Soalan no. 51
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Ustaz, mohon pencerahan, betul Ker Kafiat doa Ini?'
- Mohd Zuki Seman
Jawapan :
Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman : Membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)
اَللّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ, خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ, وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أََبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ, وَ أَبُوْءُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Allahumma anta Rabbiy, laa ilaha illa anta, khalaqtaniy wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu, a’udzubika min syarri maa shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abu’u bidzambiy, faghfirliy fa innahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta
Artinya : “Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau ciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di atas janjiMu, semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui banyaknya nikmat (yang Engkau anugerahkan) kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Karena sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau”
Kelebihan membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar ) : “Barangsiapa membacanya ketika petang hari dan kemudian meninggal pada malam itu, maka ia akan masuk syurga. Dan, barangsiapa membacanya pada pagi hari serta meyakini kandungannya, kemudian meninggal pada hari itu, maka ia akan masuk syurga.” Hadis sahih ini diriwayatkan oleh :
(1) Imam Al Bukhari dalam Shahihnya No. 5947, 5964,
(2) Abu Daud dalam Sunannya No. 5070,
(3) At Tirmidzi dalam Sunannya No. 3393,
(4) Imam Ibnu Majah dalam Sunannya No. 3872,
(5) Nasa’i dalam Sunannya No. 5522,
(6) Ahmad dalam Musnadnya No. 23013,
(7) Baihaqi dalam Ad Da’awat Al Kabir No. 31,
(8) Thabarani dalam Ad Du’a No. 309,
(9) Al Baghawi dalam Syarhus Sunnah No. 1309.)
Soalan no. 52.
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Ustaz, mohon pencerahan kedua-dua hadis Ini.
-Mohd Zuki Seman.
Jawapan :
Waalakaumusslaam Warahmatulahi Wabarakatu : Mohd Zuki Seman : Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Ada satu hadis yg hampir sama makna dengan hadis di atas, iaitu: "Sesiapa minum madu tiga kali setiap bulan, di tidak akan ditimpa dengan bala2 yg besar".
Diriwayatkan dalam Mukjam Ausath (no: 408), dan kata Ibn Jauzi dalam al-Maudhuaat 3/215: "Hadis ini tidak sahih". Begitu juga dihukum DHAIF oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (2/183).
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin
memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum
madu".
hadis ini juga tiada dalam kitab2 hadis utama.
Di dalam kitab Jamik imam suyuty (no: 45523), beliau membawa hadis ni, katanya: riwayat Dailami.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Hadis ini tidak kedapatan dalam kitab2 hadis utama.Di dalam Kasyful Khafa' 2/319, disebut hadis ini daripada Aisyah r.a., diriwayatkan oleh Dailami.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
madu sebagai ubat, disebut dalam Quran (Al-Nahl ayat 69) dan sabit dalam beberapa hadis sahih, termasuk hadis Bukhari dan Muslim (kisah seorg yg kena cirit birit).
Cuma, kelihatan dalam lafaz hadis di atas beberapa ciri kepalsuan seperti didoakan oleh 70 Nabi. Wallahu A'lam.
Kerana ia hampir sama dengan satu hadis PALSU lain, iaitu: "Kamu hendaklah memakan adas, kerana ia diberkati, boleh melembutkan hati, dan didoakan keberkatan oleh 70 Nabi".
lihat: al-Maudhuaat 2/294, Al-Laali Suyuti 2/179.
(hadis dengan lafaz dalam soalan di atas, sangat masyhur di kalangan syiah dan banyak disebut dalam buku2 dan laman web mereka. Kerana dikatakan ia riwayat Ali r.a., ataupun ia adalah kata2 Ali).
Kesimpulan : Apabila saudara jumpa mana-mana hadis yang bermula dengan Imam Ali a.s (alais salam) , Imam Jaafar Ash-Shadiq a.s adalah hadis-hadis riwayat Syiah. Ahli sunah waj jamaah menggunakan alais salam (a.s) hanya untuk para malaikat dan para nabi sahaja tetapi Syiah gunakan untuk para imam mereka. Apabila sesuatu hadis tak terdapat di dalam 6 kitab hadis yang besar maka jelaslah itu adalah hadis yang tak sahih dan jika datangnya daripada Syiah kita anggap semuanya palsu. Berhati-hatilah jika jumpa di fb hadis-hadis yang di nukilkan di atas tak di nyatakan riwayat siapa, dan statusnya sahih atau dhaif maka tinggalkanlah.
Dalam hadis sahih terdapat khasiat madu dan kurma, cukuplah kita ambil riwayat yang sahih saja dan tinggalkan yang tak pasti, palsu atau dhaif.Rasulullah SAW juga pernah berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda SAW bersabda: "Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan al-Quran." (HR Ibnu Majah)
Berbagai kajian telah dilakukan dengan tumpuan kepada pelbagai jenis bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menyatakan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, mahupun kesihatan fizikal atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah SWT: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." (Surah An-Nahl ayat 69)
Daripada ayat Al-Quran serta hadis di atas ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana selain menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, ianya juga membantu memenuhi keperluan tubuh badan manusia.
Terdapat banyak hadis-hadis lain berkenaan madu lebah. Di antaranya tentang dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Pertama, mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah SAW mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Baginda SAW menyarankan agar dia diberikan madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad SAW menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi SAW berkata: ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong." Lalu Rasulullah SAW sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (HR Bukhari & Muslim)
Hadis di atas menjelaskan bahawa madu merupakan ubat segala penyakit kerana Rasulullah SAW tidak melihat pesakit berkenaan, sebaliknya terus menyebutkan madu sebagai ubatnya.
Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: ”Kesembuhan itu berada pada tiga hal iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang umatku berubat dengan kay.” (HR Bukhari)
Terdapat hadis yg lafaznya ialah: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, penghuninya kelaparan”.(HR Muslim (no: 2046).
Terdapat di dalam hadis sahih daripada Nabi SAW, "Sesiapa yang makan tujuh biji buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz : tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat daripada bisa, racun dan sihir pada hari itu". (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Hadis Ali r.a. ini, tiada disebut dalam kitab2 hadis utama. Disebut dalam Kanzul Ummal 10/86, dan katanya: Ia riwayat Abu Nuaim, ada perawi matruk dan majhul.
Di dalam Kasyful Khafa' 2/116: "Tanda2 kepalsuan hadis ini jelas zahir, maka hendaklah dirujuk balik". - Hadis tersebut tidak sahih hadis kedua di atas sah daripaad riwayat Syiah apabila di tulis Imam Ali a.s
Banyak dakwaan seperti makan kismis menguatkan ingatan, sebenarnya tiada dalil yang sahih daripada Nabi SAW mengenainya..Ibn al-Qayyim sendiri menyebut dalam al-Tibb al-Nabawi bahawa dua hadis yang disebut tentang kelebihan kismis tidak sahih.. cumanya, ada riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan.
Soalan no. 53
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Apa hukum perempuan gunting rambut di kedai? Bolehkah lelaki gunting rambut di kedai non muslim?
- Mohd Zuki Seman.
Jawapan :
Waalakaumussalam warahmatulahi wabarakatu Mohd Zuki Seman : Jika wanita muslim gunting di kedai yang di jalankan wanita muslim sendiri maka di haruskan. Tetapi jika wanita muslim gunting di kedai bukan Islam wanita terdapat khilaf ulama ada yang mengharamkan aurat wanita muslim di lihat oleh wanita bukan Islam. Sebagaian ulama membolehkan aurat wanita muslim di lihat oleh wanita bukan muslim jika tak menimbulkan fitnah.
Lelaki muslim boleh gunting di kedai gunting lelaki bukan muslim hukumnya harus kerana umat Islam boleh bermuamalah dengan orang bukan muslim. Tetapi jika ada pilihan ada kedai gunting rambut saudara seagama maka kita kena utamakan kedai saudara seagama.
Soalan no. 54.
Assalamualaikum ustaz Abu Basyer...Tolong beri huraian tentang husnul khuluq..
Terima kasih.
- Ruzimah Chekros.
Jawapan :
Waalakaumussalam Ruzimah Chekros : Husnul khuluq (akhlak yang mulia) akan melahirkan rasa kasih sayang dan kelembutan.
Sesungguhnya kemuliaan akhlak merupakan salah satu dari sifat-sifat para nabi, orang-orang siddiq dan kalangan solihin. Dengan sifat ini, berbagai darajat dapat dicapai dan kedudukan-kedudukannya ditinggikan.
Sesungguhnya Allah SWT mengistimewakan nabi-Nya, Muhammad SAW dengan ayat yang menghimpun baginya segala kemuliaan akhlak dan segenap kebaikan tata pekerti, maka Allah SWT berfirman :
وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ ﴿٤﴾ سورة القلم
Maksudnya, "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Surah al-Qalam (68) ayat 4)
Husnul khuluq (akhlak yang mulia) melahirkan rasa kasih sayang dan kelembutan. Sedang su'ul khuluq (akhlak yang buruk) membuahkan rasa saling benci, dengki dan memusuhi.
Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah menunjukkan contoh dengan akhlak yang mulia (husnul khuluq) dan konsisten terhadapnya. Dimana baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam menghimpun secara bersama antara penyebutan at-takwa (ketakwaan) dan penyebutan husnul khuluq (akhlak yang mulia) ini. Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :
« أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ ، تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ »
“Yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, (adalah) takwa kepada Allah dan husnul khuluq (berperilaku baik). ” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan al-Hakim).
Husnul khuluq itu adalah wajah yang berseri, memberikan kebajikan, menahan diri dari menyakiti manusia, beserta segala yang sudah sepatutnya bagi seorang muslim untuk bertutur kata yang baik dan menahan amarah serta sabar menanggung beban.
Dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam mewasiatkan kepada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu dengan sebuah wasiat baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :
« عَلَيْكَ بِحُسْنِ الْخُلُقِ »
Maksudnya, “Wahai Abu Hurairah, seyogyanya kamu untuk berperilaku baik (husnul khuluq).”
Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata, “Apakah husnul khuluq itu, wahai Rasulullah?”
Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :
« تَصِلُ مَنْ قَطَعَكَ، وَتَعْفُو عَمَّنْ ظَلَمَكَ، وَتُعْطِي مَنْ حَرَمَكَ »
“Kamu menyambung (tali persaudaraan kepada) orang yang memutuskan (hubungan dengan)mu, dan kamu memaafkan (kesalahan atas) orang yang menzalimimu, dan kamu memberi orang yang enggan memberi kepadamu.” (Hadis Riwayat. Al-Baihaqi).
Akhlak yang baik dan mulia akan mendapat ganjaran yang besar daripaad Allah SWT. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :
« إِنَّ الرَّجُلَ لَيُدْرِكُ بِحُسْنِ الْخُلُقِ دَرَجَةَ الصَّائِمِ الْقَائِمِ »
“Sesungguhnya seseorang dengan husnul khuluq akan memperoleh derajat ash-sha`im (ahli puasa) dan al-qa`im (ahli solat malam).” (Hadis Riwayat Ahmad).
Dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam menilai amalan husnul khuluq sama seperti kesempurnaan iman. Baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :
« أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا »
“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud).
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :
« أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ أَنْفَعَهُمْ ، وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ سُرُورٍ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ ، أَوْ تَكْشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً ، أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دِينًا ، أَوْ تُطْرَدُ عَنْهُ جُوعًا ، وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِي الْمُسْلِمِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي الْمَسْجِدِ شَهْرًا »
“Manusia yang paling dicintai di sisi Allah adalah yang paling bermanfaat diantara mereka, dan amalan yang paling dicintai di sisi Allah (adalah) kebahagiaan yang kamu masukkan ke (hati) seorang muslim, atau kamu membebaskan kesusahannya, atau kamu membayarkan hutangnya, atau kamu menghilangkan rasa laparnya. Kerana itu aku berjalan bersama saudaraku yang muslim dalam suatu keperluannya lebih aku sukai daripada aku beri'tikaf di masjid (yaitu: masjid Madinah, pent.) ini sebulan lamanya .” (Hadis Riwayat Thabrani).
Seorang muslim diperintahkan untuk berkata halus dan lembut sehingga ucapannya tersebut menjadi amalan yang memberatkan timbangan kebajikannya. Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :
« الْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ »
“Kata baik (yang di ucapkan di kira sebagai ) sedekah.” (Muttafaqun 'Alaihi).
Bahkan sebuah senyuman ringan yang tidak membebani seorang muslim pun dalam melakukannya, diberikan balasan. Sebagaimana sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam :
« تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيْكَ صَدَقَةٌ »
“Senyummu terhadap saudaramu merupakan satu sedekah.” (Hadis Riwayat. At-Tirmidzi).
Soalan no. 55.
Assalamu'alaikum. Warohmatullahi Wabarokaatuh
Ustaz saya nak tanya apa hukum nya kita buat majlis tahlil,? Mohon pencerahaan nya.
- Tri Kartini.
Jawapan :
Waalakaumussalam warahmatulahi wabarakatuh : Tri Kartini : Hukum mengadakah Majlis Tahlil adalah harus. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 9 September 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Membaca Surah Yasin Dan Tahlil Berjemaah.
Fatwanya adalah :
Segala bentuk sedekah seperti kenduri, membaca ayat-ayat Al-Quran dan segala bentuk zikir, tahlil adalah harus dan pahalanya إن شاء الله sampai kepada simati yang ditujukan dengan syarat diniatkan semua pahala amalan-amalan kebajikan tersebut untuk simati dengan penuh keikhlasan.
Ulama telah membahaskan samaada bacaan al-Quran yang dihadiahkan kepada simati sampai atau tidak? Ada yang berpendapat pahala bacaan al-Quran tersebut sampai dan ada yang berpendapat tidak sampai.
Majoriti ulama berpendapat bacaan tersebut akan sampai apabila di niatkan untuk individu tertentu yang telah meninggal dunia.
Syeikh Ali Jumuah Mufti Republik Arab Mesir menghuraikan permasaalahan tersebut seperti dibawah ini :
Kitab : البيان لما يشغل الأذهان
Para ulama’ telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah, Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu’ ):
من دخل المقابرفقرأ فيها (يس) خفف عنهم يومئذ، و كلان له بعددهم حسنات
Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan”1
Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa :
“Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah Al-Baqarah”.2
Adapun ulama’ Malikiyyah berpendapat bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah makruh. Akan tetapi, Syeikh Dardir memberikan komentar beliau di dalam masalah ini :
“Ulama’ mutaakh’khirin berpendapat bahawa tidak mengapa membaca Al-Quran dan berzikir serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati bahkan si pembaca juga akan mendapat/beroleh pahala, Insya Allah”.3
Perselisihan pendapat pada masalah ini adalah terlalu lemah (dhoif). Pendapat yg mengatakan hukumnya adalah sunat adalah pendapat yg kuat. Sesungguhnya sebahagian ulama berpendapat bahawa masalah ini adalah masalah ijma’. Antara ulama’ yg berpendapat sedemikian adalah Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi Al-Hanbali. Beliau mengatakan bahawa :
“Apa-apa kebaikan yg dilakukan dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati yg muslim (beragama Islam), maka itu adalah perkara yg bermanfaat. Berkata sebahagian ulama’, apabila dibacakan Al-Quran di sisi si mati atau menghadiahkan pahalanya kepada si mati maka beroleh pahala, maka pembacanya juga akan mendapat/beroleh pahala dan seolah-olah si mati juga membacanya, maka diharapkan si mati beroleh rahmat. Sesungguhnya, apa yg kami sebutkan itu tadi adalah disepakati/dipersetujui (ijma’) oleh para ulama’. Mereka ( para ulama’ yg bersepakat ) bersama-sama berkumpul membacakan Al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati tanpa ada yg membantah di kalangan mereka (tanpa saling membantah antara satu sama lain).4
Sesungguhnya, Syeikh Al-Uthmani telah memberikan komentar berikut di dalam masalah ini :
“Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa istighfar, doa, sedekah, haji, pembebasan hamba adalah bermanfaat bagi si mati dan pahala kebaikan tersebut sampai kepadanya. Hukum membaca Al-Quran di atas kubur adalah sunat”.5
Dalil bagi sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati adalah diqiyaskan dgn hukum sampainya pahala “haji ganti/haji badal” kepada si mati kerana haji terkandung di dalamnya solat dan solat dibaca di dalamnya surah Al-Fatihah dan surah-surah yg lain. Apa-apa yg sampai ke semuanya, pasti akan sampai satu juzu’ daripadanya. Maka pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dgn izin Allah sekiranya si pembaca memohon supaya Allah memberikan pahala kepada si mati sepertimana diberikan pahala kepadanya (si pembaca).
Berdasarkan kepada apa yang diterangkan, sesungguhnya ulama’ telah bersepakat bahawa membaca Al-Quran utk si mati adalah harus manakala sebahagian ulama’ berpendapat bahawa menghadiahkan pahala kpd si mati adalah harus. Para ulama’ Syafi’iyah berpendapat bahawa pahala tersebut sampai kepada si mati dgn diiringi bacaan doa :
اللَّهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُ لِفُلان
Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku ini kepada si fulan” dan ianya bukanlah hanya semata-mata dengan amalan tersebut sahaja.
Perselisihan yang berlaku adalah sedikit dan sepatutnya tidak berlaku pada masalah ini.
Penterjemah :
Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime. Kuliah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar Al-Syarif.
Nota kaki :
1. Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)
2. Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)
3. Syarah Kabir (Allamah Dardir-Jilid 1/423)
4. Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225)
5. Rohmatal Ummah Fi Ikhtila’fil A’Immah (Syeikh Uthmani)
JAKIM juga telah memberikan pendapatnya dalam persoalan ini :
Para ulama telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan bahawa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah, Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas r.a. ( hadis marfu’ ):
Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan”
Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa : “Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah Al-Baqarah”.
Bacaan al-Quran sampai kepada simati :
Bacaan al-Quran dan doa untuk arwah (simati) telah menjadi perbahasan ulama di dalam mazhab 4 termasuk ulama-ulama selepas imam-imam mazhab. Imam Syafie kata tak sampai tetapi imam Abu Hanifah Dan Imam Ahmad bin Hambal kata sampai bacaan al-Quran , doa dan zikir dihadiahkan kepada simati. Didalam Kitab Majmu’ Sharh Muhazzab, Imam Nawawi ada menyebut “telah berpendapat Imam Ahmad bn Hanbal bersama satu jemaah dari kalangan ulama’ dan satu jemaah dari Mazhab Syafie bahawa pahala membaca al-Quran sampai kepada si-mati.
Kenyataan Imam Nawawi ini jelas menunjukkan bahawa pendapat yang mengatakan tidak sampai pahala bacaan al-Quran kepada si-mati juga khilaf (berselisih) dikalangan beberapa ulama’ mazhab Syafie, dan ia bukan mutlak. Bahkan Shiekh Abu Bakar al-Dimyati didalam kitabnya I’aanaa al-Tholibin (3/221) menyebut “pendapat yang mengatakan ‘tiada sampai pahala’ itu dhaif (lemah) dan telah sampai satu jemaah dari Mazhab kami yang mengatakan ‘sampai pahalanya’ adalah muktamad.
Boleh disimpulkan bahawa terdapat 2 pendapat dari kalangan Mazhab Syafie berkenaan dengan persoalan ini, iaitu :-
(1) Mazhab Syafie yang terdahulu (Mutaqaddimin) mengatakan ibadat mahdah (seperti solat, puasa, bacaan al-Quran) tidak sampai pahalanya kepada orang lain selain dari yang membacanya. Pandangan ini mashyur dikalangan ulama' Mazhab Syafie kata Syiekh al-Islam Zakaria al-Anshari al-Syafie.
(2) Mazhab Syafie yang terkemudian (Mutaakhirin) berpendapat bahawa sampai pahala bacaan al-Quran kepada orang yang mati, seperti bacaan al-Fatihah. Ini juga merupakan pendapat ulama' Hanafi dan Hanbali.
Bekas Sheikh al-Azhar, Sheikh Jadul Haq didalam fatwanya berkata “pandangan Mazhab Syafie yang masyhur, dan Mazhab Maliki yang asal, tidak sampai ibadat badaniyah, seperti membaca al-Quran. Akan tetapi, pandangan mutakhir dikalangan Mazhab Syafie dan Maliki yang dipilih adalah : sampai pahala kepada mayat dengan syarat-syaratnya”. (Buhuth wa fatawa, 2/38)
No comments:
Post a Comment