Soalan no. 36
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Mohon pencerahan yang lebih jelas mengenai penggunaan perkataan "kalau.'
- Mohd Zuki Seman.
Jawapan :
Waalakaumussalam warahmatulahi wabarakatuh Mohd Zuki Seman : Manusia sering mengucapkan semula perkataan ini setelah belaku peristiwa yang tidak diingini; "kalaulah aka tahu..., "seandainya aku buat benda ini.." ," sekiranya aku dengar nasihat kamu ..." . Hakikat sebenarnya setiap kejadian yang telah berlaku itu adalah di atas kehendak Allah SWT Yang Maha Mengetahui apa yang hendak ditetapkan-Nya.
Nabi SAW melarang umatnya berkata "kalau" , "seandainya" dan "sekiranya" keatas kejadian yang telah berlaku, kerana kita seolah-olah tidak reda dan bersetuju di atas apa yang telah di tetapkan-Nya. Perasaan kecewa ini boleh menjejaskan akidah kita terhadap qada dan qadar Allah SWT dan akan terjebak di dalam perangkap syaitan.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: 'Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku.' Tetapi katakanlah: 'Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya', sesungguhnya 'kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)
Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketakwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah SWT untuk diambil pengajaran.
Ucapan 'kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak reda dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.
Sifat orang mukmin akan menjadikan peristwa yang telah berlaku dengan fikiran yang cukup positif dan akan bermuhasabah diri sendiri dan semuanya akan dijadikan sebagai panduan, peduman dan kekuatan untuk mencari reda Allah SWT dan beramal soleh lebih baik lagi daripada sebelumnya.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Ketahuilah, jika seluruh manusia berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditulis Allah untukmu. Jika mereka berkumpul untuk memberikan madarat kepadamu, maka mereka tidak akan boleh memberikan madarat, kecuali yang telah ditulis Allah untukmu. Pena telah diangkat dan lembarannya telah kering” (Hadis Riwayat Tirmizi dari Ibnu Abbas)
Marilah sama-sama kita kuatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT dengan keyakinan yang sungguh-sungguh dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Bersangka baiklah kepada Allah SWT dan yakinlah cinta dan kasih sayang Allah SWT kepada kita melebihi cinta dan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang sedang menyusu.
Bertawakallah kepada Allah SWT dalam setiap masa dan berdoalah mengharapkan rahmat dan reda-Nya tanpa jemu dan bosan.
Husnudzon (berbaik sangka) kepada Allah bahawa Dia akan mengabulkan doa kita. Kalaupun tidak dikabulkan, itu kerana hikmah yang Allah lebih mengetahuinya. Dalam hadis qudsi, Allah SWT berfirman (yang maksudnya), "Aku bergantung prasangka hamba-Ku kepada-Ku" (Hadis Riwayat Bukhari)
Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Tahukah kalian bagaimana seharusnya seorang muslim berdoa?” Mereka bertanya, “Bagaimanakah itu wahai Imam?” Beliau menjawab, “Tahukah kalian bagaimana seseorang yang berada di tengah gelombang lautan, sementara ia hanya memiliki sebatang kayu, dan iapun akan tenggelam? Kemudian orang ini berdoa dengan mengatakan, ‘Ya Rabbi, selamatkanlah aku! Ya Rabbi, selamatkanlah aku!’ Maka demikianlah seharusnya seorang muslim berdoa (kepada Allah)”.
Hal ini memperlihatkan bahawa sudah selayaknya seorang hamba yakin bahwa tidak ada lagi yang mampu menyelamatkannya selain Rabbnya sehingga ia akan kembali kepada-Nya dalam keadaan apapun dan berdoa kepada-Nya kerana rasa memerlukan yang lahir dari kelemahan diri.
Allah berfirman yang bermaksud : “Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan jika ia berdoa kepada-Nya…” (Surah al-Naml ayat 62).
Soalan no. 37.
Assalamualaikum ustaz. Nak tanya apa hukum nya bila orang tu kawinkan . tapi mas kawin tu duit mak ayah dia . Bukan duit hasil titik peluh dia sendri ? Contoh untuk mas kawin di Selangor RM 300.
- Razfie Amien.
Jawapan :
Waalakaumussalam Razfie Amien : Jika duit mas kawin seseorang di hadiahkan oleh ibu bapanya maka pengantin lelaki ( si anak) boleh menggunakan sebagai mas kahwin. Mas kawin adalah hadiah wajib yang di berikan oleh suami kepada isterinya semasa akad nikah. Mas kawin bukan rukun nikah dan bukan syarat sah nikah. Maka nikahnya sah walau pun duit tersebut bukan daripada titik peluh si pengantin lelaki.
Soalan no. 38.
Assalam ustaz Abu Basyer..apakah hukum nya dan apakah hukuman di akhirat kelak bagi seorg isteri yg berusaha memisahkan (atau menyuruh ) suaminya menceraikan isteri kedua nya krn alasan tidak sanggup bermadu atsu rasa terhina..Dan apakah hukumnya dan hukuman ke atas suami yg menceraikan isteri keduanya krn mengikut paksaan isteri pertamanya tadi tanpa sbb isteri kedua nusyuz .- Seri Sofia.
Jawapan :
Waalakaumussalam Seri Sofia seorang suami yang berpoligami wajib berlaku adil kepada kedua-dua isterinya. Berdosa hanya mengikut arahan isterinya yang pertama, tak ada hak isteri pertama menyuruh suaminya menceraikan madunya. Isteri pertama akan mendapat dosa besar dan di kira memutuskan silaturahim, orang yang suka memutuskan silaturahim tidak akan cium bau syurga.
Perlu diingat bahawa kita tidak boleh memutuskan silaturahim kerana dengan memutuskan silaturahim itu boleh menyebabkan mendapat kutukan dan laknat Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : "Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Al-Imam Muslim)
Jika suami ikut saja suruhan isteri pertama, suami akan hilang berwibawa dan kepimpinan, jika isterinya yang kedua tidak derhaka kepada suaminya maka suami akan mendapat dosa besar kerana menzalimi isterinya. Jawab nanti di hadapan Allah SWT kerana tidak berlaku adil.
Soalan no. 39.
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Ustaz, Mohon pencerahan.- Mohd Zuki Seman .
Jawapan :
Waalakaumussalam warahmatulahi wabarakatuh : Mohd Zuki Seman : Antara kelebihan menziarahi orang sakit ialah mendapat doa keselamatan dan keberkatan daripada para malaikat setiap kali seseorang itu menziarahi saudaranya. Daripada Ali bin Abi Talib r.a. beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seseorang muslim itu apabila beliau menziarahi sahabatnya pada waktu awal pagi kecuali 70000 para malaikat akan mendoakan kebaikan kepadanya sehinggalah petang dan jika beliau menziarahi saudaranya pada waktu petang maka 70000 para malaikat akan mendoakan kebaikan kepadanya sehinggalah keesokan pagi.” (Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmidzi dengan sanad yang hasan).
Dalam hadis yang lain Nabi SAW telah bersabda: “ Sesiapa yang menziarahi saudaranya maka dia akan berada dalam nikmat kasih sayang Allah walaupun sesudah dia duduk.” (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang sahih).
Soalan no. 40 .
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Ustaz, Mohon pencerahan mengenai hadis Ini. - Mohd Zuki Seman.
Jawapan :
Waalakaumussalam warahmatulahi wabarakatuh : Berhutang adalah amalan yang tidak digalakkan oleh Islam kerana hutang itu merupakan "kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari". Hutang juga akan menyebabkan seseorang itu menanggung amanah yang mesti ditunaikan iaitu melunaskan hutang. Jika ketika hidupnya hutang tersebut belum dilunaskan, maka apabila dia meninggal dunia hutang tersebut hendaklah dibayar daripada harta pusaka yang ditinggalkannya sebelum dibahagi-bahagikannya kepada waris-warisnya. Demikianlah beratnya tuntutan Islam dalam kewajipan membayar hutang. Pengajaran hadis riwayat al-Baihaqi di atas :
i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ˜qanaah' iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan.
iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya.
iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.
v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment