Mohon pencerahan apa,maksud ayat terakhir [menyambung urusannya dan memutuskan urusannya]
- Mdkhairul Saffa.
Jawapan :
Waalakauamusslaam : Mdkhairul Saffa : Terdapat hadis lain yang menjelaskan betapa pentingnya luruskan saf : Di dalam hadis yang dikeluarkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim dari shahabat Abu Abdillah An-Nu'man bin Basyir, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
لَتُسَوُّنَّ سُفُوْفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوْهِكُمْ
"Benar-benar kalian luruskan saf-saf kalian atau (kalau tidak), maka sungguh Allah akan memalingkan antar wajah-wajah kalian (menjadikan wajah-wajah kalian berselisih)." (HR. Al-Bukhari no.717 dan Muslim 436))
Dalam satu riwayat milik Al-Imam Muslim disebutkan,
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُسَوِّي صُفُوْفَنَا حَتَّى كَأَنَّمَا يُسَوِّي بِهَا القِدَاحَ حَتَّى إِذَا رَأَى أَنَّا قَدْ عَقَلْنَا عَنْهُ ثُمَّ خَرَجَ يَوْمًا فَقَامَ حَتَّى كَادَ أَنْ يُكَبِّرَ فَرَأَى رَجُلاً بَادِيًا صَدْرُهُ فَقَالَ: عِبَادَ اللهِ لَتُسَوُّنَّ سُفُوْفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوْهِكُمْ
"Bahwasanya Rasulullah biasa meluruskan saf-saf kami seakan-akan baginda sedang meluruskan anak panah sehingga apabila baginda melihat bahawasanya kami telah memahami hal itu, yakni wajibnya meluruskan saf (maka baginda pun memulai solatnya, pent). Kemudian pada suatu hari baginda keluar, lalu berdiri sampai hampir-hampir baginda bertakbir untuk solat, tiba-tiba baginda melihat seseorang yang menonjol sedikit dadanya, maka baginda pun bersabda, "Wahai hamba-hamba Allah, benar-benar kalian luruskan saf-saf kalian atau (kalau tidak) maka Allah sungguh akan memalingkan antar wajah-wajah kalian."
Lihatlah wahai saudaraku, kaum muslimin, sabda baginda yang mulia, yang mana baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah Allah terangkan sifatnya kepada orang-orang beriman,
"Sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang Rasul dari kaum kalian sendiri, berat terasa olehnya penderitaan kalian, sangat menginginkan (keimanan, kebaikan dan keselamatan) bagi kalian, dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang yang beriman." (Surah At-Taubah ayat 128)
Tidaklah baginda bersabda demikian kecuali kerana menginginkan kebaikan bagi ummatnya, kaum muslimin.
Tidak ada satu kebaikan pun yang akan mendekatkan ke syurga kecuali telah baginda tunjukkan kepada umatnya agar melakukannya dan tidak ada satu keburukan pun yang akan mengantarkan ke neraka kecuali telah baginda larang umatnya agar menjauhinya.
Di dalam hadis di atas, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sangat menekankan agar meluruskan saf di dalam solat dengan sabdanya, "Benar-benar kalian luruskan saf-saf kalian atau (kalau tidak), maka sungguh Allah akan palingkan antara wajah-wajah kalian."
"Benar-benar kalian luruskan saf-saf kalian"
Ulama berpendapat, bahawa yang dimaksudkan perselisihan di sini adalah perselisihan maknawiyyah, yakni berselisihnya hati, kerana hati itu mempunyai arah, maka apabila hati itu bersepakat terhadap satu arah, satu pandangan, satu aqidah dan satu manhaj, maka akan didapatkan kebaikan yang banyak. Akan tetapi sebaliknya apabila hati berselisih maka umat pun akan berpecah belah.
Sehingga yang dimaksud perselisihan dalam hadis ini adalah perselisihan hati, dan inilah tafsiran yang paling sahih/benar, kerana terdapat dalam sebagian lafaz hadis, "atau sungguh Allah akan palingkan antar hati-hati kalian."
Dengan alasan inilah, maka yang dimaksud dengan sabda baginda, "atau sungguh Allah akan palingkan antara wajah-wajah kalian", yakni cara pandang kalian, yang hal ini terjadi dengan berselisihnya hati.
"Maksud menyambung urusan adalah di satukan hati-hati kita untuk meneruskan kehidupan berjemaah dan bersatu hati umat Islam meneruskan dakwah dan menegakkan Islam di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Soalan no. 127. Assalamualaikum ust,izin saya brtnye,mana lebih baik,saya buat kenduri tahlil,atau kos buat kenduri tu,saya sedekahkan pada kelas tahfiz,dn pahala nye untuk arwah2,mohon pencerahan dari ust.
- Ana Lulu.
Jawapan :
Waalakaumussalam Ana Lulu : Puan kena utamakan perkara penting yang menjadi hak arwah suami untuk di selesaikan.
1. hutang dengan manusia.
2. hutang fidyah.
3. upah haji jika arwah belum pernah mengerjakan haji
4. nazar arwah jika ada.
5. wasiat jika ada.
Terserah pada puan nak melakukan kebaikan untuk arwah . Jika perkara asas telah di penuhi maka terserah pada puan untuk membantu arwah dengan doa dan bacaan al-Quran untuk di sedekahkan pada arwah - menurut jumhur ulama pahala bacaan al-Quran dan doa orang yang hidup sampai kepada simati dan juga sedekahkan wang ringgit niatkan untuk arwah. Pesan pada anak-anak puan untuk mendoakan ayah mereka yang telah meninggal dunia setiap hari supaya arwah di berikan ganjaran pahala dan bergembira duduk di taman-taman syurga.
Dalam Islam fidyah kita utamakan kampung atau mukim tempat kita tinggal, jika tak orang miskin di tempat kita tinggal maka boleh kita berikan ke kampung lain atau mukim lain.
Soalan no. 128. Assalamualaikum Saya mohon penjelasan drp Ustaz mengenai status aqidah hamba Allah yg telah dilaporkan mengeluarkan kata2 seperti berikut: "Saya sanggup meninggalkan Malaysia sekiranya hukum hudud dilaksanakan di Malaysia" Harap dapat pencerahan. Terima kasih
- Mustofa Yaacob :
Jawapan :
Waalakauamussalam Mustofa Yaacob setiap amalan seseorang bergantung kepada niat, dan jatuh hukum ke atas orang tersebut berdasarkan niatnya. Jika seseorang berkata , " "Saya sanggup meninggalkan Malaysia sekiranya hukum hudud dilaksanakan di Malaysia" dalam niat hatinya dia benci terhadap hukum-hukum Allah SWT dan dia merasakan hukum hudud zalim maka tak syak lagi jatuh murtad. Wajib bertaubat dan mengucap semula dua kalimah syahadah.
Jika seseorang jatuh murtad maka segala amal ibadah dan kebaikannya terhapus. Itu sebab dalam negara islam jika ada orang islam yang murtad hukum keatasnya adalah hukum hudud di bunuh setelah di minta bertaubat dan mengucap semula dua kalima syahadah.
Perkara-perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad ada tiga iaitu melalui :
Pertama : Perkataan.
Kedua : Perbuatan
Ketiga : Niat.
Huraiannya :
Pertama : Perkataan
Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas an-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman.."
(Surah at-Taubah ayat 65-66)
Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :
1. Engkar sesuatu yang diketahui daripada agama (Islam) secara jelas seperti mengengkari keesaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.
2. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT .
3. Mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT.
4. Mencela Nabi Muhammad SAW atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka. Dan menolak hadis-hadis sahih sebagai sumber hukum.
5. Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
6. Mendakwa wahyu turun kepadanya.
7. Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.
Kedua : Perbuatan
Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada murtad (riddah) ialah :
1. Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah SAW ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
2. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
3. Tidak mengamalkan hukum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang dan yakin bahawa undang-undang ciptaan manusia lebih utama dan mulia daripada undang-undang ciptaan Allah SWT.
Ketiga : Niat
Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.
Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad
Para Ulama bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.
1. Berakal tidak sah murtad orang gila dan kanak-kanak.
2. Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.
Berkata Syed Sabiq : "Seseorang Islam tidak dikira hukum murtad (riddah) kecuali apabila telah lapang dadanya dengan kufur dan tenang hati dengannya dan masuk ke dalamnya (kufur) dengan sebenarnya".
Berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 106 maksudnya : "Akan tetapi (yang dikira kafir) seseorang yang lapang dadanya dengan kufur."
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan." (Hadis Riwayat Muslim)
Soalan no. 129 .Assalamualaikum ustaz...mohon pencerahan tentang qunut nazilah...boleh tak dibaca pada semua solat fardhu?
- Mariatul Akma,
Jawapan :
Waalakauamusslaam Mariatul Akma : Doa qunut nazilah di baca oleh Nabi SAW selama sebulan kerana terdapat 60 orang para sahabat yang di bunuh. oleh satu kaum yang zalim.
Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.
Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.
Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi
dengan cubaan-cubaan seperti ini.
Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah Sallallahu`Alaihi Wasallam
Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah SAW ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Sallallahu`Alaihi Wasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala.
Maksudnya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas rukuk pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk.
Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.
Allah S.W.T. telah berfirman maksudnya :
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." (Surah an-Nisa ayat 148)
Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: " Allah tidak suka seseorang mendokan keburukan kepada seseorang yang lain kecuali orang yang dizalimi. Sesungguhnya Allah telah memberikan kebenaran kepadanya untuk mendoakan keburukan kepada orang yang dizalimi. "
Dalam hadis yang lain dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Hadis riwayat Baihaqi - sahih)
Dalil pengharusan. Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah S.A.W. adalah hadis berikut:
" Sesungguhnya Nabi S.A.W. mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran r.a dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama-nama kabilah)." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Soalan no. 130.Assalamualaikum ..Semoga semua baik dan bahagia salam sejahtera
ustaz dimana mungkin banyak perbezaan pendapat tentang tata cara solat misalkan di Indunesia,ada Muhamadiyah Alwashaliya Salafiah, Jamaah Tabligh dan lain-lain semua pengajian ini sudah pernah saya ikuti
yang ingin saya pertanyakan disemua pengajian yang saya sebut kan semua ny berbeda ketika mengangkat takbir dan meletakan tangan
contoh salafiah meletakan kedua tangan nya di atas dada
muhamadiyah dibawah dada sebelah kiri,alwashliyah normal pada umum ny sama seperti jamaah tabligh,,,
Kalau menurut ustaz yang sebagaimana di anjuran oleh Rasulullah kita apakah dibawah dada atau di atas dada,kerana terkadang ini jadi polemik atau debat dan jadi persoalan di antara satu sama lain ustaz
sebelum nya saya ucapkan terima kasih untuk semua nya. Wasallamualaikum.
-Rama.
Jawapan :
Waalakauamussalam Rama terdapat beberapa perbezaan cara solat Nabi SAW adalah kerana terdapat hadis-hadis yang berbeza di riwayatkan oleh para sahabat. Ini menunjukkan bahawa baginda SAW ada melakukan cara-cara yang berbeza di tempat yang berbeza. Oleh itu kita berlapang dada jika ada ulama mazhab lain yang solat berbeza sedikit daripada cara yang biasa kita amalkan.
Berdiri untuk solat
Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan.
Takbiratul ihram
Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tangan dalam solat.
Apabila hendak bertakbiratul ihram, angkatlah kedua belah tangan ke daun telinga sejajar dengan bahu dengan mengarahkan anak-anak kedua tangan ke kiblat serta mengembangkannya. Sesudah itu ucapkanlah takbiratul ihram: Allaahu Akbar”Allah adalah terbesar dari segala yang Besar”.
Setelah selesai ucapan takbir, turunkan tangan dengan perlahan-lahan dan letakkan di antara dada dan pusat dengan menggenggamkan pergelangan tangan kiri dengan kelingking, jari manis, jari tengah dan ibu jari tangan kanan, serta mengulurkan telunjuk tangan kanan atas tangan kiri itu.
Cara mengangkat tangan ini ada tiga:
1. Mengangkatnya beserta permulaan takbir.
2. Mengangkatnya dengan tidak bertakbir. Sesudah kedua-dua tangan tetap, barulah bertakbir. Sesudah selesai bertakbir barulah tangan diturunkan.
3. Mengangkat tangan beserta permulaan takbir dan selesai mengangkat tangan beserta selesai takbir. Sesudah selesai takbir, barulah tangan diturunkan.
Dari Ibnu Umar r.a. katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau mengangkat kedua tangannya, kemudian baru bertakbir.” [Hadis Shahih Riwayat Muslim]
Rasulullah SAW apabila berdiri untuk solat, baginda mengucapkan Allahu Akbar, beliau tidak mengucapkan apa-apa sebelumnya dan tidak pula melafalkan niat.
Doa Iftitah dalam solat.
Rasulullah SAW .setelah takbiratul ihram, berdiam agak lama tidak terus membaca Al-Fatihah. Di dalam diam itu baginda membaca iftitah.
Takbir Iftitah .
Allahu Akbar. Kabiiraw wal hamdu lillaahi ka-tsiiraw wa subhaanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa.
Maksudnya, “Allah adalah yang paling besar dari segala yang besar, sedang Dia Tuhan yang senantisa besar, segala puji hanya kepunyaan Allah, pujian yang banyak, dan Maha Suci Allah (aku akui kesucian) pada tiap-tiap pagi dan petang.”
[Hadis Sahiah Riwayat Muslim dari Ibnu Umar]
Doa tawajjuh
Wajjahtu waj-hiya lillazii fa-tharas samaawaati wal ar-dha haniifam muslimaw wamaa ana minal musy-rikiin. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin. Laa syariika lahuu wa bi-dzaalika umirtu wa ana minal mus-limiin"
Maksudnya, “Saya hadapkan diriku kepada Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi, hal keadaanku seorang yang condong benar kepada kebenaran lagi seorang yang menyerahkan diri, tunduk dan patuh, dan sekali-kali aku bukan orang yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah .Bahwasanya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah , Tuhan yang memelihara alam, tidak ada sekutu bagi-Nya, demikianlah aku diperintahkan Allah, dan adalah aku salah seorang dari orang-orang, yang mula-mula menyerahkan diri. "
[HR Ahmad, Muslim, Ar-Tirmidzi, Abu Daud dari Abu Hurairah ra. dari Nabi s.a.w. (dalam satu lafal: wa ana awwalul muslimin= “dan akulah orang yang mula-mula menyerahkan diri kepada Allah“]
Ta’awwudz dalam solat
A’uu-dzu billaahis samii’il ‘aliim minasy syai-thaanir rajiim.
Maksudnya, “Saya berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang kena rejam”
Membaca basmalah dalam solat.
Bismillaahir rahmaanir rahiim.
Maksudnya, “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi”
Membaca Al-Fatihah dalam solat.
Alhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin. Arrahmaanir rahiim. Maaliki yaumiddin. Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin. Ihdinash shiraa-thal mustaqiim.. Shiraa-thal la-dziina an’amta ‘alaihim ghairil magh-dhuubi ‘alaihim wa ladh dhaalliin.
“Segala puji hanya kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mempunyai hari pembalasan. Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami meohon pertolongan. Ya Allah, tunjuki kami pada jalan yang lurus. Iaitu jalan segala mereka yang telah Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang dibenci dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.”
Berta’min dalam solat
Abu Hurairah ra. menerangkan: “bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda : “Apabila imam membaca amin, hendaklah kamu membacanya, kerana seseorang yang bersamaan aminnya dengan amin malaikat, diampunilah dosanya yang telah lalu.” [HR Al-Jamaah]
Panjangkan bacaan aamiin.
[HR Ahmad, Abu Daud, dan At-Tirmidzi]
Rama : Dalam Islam terdapat perbezaan pendapat yang di kemukakan oleh para ulama dalam masalaah khilafiah. Tidak perlu berpecah belah dan tuduh menuduh di antara satu dengan yang lain. Jika satu-satu pendapat ada nas yang sahih daripada Rasulullah SAW maka bolehlah di amalkan tanpa ragu-ragu.
No comments:
Post a Comment