan akan mendapat kesenangan dan kebahagiaan. Makanan yang di lihat adalah petanda rezeki untuknya. Sebahagian ahli tafsir menafsirkan meja makan adalah lelaki mulia lagi pemurah atau berkawan dengan lelaki yang mulia lagi pemurah.

Soalan no. 68.

Apa makna mimpi diberi seragam hijau,jadi apa makna seragam hijau tersebut? seragam tersebut di beri oleh orang yang kita tak kenali....

-Nik Mohd Faizul.

Jawapan : 

Nik Mohd Faizul : Dalam TMMI m/s 275 mimpi di berikan pakaian warna hijau baik takwilnya Ia di ertikan sebagai kekuatan atau banyak beribadah. Jika melihat orang yang sudah mati seolah-olah dia memakai pakaian hijau bermakna tempatnya baik di sisi Allah SWT, kerana pakain hijau adalah pakaian penghuni syurga. Memakai pakaian hijau juga di ertikan sebagai berhasil mendapatkan harta pusaka.

Soalan no. 69. 

Assalamualaikum,  ustaz Abu Basyer..mohon ustaz beri tafsiran mimpi :

1. Orang yang ada pertalian darah dengan kita menuangkan air ke tapak tangan atau bekas(krng ingt dgn jelas)dan kita minum air itu..air itu sgt sejuk.

2. Mimpi seorg lelaki yg tak di kenal muncul dlm mimpi..adakah lelaki itu musuh?

- Seri Sofia.

Jawapan :

Waalakaumussalam Seri Sofia : Dalam buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam (ETMMTI) m/s 551 Mimi di berikan air yang jernis dan sejuk bererti baik kehidupannya terutama jika air tersebut di minum. Sebahagian ahli tafsir mimpi menyatakan bertambah ilmunya dan penghidupannya kearah yang lebih baik. 

Jika melihat lelaki yang tidak di kenali menurut ETMMTI m/s 116 itu adalah datuknya . Seperti yang di lihat di dalam mimpi.

Soalan no. 70

Assalamualikum saya pernah bermimpi :

1. Diberi kenderaan emas oleh raja. 

2. Selang beberapa hari saya bermimpi pula saya bercerai dengan suami saya.. dan 

3. Sekarang saya bermimpi saya lemas. .sehingga terasa banyak air didalam mulut dan apabila saya terkejut dan bangun dari tidur memang ada air yang banyak dalam mulut saya..

- Nurchya Rosli.

Jawapan : 

Waalakaumussalam Nurchya Rosli ; 

1. Di berikan kenderaan emas oleh raja sebagai hadiah. Dalam ETMMTI m/s 223 menerima hadiah daripada orang yng berkuasa adalah kebaikan dan terpuji. 

2. Mimpi bercerai dengan suami dalam ETMMTI m/s 121 tafsirnya bahawa dia menghindari kekuasannya (hilang pengaruh atau kuasa) kerana tafsiran mimpi berkahwin bererti memperolehi kekuasaan bergantung kedudukan lelaki atau wanita yang dia kawini.

3. Mimpi lemas terminum air laut dalam ETMMTI m/s 546 jika airnya jernih bererti mendapat yang baik baginya dan mendapat kekuasaan

No comments:

Post a Comment