Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Mohon pencerahan. Sahih ker?
- Mohd Zuki Seman
Jawapan :
Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman : Sebelum kita nak sebarkan sesuatu hadis kelebihan dan pahala khidmat isteri kepada suami perlulah jelas sahih atau pun tidak. Dan salah satu ciri hadis palsu buat sedikit pahala "TERLALU BESAR". Oleh itu sebelum di pastikan ianya hadis Nabi SAW perlu ada siapa perawi hadis tersebut dan adakah hadis tersebut terdapat di dalam 6 kitab hadis yang besar. Jika seorang ustaz berikan fatwa perlu di semak adakah benar beliau yang berkata, di khuatiri berita ini adalah fitnah terhadap ustaz tersebut.
Hadis-hadis Sahih Menjelaskan Ketaatan Isteri Kepada Suaminya :
Hak suami yang menjadi kewajiban isteri amatlah besar sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam,
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ النِّسَاءَ أَنْ يَسْجُدْنَ لأَزْوَاجِهِنَّ لِمَا جَعَلَ اللَّهُ لَهُمْ عَلَيْهِنَّ مِنَ الْحَقِّ
“Seandainya aku memerintahkan seseorang untuk sujud pada yang lain, maka tentu aku akan memerintah para wanita untuk sujud pada suaminya kerana Allah telah menjadikan begitu besarnya hak suami yang menjadi kewajiban isteri” (HR. Abu Daud no. 2140, Tirmidzi no. 1159, Ibnu Majah no. 1852 dan Ahmad 4: 381. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)
Ketaatan seorang isteri pada suami termasuk sebab yang menyebabkannya masuk syurga. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
Maksudnya, "Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadan), serta betul-betul menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan benar-benar taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita yang memiliki sifat mulia ini, “Masuklah dalam syurga melalui pintu mana saja yang engkau suka.” (HR. Ahmad 1: 191 dan Ibnu Hibban 9: 471. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadis ini sahih)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata,
وليس على المرأة بعد حق الله ورسوله أوجب من حق الزوج
“Tidak ada hak yang lebih wajib untuk ditunaikan seorang wanita –setelah hak Allah dan Rasul-Nya- daripada hak suami” (Majmu’ Al Fatawa, 32: 260)
Jika kewajiban isteri pada suami adalah semulia itu, maka setiap wanita punya keharusan mengetahui hak-hak suami yang harus ia tunaikan.
Berikut adalah rincian mengenai hak suami yang menjadi kewajiban isteri:
Pertama: Mentaati perintah suami.
Isteri yang taat pada suami, senang dipandang dan tidak membangkang yang membuat suami benci, itulah sebaik-baik wanita. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ
Pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab baginda, “Yaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci” (HR. An-Nasai no. 3231 dan Ahmad 2: 251. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan sahih)
Begitu pula tempat seorang wanita di syurga ataukah di neraka dilihat dari sikapnya terhadap suaminya, apakah ia taat ataukah durhaka.
Al Hushoin bin Mihshan menceritakan bahawa ibu saudaranya pernah datang ke tempat Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam kerana satu keperluan. Seselesainya dari keperluan tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepadanya,
أَذَاتُ زَوْجٍ أَنْتِ؟ قَالَتْ: نَعَمْ. قَالَ: كَيْفَ أَنْتِ لَهُ؟ قَالَتْ: مَا آلُوْهُ إِلاَّ مَا عَجَزْتُ عَنْهُ. قَالَ: فَانْظُرِيْ أينَ أَنْتِ مِنْهُ، فَإنَّمَا هُوَ جَنَّتُكِ وَنَارُكِ
“Apakah engkau sudah bersuami?” Ibu saudara Al-Hushain menjawab, “Sudah.” “Bagaimana (sikap) engkau terhadap suamimu?”, tanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lagi. Ia menjawab, “Aku tidak pernah mengurangi haknya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu.” Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda, “Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, kerana suamimu adalah syurga dan nerakamu.” (HR. Ahmad 4: 341 dan selainnya. Hadis ini sahih sebagaimana kata Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1933)
Namun ketaatan isteri pada suami tidaklah mutlak. Jika isteri diperintah suami untuk tidak berjilbab, berdandan dan tabaruj di hadapan lelaki lain yang bukan mahram, meninggalkan solat lima waktu, atau bersetubuh semasa haid, maka perintah dalam maksiat semacam ini tidak boleh ditaati. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةٍ ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوفِ
“Tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat. Ketaatan itu hanyalah dalam perkara yang makruf (kebaikan).” (HR. Bukhari no. 7145 dan Muslim no. 1840)
Dan baginda Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga memperingatkan,
لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوْقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah.” (HR. Ahmad 1: 131. Sanad hadis ini sahih kata Syaikh Syu’aib Al Arnauth)
Kedua: Berdiam di rumah dan tidaklah keluar kecuali dengan izin suami
Allah Ta’ala berfirman,
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu” (Surah Al Ahzab ayat 33).
Seorang isteri tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Baik si isteri keluar untuk mengunjungi kedua orang tuanya ataupun untuk keperluan yang lain, sampaipun untuk keperluan solat di masjid.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, “Tidak halal bagi seorang isteri keluar dari rumah kecuali dengan izin suaminya.” Beliau juga berkata, “Bila si isteri keluar rumah suami tanpa izinnya bererti ia telah berbuat nusyuz (derhaka), bermaksiat kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya, serta pantas mendapatkan seksa.” (Majmu’ Al-Fatawa, 32: 281)
Ketiga: Taat pada suami ketika diajak ke tempat tidur
Dari Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ أَنْ تَجِىءَ لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
“Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lantas si isteri enggan memenuhinya, maka malaikat akan melaknatnya hingga waktu Subuh” (HR. Bukhari no. 5193 dan Muslim no. 1436).
Dalam riwayat Muslim disebutkan dengan lafazh,
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا مِنْ رَجُلٍ يَدْعُو امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهَا فَتَأْبَى عَلَيْهِ إِلاَّ كَانَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا
“Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya melainkan yang di langit (penduduk langit) murka pada isteri tersebut sampai suaminya redha kepadanya.” (HR. Muslim no. 1436)
Imam Nawawi rahimahullah berkata, “Ini adalah dalil haramnya wanita enggan mendatangi ke tempat tidur jika tidak ada uzur. Termasuk haid bukanlah uzur kerana suami masih boleh menikmati isteri di atas kemaluannya” (Syarh Shahih Muslim, 10: 7). Namun jika isteri ada halangan, seperti sakit atau kecapekan, maka itu termasuk uzur dan suami harus memaklumi hal ini.
Keempat: Tidak mengizinkan orang lain masuk rumah kecuali dengan izin suami
Pesan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada haji Wada’,
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِى النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ
“Bertakwalah kalian dalam urusan para wanita (isteri-isteri kalian), kerana sesungguhnya kalian mengambil mereka dengan amanah dari Allah dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah. Hak kalian atas mereka adalah mereka tidak boleh mengizinkan seorang pun yang tidak kalian sukai untuk menginjak permadani kalian” (HR. Muslim no. 1218)
Dari Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، وَلاَ تَأْذَنَ فِى بَيْتِهِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ ، وَمَا أَنْفَقَتْ مِنْ نَفَقَةٍ عَنْ غَيْرِ أَمْرِهِ فَإِنَّهُ يُؤَدَّى إِلَيْهِ شَطْرُه
“Tidak halal bagi seorang isteri untuk berpuasa (sunnah), sedangkan suaminya ada kecuali dengan izinnya. Dan ia tidak boleh mengizinkan orang lain masuk rumah suami tanpa izin darinya. Dan jika ia menafkahkan sesuatu tanpa ada perintah dari suami, maka suami mendapat setengah pahalanya”. (HR. Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)
Dalam lafazh Ibnu Hibban disebutkan hadis dari Abu Hurairah,
لاَ تَأْذَنُ المَرْأَةُ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَهُوَ شَاهِدُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
“Tidak boleh seorang wanita mengizinkan seorang pun untuk masuk di rumah suaminya sedangkan suaminya ada melainkan dengan izin suaminya.” (HR. Ibnu Hibban 9: 476. Kata Syaikh Syu’aib Al Arnauth bahwa sanad hadis ini sahih sesuai syarat Muslim)
Hadis di atas difahami jika tidak diketahui redha suami ketika ada orang lain yang masuk. Adapun jika seandainya suami redha dan asalnya membolehkan orang lain itu masuk, maka tidaklah masalah. (Lihat Shahih Fiqh Sunnah, 3: 193)
Kelima: Tidak berpuasa sunat ketika suami ada kecuali dengan izin suami
Para fuqaha telah sepakat bahawa seorang wanita tidak diperkenankan untuk melaksanakan puasa sunat melainkan dengan izin suaminya (Al Mawsu’ah Al Fiqhiyyah, 28: 99). Dalam hadis yang muttafaqun ‘alaih, dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,
لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
“Tidaklah halal bagi seorang wanita untuk berpuasa sedangkan suaminya ada (tidak bepergian) kecuali dengan izin suaminya.” (HR. Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)
Dalam lafazh lainnya disebutkan,
لاَ تَصُومُ الْمَرْأَةُ وَبَعْلُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ غَيْرَ رَمَضَانَ
“Tidak boleh seorang wanita berpuasa selain puasa Ramadan sedangkan suaminya sedang ada (tidak bepergian) kecuali dengan izin suaminya” (HR. Abu Daud no. 2458. An Nawawi dalam Al Majmu’ 6: 392 mengatakan, “Sanad riwayat ini sahih sesuai dengan syarat Bukhari dan Muslim”)
Ulama Syafi’iyah mengatakan bahwa yang dimaksud dengan izin boleh jadi dengan redha suami. Redha suami sudah sama dengan izinnya. (Al Mawsu’ah Al Fiqhiyyah, 28: 99)
Imam Nawawi rahimahullah menerangkan, “Larangan pada hadis di atas dimaksudkan untuk puasa tathowwu’ dan puasa sunat yang tidak ditentukan waktunya. Menurut ulama Syafi’iyah, larangan yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah larangan haram.” (Syarh Shahih Muslim, 7: 115)
Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan, “Yang dimaksud larangan puasa tanpa izin suami di sini adalah untuk puasa selain puasa di bulan Ramadan. Adapun jika puasanya adalah wajib, dilakukan di luar Ramadan dan waktunya masih lapang untuk menunaikannya, maka tetap harus dengan izin suami. … Hadis ini menunjukkan diharamkannya puasa yang dimaksudkan tanpa izin suami. Demikianlah pendapat majoriti ulama.” (Fathul Bari, 9: 295).
Dalam Al Mawsu’ah Al Fiqhiyah disebutkan, “Jika seorang wanita menjalankan puasa (selain puasa Ramadan) tanpa izin suaminya, puasanya tetap sah, namun ia telah melakukan keharaman. Demikian pendapat majoriti fuqaha. Ulama Hanafiyah menganggapnya makruh tahrim. Ulama Syafi’iyah menyatakan seperti itu haram jika puasanya berulang kali. Akan tetapi jika puasanya tidak berulang kali (ertinya, memiliki batasan waktu tertentu) seperti puasa ‘Arafah, puasa ‘Asyura, puasa enam hari di bulan Syawal, maka boleh dilakukan tanpa izin suami, kecuali jika memang suami melarangnya.” (Al Mawsu’ah Al Fiqhiyyah, 28: 99)
Jadi, puasa yang mesti dilakukan dengan izin suami ada dua macam: (1) puasa sunat yang tidak memiliki batasan waktu tertentu (seperti puasa isnin dan kamis[1]), (2) puasa wajib yang masih ada waktu yang panjang untuk melakukannya. Contoh dari yang kedua adalah qada’ puasa yang waktunya masih panjang sampai Ramadan berikutnya. [Ini bererti kalau puasanya adalah puasa Syawal, maka boleh tanpa izin suami kerana puasa Syawal adalah puasa yang memiliki batasan waktu tertentu hanya di bulan Syawal.]
Jika Suami Tidak di Tempat
Berdasarkan pemahaman dalil yang telah disebutkan, jika suami tidak di tempat, maka isteri tidak perlu meminta izin pada suami ketika ingin melakukan puasa sunat. Keadaan yang dimaksudkan seperti ketika suami sedang bermusafir, sedang sakit, sedang berihram atau suami sendiri sedang puasa (Lihat Fathul Bari, 9: 296 dan Al Mawsu’ah Al Fiqhiyyah, 28: 99) Keadaan sakit membuat suami tidak mungkin melakukan jima’ (hubungan badan). Keadaan ihram terlarang untuk jima’, begitu pula ketika suami sedang puasa. Inilah yang dimaksud keadaan suami tidak di tempat.
Hikmah Mengapa Harus dengan Izin Suami
Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah menerangkan, “Dalam hadis yang menerangkan masalah ini terdapat pelajaran bahawa menunaikan hak suami itu lebih utama daripada menjalankan kebaikan yang hukumnya sunat. Kerana menunaikan hak suami adalah suatu kewajiban. Menjalankan yang wajib tentu mesti didahulukan dari menjalankan ibadah yang sifatnya sunat” (Fathul Bari, 9/296)
Imam Nawawi rahimahullah menerangkan, “Sebab terlarangnya berpuasa tanpa izin suami di atas adalah kerana suami memiliki hak untuk bersenang-senang (dengan bersetubuh, pen) bersama pasangannya setiap harinya. Hak suami ini tidak boleh ditunda kerana sebab ia melakukan puasa sunat atau melakukan puasa wajib yang masih boleh ditunda.” (Syarh Shahih Muslim, 7: 115)
Soalan no. 87
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Ustaz, orang tua-tua Kata Tak boleh bayar hutang pada malam hari. Beli garam pun Tak boleh Malam. Betul ker?
- Mohd Zuki Seman
Jawapan :
Waalakaumusslaam Mohd Zuki Seman : Tidak ada nas atau dalili yang sahih melarang membayar hutang pada waktu malam . Dalam Islam wajib membayar hutang secepat mungkin, kita tak pasti esok masih boleh hidup lagi, jika wang sudah ada dan boleh di selesaikan waktu malam maka itu adalah cara yang terbaik dan ikut ajaran Islam. Bayar hutang mudah sekarang bank in dalam akaun orang yang kita hutang boleh di selesaikan pada malam hari.
Begitu juga tak ada nas yang melarang beli garam pada malam hari, lojiknya jika sedang masak malam hari Allah izin garam dah habis maka bolehlah beli garam pada malam hari kerana pasar mini atau pasa raya tutup jam 10 malam
Soalan no. 88
Assalamualikum, Ustaz betul ke mimpi ular patuk ada org datang nak kahwin dgn kita adakah ia satu mitos atau fakta?
- Muhammad Solihin Burhanuddin.
Jawapan :
Waalakaumussalam, Muhammad Solihin Burhanuddin : Dalam ETMMTI m/s 651 Mimpi ular bermaksud musuh yang menipu.. Mimpi melihat ular dalam rumah bermaksud musuh ada di rumah sendiri. Jika ular yang berada di darat bermakna musuh itu orang luar atau orang lain. Mimpi membunuh ular bererti menang melawan musuh. Pengamal perubatan Islam pula memberikan tafsiran bahawa mimpi ular adalah jin kafir atau berupa sihir yang di lakukan oleh bomoh kepada orang yang bermimpi.
Muhammad Solihin Burhanuddin jika saudara nak pastikan ada atau tidak gangguan jin kafir atau sihir pada diri saudara cuba amalkan ayat-ayata Allah SWT dan lihat tanda-tandanya. jika ada tanda-tandanya maka saudara ada gangguan jin kafir atau sihir.Cara-caranya adalah seperti berikut :
Membaca ayat-ayat dibawah ditapak tanganmu :
1. Baca surah Ibrahim ayat 42-52
2. Baca surah al-Mukminun ayat 98-118
3. Baca surah al-Falaq ayat 1-5.
4. Baca surah an-Nas ayat 1-6
Ketika membaca ayat-ayat di atas , letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahgian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan tapak tangan kananmu itu di depan mata si sakit, dan mintalah dia melihatnya. Kalau dia sama sekali tidak boleh melihatnya, atau matanya menjadi silau atau nanar, atau dia melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam, atau dia melihat banyak salib di telapak tanganmu, atau tiba-tiba kepalanya terasa sangat pening, atau dia menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka dia , tidak diragukan, terkena sihir atau kesurupan atau kedua-duanya sekali.
[CATATAN : Sebaik-baiknya, usahakan dia sendiri yang membacanya ayat-ayat diatas. Kalau si sakit tidak boleh membaca sendiri maka kalian boleh bacakan ditapak tangan kalian dan hulurkan tangan kanan kalian di depan mata si sakit minta dia melihatnya.]
Soalan no. 89.
Assalamualaikum ustaz...mohon pencerahan...apa hukumnye mandulkan kucing?...tqvm ustaz (^_^)
- Mariatul Akma.
Jawapan :
Waalakaumussalam Mariatul Akma : JAKIM memberi fatwa untuk memandulkan kucing adalah harus.
Untuk mengikuti pandangan mazhab :
1-Ulama mazhab al-Hanafi berpendapat tidak mengapa mengkasi haiwan, kerana ada padanya manfaat kepada binatang dan juga manusia.
2-Ulama mazhab Malik pula berpendapat Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya tanpa ada hukum makruh, untuk daging yang lebih baik.
3- Ulama mazhab Syafie pula membezakan antara haiwan yang dimakan dagingnya dan yang tidak dimakan dagingnya. Mereka berpendapat: Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya ketika ia kecil, dan diharamkan selain daripada itu (yang tidak dimakan daging). Mereka juga mensyaratkan proses mengkasi itu tidak mendatangkan kecelakaan (kepada (haiwan).
4-Ulama Hanbali pula mengharuskan mengkasi kambing untuk mengelokkan dagingnya. Dikatakan: Makruh mengkasi kuda dan haiwan lain.
5-Imam Ahmad memakruhkan terhadap mana-mana binatang kerana ia menyakitkannya.
Terdapat beberapa pandangan ulama' yang menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat manafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan. Syeikh Muhammad ibn Sholeh al Uthaimin (Angggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi dan pakar fiqh abad ini ) pernah ditanya mengenai kucing-kucing yang banyak ini akan di hantar ke SPCA dan ia akan bunuh jika tidak ada orang yang ingin membelanya, maka apakah hukum memandulkannya (bagi mengelak dihantar ke SPCA), jawab beliau :-
"Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, kerana sesungguhnya lebih aula (baik) dari membunuh binatang tersebut setelah ia tercipta" Seterusnya Syeikh ibn Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan memandulkannya Akan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di mandulkan (Fataawa Islamiyyah, 4/448).
Soalan no. 90
Assalamu'alaikum. Warohmatullahi wabarokaatuh
Ustaz saya nak tanya, saya hidup berjauhan dengan keluarga. Ajal ,maut di Tangan Allah SWT yang Maha Berkuasa, saya tak boleh selalu pulang kampung. Apa pesanan buat puteri saya, setelah saya meninggal dunia. Contoh, buat majlis tahlil, badal haji atau wakaf. Apa kah saya harus tulis semua tu, agar nanti puteri saya tahu, apa yang ingin saya lalukan, setelah saya tidak ada. Mohon pencerahaan nya. Terima kasih ustaz.
- Tri Kartini.
Jawapan :
Waalakaumussalam Tri Kartini : Apabila puan bercadang menulis wasiat perkara yang penting adalah senarai nama-nama orang yang ada puan berhutang. Supaya apabila tak sempat nak bayar hutang ada anak yang akan tahu kepada siapa hutang tersebut harus di bayar. Kerana roh si mati akan tergantung sehingga hutangnya di selesaikan oleh warisnya. Jika puan belum tunaikan haji boleh minta anak upahkan haji selepas kematian puan.
Amalan-amalan yang boleh di lakukan oleh anak-anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia : Sebagai seorang anak yang kasih kepada kedua ibu bapa perlulah kita membalas jasa-jasa baik yang telah mereka berikan kepada kita. Terutama apabila mereka berdua atau salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia. Jika kita laksanakan amalan-amalan tersebut akan meringankan beban ibu bapa yang sedang bersemadi di alam barzakh. Mereka akan bergembira kerana memiliki anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa menyalurkan rezeki berupa pahala yang mengalir terus ke alam barzakh tanpa henti-henti. Balasan yang akan kita terima adalah keredhaan Allah SWT dan kebaikannya anak-anak kita pula akan melaksanakan amalan yang sama apabila giliran kita kembali dijemput pulang oleh Allah SWT.
Amalan-amalan anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia :
1. Mohon keampunan untuk mereka.
Doakan kepada mereka.supaya diampunkan dosa-dosa mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)
Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : "Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (Hadis Riwayat Muslim).
"Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang lelaki yang shalih di syurga,
lalu dia bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan ini?”
Dijawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu.”
(Hadis Sanad Hasan Riwayat Ahmad dalam Musnadnya – hadis no: 10610 (jld. 2, ms. 509) dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth.)
Doa keampunan kepada ibubapa yang boleh diamalkan adalah daripada al-Quran seperti mana yang dikemukakan sebelum ini:
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” (Surah Nuh (71) ayat 28)
Memandangkan hadis yang pertama menyebut doa seorang anak yang soleh secara umum, maka dianjurkan juga mendoakan rahmat kepada ibubapa sebagaimana berikut:
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’ (17) ayat 24)
Demikianlah dua doa yang diajarkan oleh al-Quran dan ia mencakupi dua perkara yang amat diperlukan oleh ibubapa setelah mereka meninggal dunia: keampunan dan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Doa-doa ini boleh kita baca di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ia tidak terhad kepada saat menziarahi kubur ibubapa.
2. Menunaskan hutang mereka.
Hutang seperti ini akan menawan ibubapa yang meninggal dunia sehinggalah ia dilunaskan.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada Sa‘ad ibn al-Atswal radhiallahu 'anh yang baru kematian saudaranya: "Saudara kamu tertahan disebabkan hutangnya, oleh itu pergilah engkau melunasinya." (Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 2433 .Kitab al-Ahkam, Bab membayar hutang orang yang meninggal dunia).
3. Laksanakan wasiat ibadah yang mereka tinggalkan.
Jika ibubapa memiliki hajat untuk melaksanakan sesuatu ibadah lalu mereka tidak sempat kerana meninggal dunia, maka kita boleh melaksanakan ibadah tersebut. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menerangkan:
Bahawa seorang wanita daripada Juhainah datang menemui Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan berkata: “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk melaksanakan haji akan tetapi dia tidak sempat melaksanakan haji tersebut sehingga dia meninggal dunia. Apakah boleh aku melaksanakan haji tersebut untuknya?”
Rasulullah menjawab: “Ya, hajikanlah dia. Apa pandangan kamu jika ibu kamu memiliki hutang, adakah kamu juga akan melunasinya? Lunaskanlah untuk Allah kerana (hutang kepada) Allah adalah lebih berhak untuk dilunasi." (Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 1852 (Kitab al-Hajj, Bab menunaikan nazar haji untuk yang meninggal dunia).
April 6 at 12:57pm · Like · 1
Abu Basyer 4. Melaksanakan Rancangan Atau Janji Ibubapa.
Jika ibubapa memiliki rancangan tertentu dan mereka tidak sempat melaksanakannya, kita sebagai anak boleh melaksanakannya dan ganjaran kebaikan akan mengalir kepada ibubapa dan juga kita. Jabir bin ‘Abd Allah radhiallahu 'anh menerangkan:
Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah berkata: “Apabila datang harta dari Bahrain nescaya aku akan memberi engkau sekian-sekian.”
Namun harta dari Bahrain tidak datang sehinggalah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat.
Ketika harta dari Bahrain sampai, Abu Bakar (radhiallahu 'anh) memerintahkan seseorang menyeru: “Sesiapa yang memiliki janji atau hutang dengan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam datanglah kepada kami.”
Maka aku datang dan berkata: “Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam berjanji kepada aku sekian-sekian.” Maka dia memberi aku satu genggaman dan aku menghitungnya, ternyata jumlahnya lima ratus (dirham). Dia berkata: “Ambillah lagi seumpamanya.”
(Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2296 (Kitab al-Kafalah, Bab orang yang bertanggungjawab untuk menunaikan hutang si-mati…).
Dalam hadis di atas, janji Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Jabir dilaksanakan oleh Abu Bakar radhiallahu 'anh sebagai pemerintah pada saat itu. Dalam kes ibubapa, janji atau rancangan mereka boleh dilaksanakan oleh anak-anaknya.
5. Meneruskan Apa Yang Baik dan Menghentikan Apa Yang Buruk.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun. (Hadis Sahih Riwayat Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1017 (Kitab al-Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar…)
6. Berhubung Dengan Orang Yang Dicintai Oleh Ibubapa.
Kebaikan yang terakhir adalah setinggi-tinggi kebaikan yang dapat dilakukan oleh seorang anak kepada ibubapanya yang telah meninggal.
Hadisnya adalah seperti berikut: Dalam satu perjalanan ke Mekah, ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma menemui seorang Arab Badui. Lantas Ibn ‘Umar mengucapkan salam kepada beliau, menaikkan beliau ke atas keldai yang tadi ditungganginya dan kemudian memberikan beliau serban yang sedang dipakainya. Ibn Dinar (yang menyaksikan perbuatan Ibn ‘Umar) berkata kepadanya:
“Semoga Allah memperelok keadaan kamu! Sesungguhnya mereka adalah orang Arab Badui dan sesungguhnya mereka sudah mencukupi dengan sesuatu yang sedikit.”
Maka Ibn ‘Umar menjawab: “Sesungguhnya ayah orang ini adalah sahabat yang amat dicintai oleh (ayahku) ‘Umar bin al-Khaththab. Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya bakti terbaik seorang anak ialah menghubung silaturahim dengan orang yang dicintai ayahnya.”
(Hadis Sahih Riwayat Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2552 (Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab keutamaan berbuat baik kepada rakan ayah dan ibu).
Berdasarkan hadis di atas, hendaklah kita berbuat baik kepada ibubapa yang sudah meninggal dunia dengan menjalinkan hubungan silaturahim dan berbuat baik kepada sesiapa sahaja yang dicintai atau menjadi sahabat karib ibubapa semasa mereka masih hidup.
Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.
1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.
2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.
3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.. Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :
Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.
Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)
4. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat, bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.
Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat.
Marilah kita sama-sama berusaha memberi saham terbaik untuk kedua orang tua kita yang telah meninggal dunia. Amalkanlah beberapa amalan di atas yang pernah di laksanakan oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan ulama tabiin untuk meneruskan jasa bakti kepada insan tersayang yang telah meninggal dunia. Sebenarnya amal soleh dan kebaikan yang kita berikan kepada mereka kita juga akan mendapat pahala yang sama dan tidak dikurangkan walaupun sedikit oleh Allah SWT.
Sebaik-baiknya mulai sekarang puan boleh buat surat wasiat, banyak mana harta yang akan puan agihkan supaya waris tahu nak beri pada siapa dan berapa jumlahnya. Wasiat tak boleh melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta puan.
No comments:
Post a Comment