Sunday, June 21, 2015

Tazkirah & Soal Jawab Agama Siri 28 (Hukum Makan Ikan Masin, Berpoligami Cara Rahsia, Cara Melamar Ibu Tunggal, Sedekah Al-Fatihah dan Sura Yasin Untuk Arwah Ibu Bapa Dan Hukum Menggunakan Kad Kredit Konvesional)

Soalan no. 136. Assalamualikum, ustaz minta pencerahannya :

1. Apakah hukum memakan ikan masin di perap tanpa di buang isi perutnya?

2. Telor masin yang di perap hitam?

-Esya Eisya

Jawapan : 

Waalakaaumussalam Esya Eisya Soalan ini pernah di jawab oleh Ustaz Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman bahawa perut ikan tidak najis . Huraian beliau : "Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)

Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu'min secara khusus.

Firman Allah SWT : "Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (Surah al-Baqarah ayat 172-173)

Point : Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai yang diharamkan dan jikalau ia mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus, justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang nak makan le).

Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini.

Rasulullah SAW. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab: "Laut itu airnya suci dan bangkainya halal." (Hadis Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Dan firman Allah yang bermaksud, "Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya." (Surah al-Maidah ayat 96)

Umar r.a berkata: Yang dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha'amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya.

Dan kata Ibnu Abbas pula, bahawa yang dimaksud ‘thaamuhu', iaitu bangkainya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah diceriterakan, bahwa Rasulullah SAW. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:

"Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi memakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Tiada pun diarahkan oleh Nabi untuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) :

Binatang laut iaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air.
Binatang ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu diambilnya itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak. Binatang-binatang tersebut berupa ikan ataupun yang lain..

Bagi yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim ataupun orang kafir. Dalam hal ini Allah memberikan keluasaan kepada hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang laut, tidak ada satupun yang diharamkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah menyerahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya sebagai modal kekayaan menurut keperluannya dengan usaha semaksima mungkin untuk tidak menyiksanya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang lembut." (Surah an-Nahl ayat 14)

"Dihalalkan buat kamu binatang buruan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan untuk orang-orang yang belayar." (Surah al-Maidah ayat 96)

KESIMPULAN :

DARI SUDUT HUKUM, PERUT IKAN MALAH NAJISNYA ADALAH PERKARA YANG DIDIAMKAN HUKUMNYA OLEH ALLAH DAN RASULNYA, Natijahnya, hukumnya akan mengikuti hukum dagingnya sebagaimana dalil di atas, iaitu harus untuk dimakan bersekali dengan dagingnya.

Bagaimanapun, jika adat dan sains mendapati ianya tidak baik untuk kesihatan manakala adat mendapatinya sebagai kotor dan kurang elok. Maka adalah baik untuk menjauhinya. Kepala ikan pun sebenarnya nampak macam kotor dan mengerikan, tapi ramai orang suka makan kari kepala ikan, cuma saya belum pernah dengar kari perut ikan sahaja.

Justeru itu, dalam bab perut dan najis ikan bilis, ia isu yang sangat kecil dan ia adalah harus, siapa nak buang pun tiada masalah, siapa yang termakan atau memang nak makan pun tiada masalah. Wallahu a'lam

(Ustaz Dr Zaharuddin bin Abd Rahman).

Haiwan yang halal dimakan seperti haiwan laut seperti ikan maka hukumnya :

1. Menurut mazhab Syafi'i hukumnya perut ikan tersebut najis, kecuali pendapat sebagian kecil ulama mazhab Syafi'i yang mengatakan suci.

2. Menurut ulama mazhab yang lain seperti mazhab Hanbali, Maliki dan Hanafi, hukumnya suci.

Oleh itu ikan yang direbus bersama isi perutnya atau ikan kering di jemur bersama perutnya menurut mazhab Syafie najis dan ikan rebus tersebut tak halal di makan tetapi menurut majoriti ulama di dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali adalah suci dan ikan rebus tersebut hukumnya halal dimakan termasuk ikan kering yang di jemur bersama perutnya.


Soalan no. 137. Assalam Ustaz,saya nak tanya satu soalan,adik ipar saya janda,dia bercadang nak berkahwin dengan suami orang. Lelaki tersebut nak perkahwinan ini di rahsiakan dari kaum keluarganya termasuk isterinya.

Bolehkah mereka berkahwin tanpa pengetahuan keluarga lelaki?


Kalau boleh,bolehkah mereka berkahwin d mana-mana  pejabat agama di Malaysia?


Siapakah wali yg sebaiknya untuk janda ini? Mohon penjelasan Ustaz.

- Zafaridah Zakaria.

Jawapan :


Waalakauamussalam Zafaridah Zakaria perkahwinan yang di rahsiakan ini akan mendatangkan banyak risiko kerana seorang suami perlu berlaku adil kepaad isteri-isterinya, nafkah perlu di berikan dengan cara yang adil dan kesan jangka panjang menyukarkan pembahagiaan harta secara faraid jika berlaku kematian si suami.

Suami akan hidup menipu saja kepada isteri pertama kerana pergi ke rumah isteri kedua. Jika bernikah di Thailand jika sah sekali pun jika tak berdaftar akan mendatangkan masalaah besar jika berlaku perceraian, di antara pasangan dan menyukarkan pendaftaran kelahiran anak daripada isteri kedua. Wali si janda adalah bapanya jika tak ada lagi maka abang si janda tersebut boleh menjadi wali.

Bernikah untuk berpoligami akan melalui perbicaraan di mahkamah. Hakim akan soal siasat suami kenapa perlu berpoligami? dan sejauhmana kemampuan suami memberi nafkah kepada isteri-isterinya, dan isteri akan di minta datang perjumpaan tersebut dan meminta pandangannya.

Jika semuanya mengikut peraturan maka mahkamah akan meluluskan permohonan suami untuk berpoligami. Proses ini agak sukar sedikit kerana tindak balas isteri yang tak akan setuju di madukan. Cara yang mudah sedikit adalah bernikah di Thailand melalui Pejabat Agama di Thailand yang berdaftar dengan Pejabat Agama di Malaysia, selepas sah di ijab qabulkan maka terus buat pendaftaran di Malaysia .




Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.

Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yasar, ia berkata: "Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang oleh seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:"Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya". Peristiwa ini disampaikan kepada Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :

"Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya". (Al-Baqarah : 232)

Kemudian Ma'qil berkata: "Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan". (Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:

"Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya". (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)

Oleh yang demikian, perbuatan wali enggan menikahkan atau menghalang wanita nikah tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.

Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi'e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakim lah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda: "Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali". (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadi Perlis, Yang Arif Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali hakim untuk dia berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.

Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.

Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan "Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan". Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.

Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :

Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu oleh wali hakim dengan alasan:

Pertama: Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:

"Jika mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali". (Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)

Kedua: Rasulullah saw bersabda:

"Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar". (Riwayat At-Tirmizi)

Pandangan Kami

Menurut undang-undang Malaysia, kes wali enggan perlu dibawa ke mahkamah syariah untuk penyelesaian. Pada pandangan kami, ini adalah jalan penyelesaian yang baik jika ia tidak mengakibatkan hubungan anak dan ayah (dan mungkin juga ahli-ahli keluarga yang lain) menjadi kucar-kacir atau terus terputus.

Kami kira, tak ramai bapa yang sanggup menerima hakikat bahawa anak mereka sendiri sanggup menyeret mereka ke mahkamah. Sudah tentu kebanyakan bapa akan merasa teramat marah terhadap anaknya, dan ini memungkinkan hubungan anak dan ayah menjadi terputus.

Pada pandangan kami, menyeret bapa ke mahkamah disebabkan kes wali enggan, biarlah dielakkan seboleh-bolehnya, supaya anak tak dikatakan anak derhaka.

Halalkan Hubungan, Teruskan Perbincangan

Cara penyelesaian yang lebih baik (sekiranya tak sanggup memutuskan hubungan) ialah menghalalkan hubungan dengan berkahwin di Songkhla, supaya zina dapat dielakkan. Bila pulang ke Malaysia, teruskan usaha untuk memujuk wali.

Apa yang Perlu Dibawa ke Songkhla

Bagi mereka yang menghadapi masalah untuk nikah di Malaysia dan memilih untuk nikah di Songkhla, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Kad pengenalan

Pasport atau Border Pass

Bagi janda, bawa surat cerai atau surat kematian suami yang asal

Selain dokumen di atas, bawa juga videocam (kamera atau fon) untuk merakamkan akad nikah. Video yang terhasil akan menjadi bukti penting dalam mahkamah syariah nanti

Prosedur Nikah

Dua hari bekerja (Isnin - Jumaat) diperlukan untuk nikah di Songkhla. Selepas dua hari ini, pasangan akan pulang ke Malaysia membawa

surat nikah (dapat pada hari pertama)

surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Songkhla (dapat pada hari pertama)

Surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla (dapat pada hari kedua)

Konsulat Malaysia di Songkhla tutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari-hari cuti am Malaysia. Mereka juga tutup pada sebahagian hari-hari cuti am Thailand.

Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran nikah di Malaysia. Surat ini adalah pengesahan wakil Kerajaan Malaysia di Selatan Thailand bahawa nikah di Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari Konsulat, ada kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi hadir dalam mahkamah.

Pemilihan Tarikh Nikah

Pilih mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai. Sekiranya menghadapi masalah untuk pergi ke Songkhla pada hari bekerja, atau sukar untuk bermalam di sana, sila hubungi kami melalui telefon 010-3658513 atau 017-328 5129. Insya Allah, ada penyelesaiannya.

(Dipetik dari JAKIM - Wali Enggan dan Wali Hakim)



Soalan no. 138. Assalamualaikum ustaz , saya ingin dan berminat dengan seorang ibu tunggal , setakat mana batas yg di benarkan oleh Islam untuk saya mengenali dan mendapat latarbelakang ibu tunggal tersebut , mohon jawapan drp ustaz tq

- Abu Bakar Ibrahim

Jawapan :


Waalakauamussalam Abu Bakar Ibrahim :  Jika wanita tersebut masa dalam iddah kematian suami saudara tak boleh melamarnya masa iddah kematian suami adalah 4 bulan 10 hari. Cara perjumpaan saudara dengan ibu tunggal tersebut masih tak menepati syarak kerana berjumpa tanpa ada bersama wanita tersebut mahramnya.

Cara tersebut boleh mendatangkan fitnah terutama ibu tunggal tersebut jika di lihat oleh kenalan beliau atau orang sekampungnya. Sebaik-baiknya jika berhajat jumpa keluarganya dan saudara datang bersama rakan saudara atau adik perempaun saudara supaya taaruf dan mengetahui latar belakang wanita tersebut dengan berbincang dengan ibu bapa atau mahramnya.

Hubungan melalui telefon atau fb di haruskan dengan niat untuk melamarnya dengan menjaga batas-batas percakapan dan adab-adab pergaulan. Islam melarang jika berlaku perhubungan masing-masing mencurahkan perasaan masing-masing, jaga hati, perasaan dan emosi kerana jika berlebihan boleh mendatangkan mudharat atau dosa di sisi Allah SWT.



Soalan no. 139. Assalamualakum ustaz..saya ingin menanyakan satu soalan..
apabila kita sering sedekahkan al - fatihah dan bacaan yassin bagi mereka yang telah meninggal dunia..adakah mereka tidak diseksa ?
mohon penjelasan daripada ustaz..
terima kasih..

- Nurdalilah leyla.

Jawapan :


Waalakauamussalam Nurdalilah Ieyla bacaan al-Quran di hadiahkan kepada arwah yang berada di alam barzakh hanya membantu sahaja bukanlah amalan ini dapat menyelamatkan si mati yang berada di alam barzakh.

Amalan yang dapat menyelamatkan si mati daripada seksaan kubur adalah amalan-amalan nya yang di lakukan semasa di dunia iaitu amal ibadah, amal soleh, amal kebajikan, sedekah, solat tahajud, bacaan al-Quran, puasa, tidak menzalimi sesama manusia, tidak mengambil hak orang lain dan sentiasa berjihad , melakukan amal makruf nahi mugkar dan meninggalkan maksiat.

amal-amal soleh inilah yang akan membantu dan melindungi si mati daripada seksaan di alam barzakh dan akan mendapat keistimewaan tinggal di taman-taman syurga.

Jika anak arwah nak sedekahkan al-Fatihah dan bacaan Yasin kepada kedua ibu bapa mereka yg telah meninggal dunia di haruskan, jangan lupa berdoa supaya Allah SWT ampunkan dosa-dosa mereka dan sedekakan wang ringgit unt sedekah jariah niatkan unt mereka insya Allah akan sampai pahalanya.



Soalan no. 140. Assalamualikum, ustaz minta pencerahan ustaz rakan saya ada mempunyai satu kredit kad konvensional. Tujuan utama beliau gunakan kredit kad ialah untuk perniagaan di mana beliau mengunakan modal perniagaan dari pengeluaran tunai pada kad kredit tersebut. Di mana setiap pengeluaran tunai dikenakan caj pengurusan sebanyak 5%. Buat masa ini beliau belum pernah kena "penalty charges" sebab beliau bayar pada tempoh yang ditetapkan.

Persoalan saya adakah penggunaan kredit kad dibenarkan dalam islam? dan apakah hukumnya ke atas denda kelewatan bayar yang dikenakan pihak bank? Harap persoalan ini mendapat pencerahan ustaz. Sekian terima kasih.

- Pendakwah Khalifah.

Jawapan :


Waalakaaumussalam Pendakwah Khalifah : Kad Kredit yang mengenakan faedah lewat bayar telah difatwakan ulamak sebagai haram di sisi Syariat sekalipun pemegang kad berazam membayar dalam tempoh ditetapkan (untuk mengelak dikenakan penalti) kerana dua faktor; (1)

1. Pemegang telah menurunkan tandatangan ketika kontrak/akad untuk membayar denda lewat bayar itu jika berlaku kelewatan membayar darinya, itu merupakan persetujuan untuk bermuamalah secara riba dan dilarang oleh Syarak.

2. Pemegang telah meletakkan dirinya dalam kemungkinan melakukan riba, iaitu apabila benar-benar berlaku kelewatan bayar dalam waktu yang tetapkan.

Para ulamak dalam Persidangan Fiqh Islam Antarabangsa kali ke 12 di Riyadh (bulan Rejab 1421H, bersamaan September 2000) telah memutuskan hukum-hakam berkenaan kad kredit, antara yang diputuskan; tidak harus mengeluar atau mengguna kad kredit yang mengenakan faedah ribawi, sekalipun pemohon kad berhasrat membuat pembayaran pada tarikh yang dibenarkan (bagi mengelak dikenakan faedah tersebut).(2)

Wallahu a'lam.

Nota;

(1) Fatawa as-Syabakah al-Islamiyah ( no. 2834.)

(2) Dinaqal dari; Fatawa Dr. Hussam 'Affanah 12/69.

No comments:

Post a Comment