Soalan no. 21
Assalamualaikum ustaz...Ada pertanyaan minta pencerahan dari ustaz dan rakan-rakan. Nak tanya pendapat ante n kawan2 ante tentang masalah ni. Apa hukum anak lelaki tidur sebilik dgn ibu. Sbb ibu takut nk tidur seorang. Rumah besar. Sunyi dan takut katanya. Ibu tidur atas katil. Manakala anak lelaki tidur di lantai sebelah katil ibu. Adakah hukumnya haram. Anak lelaki usia 18 tahun.T.kasih.
- Sikin Ghani.
Jawapan :
Waalakaumussalam Sikin Ghani Islam mempunyai peraturan dan adab-adab yang perlu di patuhi oleh ibu bapa dan anak-anak di dalam pergaulan harian di dalam rumah. Anak lelaki dan perempuan yang telah berumur 10 tahun perlu di pisahkan tempat tidur. Maksudnya anak lelaki, anak perempuan dan ibu bapa perlu tidur barasingan tidak boleh tidur sebilik.
Hadis Rasulullah SAW yang menyuruh dipisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan ialah sepertimana di bawah :
مروا أولادكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر وفرقوا بينهم في المضاجع
“Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan)solat pada umur 7 tahun.Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.”
(Hadis Riwayat Ahmad , Abu Daud dan al-Hakim)
Hadis ini jelas menyuruh kita agar memisahkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan apabila mereka berusia 10 tahun.
Ini kerana , pada masa itu kebanyakkan daripada anak perempuan telah pun mencapai usia baligh.Apabila ini berlaku , dibimbangi perbuatan atau perkara-perkara keji yang diilhamkan oleh syaitan akan berlaku antara mereka.
Kanak-kanak diperingkat ini juga mula beralih kepada alam remaja yang mana pada masa tersebut terlalu banyak perkara-perkara baru yang ingin mereka cuba lakukan dan alaminya sendiri.
Apa pun , antara hikmat terbesar suruhan Rasulullah SAW itu ialah , untuk menghindari daripada mereka terjebak dalam melakukan perkara-perkara mungkar yang dilarang dalam Islam seperti sumbang mahram dan sebagainya.
Pemisahan tempat tidur itu juga mestilah dilakukan pada katil dan juga bilik.Ini kerana , tidak ada gunanya memisahkan katil / tempat tidur tetapi masih dalam bilik yang sama.Perbuatan mungkar tetap akan berlaku , lebih-lebih lagi jika dalam bilik tersebut hanya terdapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Wallahu a'lam
Ibu tidak boleh tidur dengan anak lelaki yang berumur 18 tahun kerana terdapat larangan khusus daripada Allah SWT di dalam al-Quran : Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum solat subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah solat isyak. Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah An-Nur ayat 58-59)
Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan 'harta' yang menjadi benteng maruah kepada sesebuah keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus dijaga adab-adabnya. Oleh itu anak-anak yang masih kecil mahu pun yang telah dewasa harus dididik menghargai dan menghormati tempat tidur ibubapa, terutama waktu-waktu ibu bapa beristirehat. Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. Allah SWT. menjelaskan bahawa tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi. Tiga waktu yang dimaksudkan di atas ialah :
1. Sebelum solat Subuh. Waktu ini ialah waktu ketika ibubapa kemungkinan sedang tidur. Atau ketika ini juga kemungkinan adalah waktu ibubapa sedang bangun dari tidur. Justeru anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibubapa sebelum masuk. Waktu inilah waktu 'persendirian' bagi ibubapa. Mungkin ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang mengganggu ibubapa.
2. Sekitar sebelum waktu Zuhur. Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu 'Qailulah' iaitu antara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat, sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur. Anak-anak sewajarnya meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibubapa demi mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak.
3. Selepas Isyak. Waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik. Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk supaya kehormatan ibu bapa terpelihara.
Soalan no. 22.
Ustaz..apa maksud mendoakan seseorang secara diam tanpa pengetahuan saudaranya itu lebih baik? -Nurul Asyikin.
Jawapan :
Nurul Asyikin maksud hadis tersebut bahawa kita berdoa selepas solat atau di malam hari selepas solat tahajud untuk kebaikan dan kesejahteraan sahabat kita yang berada berjauhan tanpa kita memberitahunya. Contoh : sahabat kita belum berkahwin maka kita berdoa "Ya Allah Engkau pertemukanlah jodoh pada sahabatku Yati binti Dollah dengan lelaki yang soleh lagi bertakwa. Kau berikanlah kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat". Jika kita sms pada sahabat kita memaklumkannya kita nak doakan untuknya " Yati malam ini saya nak doakan untuk Yati" - maka tindakkan ini sudah tak menjadi doa yang mustajab kerana kita ada memberitahu padanya.
Soalan no. 23
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Mohon pencerahan. Betul ke adalah lebih qada' sembahyang fardu dulu, sebelum buat sembahyang sunat? - Mohd Zuki Seman.
Jawapan :
Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman : Jika kita masih ada solat fardu yang di tinggalkan belum di qada' maka utamakan solat qada'. Sebahagian ulama tidak membenarkan solat sunat (jika masih ada solat qada') tetapi Mazhab Hanafi masih membenarkan solat sunat yang muakkad seperti solat dhuha, witir, tahajud dan rawatib yang 10 rakaat. (2 rakaat sebelum dan 2 rakaat selepas zuhur, 2 rakaat selepas magib, 2 rakaat selepas isyak dan 2 rakaat sebelum subuh). Solat qada' boleh dilakukan bila-bila masa termasuk waktu yang di larang seperti lepas subuh dan lepas asar. Oleh itu tunaikan segera solat qada' pada masa yang sama jangan tinggalkan terus solat sunat yang di tuntut.
Ada sebahagian ulama yang berpendapat tak perlu qada' solat fardu yang tertinggal tetapi jumhur ulama termasuk empat imam mazhab menyatakan wajib mengqada'kan solat fardu yang di tinggalkan kerana berdasarkan hadis sahih baginda SAW mengqada' solat sunat yang di tinggalkan maka lebih-lebih lagi jika ada solat fardu yang di tinggalkan maka lebih-lebih lagi perlu di qada'kan solat tersebut.
Hukum qada’ solat :
Meninggalkan solat fardu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa uzur hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu.
Solat sunat sebelum Asar boleh di kerjakan tetapi solat sunat ini bukan solat sunat yang sangat di tuntut. Nabi SAW ada mengerjakannya dan ada kalanya baginda meninggalkannya.Solat sunat Rawatib terbahagi kepada dua jenis, iaitu Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah.
Solat Sunat Rawatib Qabliyyah adalah solat sunat yang didirikan sebelum kita mendirikan solat fardu. Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah pula didirikan selepas kita menunaikan solat fardu.
Sembahyang sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu,
Sunat Muakkad dan Sunat Ghairu Muakkad.
Solat sunat Rawatib Muakkad amat besar fadilatnya dan dijanjikan ganjaran yang besar apabila menunaikannya.
Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya berbanding dengan solat sunat muakkad.
Solat sunat Rawatib Muakkad amat dituntut oleh Islam dan diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. sentiasa menjaga 10 rakaat Solat Sunat Rawatib Muakkad ini terdiri dari :
1. dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Subuh
2. dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur
3. dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Zuhur
4. dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Maghrib
5. dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Isyak
Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya dibandingkan dengan solat sunat muakkad tetapi pengamal tetap dijanjikan ganjaran apabila melakukan solat ini.
Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad adalah solat sunat yang ada dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W. pada waktu-waktu tertentu, tetapi di waktu yang lain baginda meninggalkannya. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad terdiri daripada
1. dua rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur
2. dua rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Ba’diyyah Setelah Zuhur
3. empat rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Asar
4. dua rakaat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib
5. dua rakaat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Isyak
Soalan no. 24 :
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Ustaz, Mohon pencerahan. Perempuan memang Tak boleh Pakai Macam nie ker?' Di kepalanya nampak seperti bonggol unta?
- Mohd Zuki Seman .
Jawapan :
Waalakumussalam Warahmatulahi Wabarakatuh Mohd Zuki Seman : Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
"Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."
[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]
dan dalam hadis yang lain : Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]
Dua hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa tudung yang di pakai oleh kaum wanita nampak bentuk sanggulnya (seperti bonggol unta) , tudung pula nipis , jarang dan kecil (tidak menutup dada). Baju dan seluar yang di pakai pula ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya. Nabi SAW menjelaskan pakaian seperti ini adalah seperti bertelanjang, sama seperti tak menutup aurat. Wanita perlulah sedar fesion pakaian seperti ini akan mendapat laknat Allah SWT dan mereka tak akan mencium bau syurga. Amat rugi dengan pakaian seperti ini sepanjang masa wanita keluar rumah mendapat dosa besar dan setiap lelaki yang memandangnya wanita tersebut akan mendapat dosa. Jika berterusan memakai pakaian seperti ini setiap hari menghimpun dosa untuk diri sendiri dan memberikan saham dosa kepada lelaki yang bukan mahram yang melihatnya.
Soalan no. 25.
Assalamualaikum, ustaz. Boleh tolong jelaskan maksud ayat ini :
Al-Baqarah:266 - Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). - Raja Faziliaton Raja Abdullah.
Jawapan :
Waalakaumussalam Raja Faziliaton Raja Abdullah : Firman Allah SWT :
أَيَوَدُّ أَحَدُكُمْ أَنْ تَكُونَ لَهُ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَأَعْنَابٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ لَهُ فِيهَا مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَأَصَابَهُ الْكِبَرُ وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفَاءُ فَأَصَابَهَا إِعْصَارٌ فِيهِ نَارٌ فَاحْتَرَقَتْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ (266)
Maksudnya, "Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya".(Surah al-Baqarah ( 2) ayat 266)
Huraiannya :
Dalam ayat ini Allah SWT. memberikan perumpamaan pula bagi orang yang menafkahkan hartanya bukan untuk mendapatkan redha Allah melainkan kerana riyak, atau sedekahnya disertai dengan ucapan-ucapan yang melukai perasaan orang yang di berikan sedekah, atau ia suka menyebut-nyebut sedekah yang telah diberikannya. Orang ini diumpamakan sebagai seseorang yang mempunyai sebidang kebun yang berisi bermacam-macam tumbuh-tumbuhan, dan kebun itu mendapatkan air yang cukup dari sungai yang mengalir sehingga kebun itu menghasilkan buah-buah yang banyak. Dan orang tersebut sudah lanjut usianya, dan mempunyai anak-anak dan cucu-cucu yang masih kecil-kecil yang belum dapat mencari rezeki sendiri. Dengan demikian, orang itu dan anak-cucunya sangat memerlukan hasil kebun itu. Tapi tiba-tiba datanglah angin ribut yang panas, sehingga pohon-pohon dan tanaman-tanaman menjadi rosak tidak mendatangkan hasil apa pun padahal ia sangat mengharapkannya.
Demikianlah keadaan orang yang menafkahkan hartanya bukan kerana Allah SWT. Ia mengira akan mendapatkan pahala dari sedekah dan infaknya. Akan tetapi yang sebenarnya bukanlah demikian. Pahalanya akan hilang lenyap kerana niatnya yang tidak ikhlas. Dia berinfak hanya kerana riyak, mengikuti bisikan syaitan. Bukan kerana mengharapkan redha Allah SWT.
Dengan keterangan-keterangan dan perumpamaan yang jelas ini Allah SWT menerangkan ayat-ayat-Nya kepada hamba-Nya semoga mereka berfikir dan dapat mengambil iktibar dan pelajaran dari perumpamaan-perumpamaan itu.
Soalan no. 16.
Assalamualaikum ustaz.. saya ada beberapa soalan :
1- Rakyat malaysia memang diketahui memegang mazhab syafi'e, adakah menjadi satu kesalahan jika seseorg berpegang kepada mazhab selain syafi'e?
2- Apakah hukum jika kita beramal menggunakan hadis dhaif tapi kita tak menyebarkan kepada orang lain, hanya sekadar untuk diri sendiri.
- Syah Matt Danger
Jawapan :
Waalakaumussalam Syah Matt Danger : Dalam Islam panduan yang perlu kita gunakan adalah Pertama al-Quran, kedua as-Sunah (hadis-hadis Nabi SAW), ketiga, Ijmak ulama dan keempat , Qiyas. Oleh kerana al-Quran dan as-Sunah cukup luas , lengkap dan sempurna dan di turunkan dalam bahasa Arab maka kita perlu kepada ijmak ulama, ijtihad dan penafsiran kepada kedua-dua sumber tadi maka di sinilah perlunya kepada mengikut para imam mazahb (ijmak ulama). Ulama-ulama mazhab adalah mereka yang mampu dan layak berijtihad dan mampu mengeluarkan sumber hukum di dalam al-Quran, as-sunah dan pendapat para sahabaat. (atsar) dan qiyas.
Adalah satu pendapat yang tidak benar apabila seseorang berkata dia tak perlu mengikut mazhab dan dia nak ikut al-Quran dan sunah sahaja kerana dia sendiri tidak mampu mengkaji dan menafsirkan al-Quran dan sunah Nabi SAW yang memerlukan ilmu dan kepakaran yang tinggi.
Jika kita peringkat umat Islam awam dan kita tak mampu nak melihat keempat-empat hujah, dalil dan huraian para imam mazhab adalah satu yang memudahkan mengikut satu mazhab sahaja. Di Malaysia majoriti umat Islam berpegang pada mazhab Syafie di dalam ilmu feqah dan memudahkan jika berpegang pada satu mazhab sahaja melainkan ada beberapa hukum daripada mazhab lain yang lebih memudahkan umat Islam boleh di ambil tetapi mereka yang layak mengambil pandangan daripada mazhab lain adalah terdiri daripada mufti, dan Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Fatwa Negeri-negeri dan Jawatankuasa Syariah. Mereka-mereka ini adalah mereka yang arif terhadap hukum-hukum Islam.
2. Untuk menentukan satu-satu hukum samaada ianya perkara wajib, sunat, makruh, haram atau harus maka perlu kepada hadis mutawatir, hadis sahih dan hadis hasan sahaja. Hadis dhaif jumhur ulama mengatakan tak boleh di gunkan untuk menetapkan satu-satu hukum. Hadis dhaif hanya boleh di gunakan untuk menceritakan kelebihan atau kebaikan amal sahaja . Lebih baik kiat beramal dengan hadis sahih kerana jelas amalan tersebut datangnya daripada Rasulullah SAW.
Soalan no. 17 .
Assalamulaikum, apakah hukum demokrasi? Sebab ada sesetengah kelompok @ puak mengatakan haram mengamalkan demokrasi, kerana mereka mengatakan jalan untuk menegakkan Islam hanya melalui jihad sahaja.. Harap ustaz perjelaskan.?
Jawapan :
Waalakaumussalam Syah Matt Danger : Hukum kita menyertai demokrasi di dalam pilihan raya adalah harus bukan haram kerana terdapat satu kaedah syarak, " menutup mudharat yang besar terpaksa dengan mudharat yang kecil maka kita pilih mudharat yang kecil" Jika kita biarkan orang sekular atau fasik menguasai negara adalah mudhaart yang besar, oleh itu kita terlibat di dalam pilihan raya maka kita telah mengurangkan mudharat yang besar itu jika ada orang mukmin yang berjaya menjadi ahli Parlimen dan boleh memberi tekanan kepada pemerentah supaya Islam dapat di kembangkan di tegakkan di dalam masyarakat kita. Perlu ada check and balance
Terlibat dalam pilihanraya demokrasi adalah berpegang kepada konsep tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :
1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : "Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.
2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :
2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”
Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.
2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.
3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”
Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal .
Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.
4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”
Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.
5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.
6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, organisasi Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan organisasi Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Penyertaan organisai Islam dalam mana-mana kerajaan atau terlibat di dalam demokrasi seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan organisasi Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian kepada mereka nanti.
Soalan no. 18
Assalamualaikum ..saya dari Indonesia ingin beri salam kenal kepada kawan-kawan semua. Ustaz, saya mahu bertanya..Mengapa manusia dan makhluk gaib di ciptakan ALLAH SWT, dan apakah benar bumi kita ini sebelum ada manusia yang menempati, ada makhluk lain tidak?
Mohon pencerahannya ustaz jika pertanyaan tersebut ada dalilnya..
Jawapan :
Waalakaumussalam Suci Ramadhani : Allah SWT telah menciptakan jin dahulu sebelum menciptakan manusia (Nabi Adam a.s). Sebagimana firman-Nya yang bermaksud, " “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah Adz Dzaariyaat ayat 56) .
Iblis adalah salah satu makhluk berasal daripada jin kerana jin di ciptakan daripada api. Iblis engan sujud kepada Adam kerana dia rasa dia lebih mulia di sebabkan dia di ciptakan daripada api.
Allah SWT berfirman: "Allah berfirman yang bermaksud : 'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.' Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.' Allah berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.'" (Surah Shad ayat 75-83)
Soalan no. 19.
Assalamualaikum..nak tanya..kalau imam terkentut masa solat..makmum dibelakang imam kena begerak ke depan ke ustaz? Makmum disebelah kena bergerak rapatkan saf ke ustaz? Atau biar je saf tu kosong? - Rashid Mohamad Yatim.
Jawapan :
Waalakaumussalam Rashid Mohamad Yatim : Apabila imam batal solat di sebabkan terkentut maka makmum yang di belakang imam (muazin) tampil ke hadapan menggantikan tempat imam. Dan makmum di sebelah kanan bergerak ke kiri untuk menutup ruang yang kosong di sebabkan makmum di belakang imam menjadi imam.
Soalan no. 20
Assalamualikum, ustaz saya ada satu soalan minta pencerahan. Apakah kebaikan poligami di dalam Islam? Adakah isteri yang membenarkan suaminya berpoligami akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT di akhirat nanti? - Pendakwah Khalifah.
Jawapan :
Waalakaumussalam Pendakwah Khalifah : Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peruntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan.
Menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah SWT. bukan untuk kepentingan zat-Nya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkan-Nya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(Surah An-Nisaa' Ayat 2)
Jadi, perkara di atas telah menerangkan lebih lanjut tentang berpoligami di dalam Islam dibolehkan dan memberi gambaran kepada kita bahawa Islam merupakan agama fitrah yang mengikhtirafkan kepelbagaian keperluan dan kehendak dalam hidup berpasangan.
Bagi memastikan amalan poligami ini diamalkan secara adil dan memberi kesejahteraan kepada keseluruhan umat Islam. Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu iaitu :
1. Berkemampuan untuk menyarai nafkah isteri-isteri dan anak-anak; dan
2. Berlaku adil kepada isteri-isteri.
i. Adil dalam menyediakan kediaman;
ii. Adil dalam giliran malam; dan
iii. Adil dalam musafir.
3. Memberi didikan agama kepada isteri-isteri. Mampu mengajarkan ilmu fardu ain kepada para isteri.
Sebenarnya banyak manafaat yang boleh diambil dari poligami ini atas sebab ia disyariatkan oleh Allah SWT yang Maha Bijaksana yang mengetahui kebaikan yang tersembunyi tanpa tercapai oleh ilmu dan pemikiran manusia. Manfaat yang dapat kita ambil dari kebaikan poligami ini adalah seperti berikut :
1. Bagi isteri yang telah lanjut usia dan mengalami kesakitan, ia akan menyebabkan si suami hilang tumpuan dari segi batin, caranya dengan berpoligami bagi mengelak dia membuat perkara yang dilarang di sisi Islam;
2. Menambahkan hubungan antara keluarga dengan ikatan yang dibuat;
3. Kehormatan wanita akan terjaga bila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri;
4. Mengelak berlakunya perzinaan terutamanya kaum lelaki yang akan menyalurkan keinginan nafsunya ke tempat yang haram.
5. Mengelakkan perceraian bila terdapat isteri-isteri yang tidak dapat melahirkan anak;
6. Kebanyakan lelaki yang sering bermusafir ia memberi manafaat kerana tidak melakukan perzinaan apabila dia amat memerlukan;
7. Bagi isteri-isteri yang kematian suami, mereka dibantu oleh para suami dengan berpoligami;
8. Memberi kesempatan yang lebih besar untuk para isteri beramal apabila giliran isteri yang kedua;
9. Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan antara isteri-isteri digilirkan;
10. Menambahkan keturunan-keturunan;
Kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradawi “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat ianya adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ianya tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan telah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ianya tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat "
Nabi SAW. menyebut dalam hadis .Daripada `Aisyah r.ha: Bahawa Nabi SAW membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda: "Ya Allah inilah pembahagianku apa yang miliki, jangan Engkau salahku dalam apa yang aku tidak miliki." (Hadis Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim)
Kata Abu Daud ketika meriwayat hadis ini maksud apa yang aku tidak miliki ialah hati, iaitu cinta yang lebih dan kecenderungan hati. (lihat Al-`Azim al-Abadi,).
Maka kecenderungan hati yang menyebabkan tidak sama dalam kasih sayang tidak dianggap salah di sisi Allah selagi mana tidak berlakunya ketidak adilan dalam tindakan. Inilah maksudnya ayat tersebut.
Sesungguhnya Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.
Marilah sama-sama kita fahami bahawa poligami adalah salah satu daripada syariat Allah SWT. Kita perlu berfikiran positif dan tidak menanamkan kebencian kepada mereka yang mengamalkan poligami di dalam kehidupan berkeluarga. Setiap wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan meyakini akan syariat dan hukum-hukum Allah SWT. tidak boleh membenci dan menolaknya. Kerana dikhuatiri perasaan benci di dalam hatinya yang terbawa-bawa dengan fahaman barat boleh menjejaskan aqidahnya.
Para isteri yang meminta cerai kepada suaminya disebabkan si suami berpoligami adalah termasuk dikalangan isteri yang derhaka kerana alasan ini tidak dibenarkan syarak.
Di dalam serah tidak pernah kita dengar ada dikalangan isteri-isteri sahabat-sahabat Nabi SAW. yang meminta cerai disebabkan suami mereka berpoligami. Malahan ada dikalangan isteri sahabat-sahabat Nabi SAW menggalakkan suami mereka berpoligami dengan tujuan untuk kemaslahatan umah disebabkan kematian suami.
Kesimpulannya, poligami merupakan hukum Allah SWT.yang mempunyai hikmah dan manfaat yang besar baik bagi individu, masyarakat dan umat Islam. Penolakan yang berlaku sekarang adalah kerana kenipisan masyarakat tentang poligami yang menyebabkan syariat ini diragui sehinggakan menganggap ia sebagai sumber kepada kesengsaraan dan kehinaan wanita. Perlu diingat bahawa setiap perintah yang diturunkan oleh Allah SWT pasti terselindung kebaikan yang banyak, yang tidak dapat diungkap dengan mata kasar yang tidak menggunakan cermin mata yang berjenama iman dan amal.
Wanita yang membenarkan suaminya berpoligami dengan hati yang redha semata-mata mencari keredhaan Allah akan mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWT di hari akhirat. Wanita solehah tidak menganggap suami dia hanya hak dia seorang dan tak boleh berkongsi kasih sayang dengan wanita lain yang memerlukannya. Sifat berlapang dada dan tidak terlalu cemburu adalah sifat yang mulia dan hanya di miliki oleh wanita-wanita yang mementingkan kehidupan di hari akhirat. Tidak pernah kita dengar ada kes isteri para sahabat meminta cerai kepada suami mereka kerana suami mereka berpoligami. Oleh itu semua wanita yang beriman dan bertakwa perlu berlapang dada sekiranya para suami kalian di takdirkan berpoligami. Berpoligami adalah hukum Allah SWT yang jelas di nyatakan di dalam al-Quran dan janganlah kalian menentangnya kerana menentang dan membenci poligami sama seperti kalian membenci Allah SWT. Wallahu a'lam.
Soalan no. 11 :
Assalamualaikum ustaz...
Pertama...Boleh tak ustaz huraikan berkenaan "wuduk sahibul jabirah"...
Kedua...klu anggota wuduk tu dah terbalut(bersimen) ..kita hanya menyapunya diatas balutan itu...dan kene bertayamum...bagaimana pula klu yg berbalut itu jg anggota tayamum...
Ketiga..adakah terdapat nas2 atau ayat2 alquran yg menyokong keadaan itu...
Keempat..adakah solat yg dibuat itu kena dikadaqkan semula..klu ada ..adakah nas2 atau alquran yg menyatakannya..
Kelima....bagaimana pula solat2 sepanjang waktu itu....- Puan Jamilah.
Jawapan :
Waalakaumussalam Puan Jamilah Wuduk Sahibul Jabirah adalah orang yang sedang berada dalam balutan atau tempelan yang diletakkan kerana keperluan perubatan seperti orang yang disimen kerana patang tulang dan orang yang dibalut kerana luka. Secara lahiriahnya balutan atau tempelan tersebut menghalang air daripada sampai ke kulit. Jika balutan ataupun tempelan itu terletak pada anggota wuduk, seseorang itu hendaklah berwuduk seperti biasa, menyapu air ke atas balutan dan bertayammum bagi menggantikan bahagian yang tidak dapat sampai air tersebut.
Orang yang mengalami luka pada badannya atau patah tulang anggota tangannya dan terpaksa dibalut, diplaster atau disimen di mana ia tidak dapat ditanggalkan (termasuk semasa ingin mengambil wuduk), bagaimana caranya ia hendak mengambil wuduk atau mandi?
Bagi kes tersebut, diberi kelonggaran untuk menyapu air di atas kain balutan atau plaster atau simen yang dipakainya. Orang yang menghadapi masalah sedemikian, ia hendaklah melakukan tindakan berikut semasa mengambil wuduk;
Pertama; Hendaklah ia membasuh dan meratakan air sebagaimana biasa ke kawasan-kawasan yang sihat (tidak sakit) dari anggota wuduknya.
Kedua; Bagi kawasan yang berbalut pula, wajib ia menyapu air ke atasnya. Menurut Imam Abu Hanifah; memadai dengan menyapu sebahagian besar balutan. Namun jumhur ulamak (iaitu Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad) berkata; “Wajib disapu air meliputi seluruh balutan”.
Jika ia mandi wajib, hendaklah ia mandi sebagaimana biasa iaitu dengan meratakan air ke seluruh badannya yang sihat (yakni yang tidak berbalut). Adapun kawasan yang sakit (yakni yang berbalut) hendaklah disapukan air ke atas balutan secara menyeluruh atau sebahagian besar darinya mengikut pandangan ulamak tadi. Apabila ia sembuh nanti, tidak diwajibkan ia mengulangi semula mandi wajibnya. Ia hanya diwajibkan membasuh/memandikan anggota-anggota yang berbalut sahaja.
Adakah wajib disertai dengan tayammum?
Mengenai soalan ini, para ulamak berbeza pandangan;
1. Menurut jumhur ulama (mazhab Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad); tidak wajib lagi bertayammum. Memadai membasuh kawasan yang sihat dan menyapu air di atas balutan bagi kawasan yang sakit. Tidak perlu bertayammum.
2. Menurut mazhab Imam Syafi’ie; wajib disertai dengan tayammum. Berdasarkan mazhab Syafi’ie, orang yang memakai balutan ia hendaklah melakukan tiga perkara semasa mengambil wuduk atau mandi wajib;
a) Membasuh kawasan yang sihat (tidak sakit atau cedera)
b) Menyapu air ke atas balutan dengan meratakannya
c) Bertayammum; bagi mandi wajib, cukup dengan sekali tayammum sahaja sama ada sebelum mandi atau selepasnya. Adapun bagi wuduk, ada dua pandangan;
(Pandangan pertama); wajib bertayammum mengikut bilangan anggota wuduk yang berbalut untuk menjaga tertib yang disyaratkan dalam wuduk.
(Pandangan kedua); cukup sekali tayammum sahaja iaitu sebelum wuduk atau selepasnya. Pandangan yang rajih dalam mazhab Syafie ialah yang pertama.
3. Mengikut mazhab Imam Ahmad; wajib tayammum hanya jika balutan melebihi kawasan yang perlu, yakni kawasan yang sakit atau cedera. Jika balutan hanya membalut kawasan sakit tanpa menyentuh kawasan yang sihat, tidak perlu bertayammum, cukup dengan menyapu air ke atas balutan sahaja.
Dalam mazhab Syafie jika anggota yang sakit adalah anggota tayamum maka lakukan tayamum seperti biasa iaitu sapu muka dan kedua tangan mula hujung jari sehingga siku untuk kedua-dua belah tangan. (walaupun anggota tayamum itu di balut simen plaster).
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (Surah al-Baqarah ayat 185)
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Allah tidak mahu kamu menanggung sesuatu kesusahan, tetapi
Dia hendak menyucikan kamu dan menyempurnakan nikmat-
Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Maidah ayat 6)
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menerangkan bahawa
Islam memberikan kemudahan kepada alam semesta. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya kamu semua diutuskan untuk memudahkan, dan kamu semua tidak diutuskan untuk menyusahkan.” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari)
Hadis di bawah menerangkan kewajipan bertayammum ketika hendak solat apabila ketiadaan air. tidak kira kerana sama ada berjunub , luka tak boleh terkena air atau sebab-sebab lain.
عَنْ جَابِرٍ قَالَ خَرَجْنَا فِي سَفَرٍ فَأَصَابَ رَجُلًا مِنَّا حَجَرٌ فَشَجَّهُ فِي رَأْسِهِ ثُمَّ احْتَلَم َ فَسَأَلَ أَصْحَابَهُ فَقَالَ هَلْ تَجِدُونَ لِي رُخْصَةً فِي التَّيَمُّمِ فَقَالُوا مَا نَجِدُ لَكَ رُخْصَةً وَأَنْتَ تَقْدِرُ عَلَى الْمَاءِ فَاغْتَسَلَ فَمَاتَ فَلَمَّا قَدِمْنَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُخْبِرَ بِذَلِكَ فَقَالَ قَتَلُوهُ قَتَلَهُمْ اللَّهُ أَلَا سَأَلُوا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوا فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيهِ أَنْ يَتَيَمَّمَ وَيَعْصِرَ أَوْ يَعْصِبَ شَكَّ مُوسَى عَلَى جُرْحِهِ خِرْقَةً ثُمَّ يَمْسَحَ عَلَيْهَا وَيَغْسِلَ سَائِرَ جَسَدِهِ
رواه أبو داود والدارقطني وابن ماجه، وصححه ابن السكن (نيل الأوطار: 1/257
Dari Jabir, beliau berkata ; Pada suatu hari, kami keluar musafir. Salah seorang daripada kami luka lalu kepalanya dibungkus. Dia kemudiannya bermimpi (Junub), lalu dia bertanya kepada kawan-kawannya, Apakah dia boleh bertayammum? Kawan-kawanya menjawab : kami tidak mengetahui adanya kelonggaran demikian. Engkau masih boleh menggunakan air. Maka diapun mandi (junub) lalu mati. Apabila kami datang kepada Rasulullah SAW, kami memberitahunya kisah tersebut. Lalu Rasulullah SAW berkata : Kerana mereka membunuhnya, maka Allah membunuh mereka. Kenapa tidak bertanya jika mereka tidak tahu. Sesungguhnya ubat kepada kejahilan adalah bertanya" ( Hadis riwayat Abu Daud, ad-Darqatni dan Ibnu Majah).
Dalil di atas membolehkan orang yang luka di kepala tak perlu kenakan air seluruh tubuh, memadailah ratakan air di tempat yang tak luka dan setelah itu bertayamum untuk menggantikan di tempat yang luka maka mandi wajibnya sah.
Terdapat khilaf di dalam cara bertayamum tetapi kita berpegang pendapat cara tayamum yang biasa di lakukan oleh umat Islam di Malaysia muka dan kedua tangan sehingga pergelangan tangan. Bagaiamanakah cara tayamum yang benar, syarat-syarat, doa tayamum dan ketentuan lainnya?
Pengertian tayamum adalah mengusap muka dan dua belah tangan dengan debu yang suci. Pada suatu keadaan tertentu tayamum dapat menggantikan wuduk dan mandi dengan memenuhi syarat-syarat tertentu.
Apa saja syarat-syarat tayamum?
Syarat-syarat bagi seseorang untuk diperbolehkan melakukan tayamum adalah sebagai berikut :
1. Tidak ada air dan telah berusaha mencari air, tetapi tidak dapat menemukan air.
2. Ada halangan karena sebab tertentu untuk menggunakan air, misalnya karena sedang sakit dimana apabila menggunakan air maka sakitnya akan bertambah parah atau kambuh.
3. Telah masuk waktunya solat.
Dengan menggunakan debu yang suci.
Bagaimana cara melakukan tayamum yang benar?
Berikut ini adalah urutan tata cara tayamum beserta gambar cara tayamum :
Petama adalah niat tayamum [niat dalam hati], maka bacaan niat tayamum adalah sebagai berikut : Aku niat bertayamum untuk dapat mengerjakan solat fardu kerana Allah Taala"
نويت التّيمّم لإستباحة الصّلاة فرضالله تعالى
aku niat betayammum untuk dapat mengerjakan shalat; fardlu karena Allah.
Setelah niat tayamum, mula-mula meletakkan dua belah tangan di atas debu untuk diusapkan ke muka .
Debu yang ada di tangan ditiup dulu, kemudian selanjutnya mengusap muka dengan debu, dengan dua kali usapan.
Urutan cara tayamum yang ke empat adalah mengusap dua belah tangan sampai pergelangan tangan dengan debu sebanyak dua kali usapan .
Urutan dari cara tayamum ke lima adalah memindahkan debu kepada anggota yang diusap.
Dilakukan secara berturut-turut atau tertib, berurutan dari urutan pertama hingga urutan terakhir dari tata cara tayamum.
Yang dimaksud dengan mengusap bukan sebagaimana ketika menggunakan air dalam berwuduk, tetapi cukup menyapukan saja dan bukan mengoles-oleskan sehingga rata seperti menggunakan air.
Disamping urutan tata cara tayamum di atas, ada beberpa hal yang perlu diketahui dan dilaksanakan yang berkaitan dengan tayamum, yaitu sebagai berikut :
Sunah tayamum, adalah hal-hal yang sebaiknya dan dianjurkan untuk dikerjakan ketika mengerjakan tayamum. Hal-hal yang sunah dikerjakan ketika tayamum antara lain :
Membaca bacaan basmalah yaitu bismillahirrahmaanirrahiim
Mendahulukan anggota badan yang kanan daripada anggota yang kiri
Menipiskan debu dengan cara meniupnya.
Hal-hal yang membatalkan tayamum, adalah hal-hal yang menjadikan tayamum itu batal dan tidak berlaku lagi. Hal-hal yang membatalkan tayamum adalah sebagai berikut :
1. Hal-hal yang membatalkan wuduk adalah juga merupakan hal-hal yang membatalkan tayamum.
2. Melihat air sebelum mengerjakan solat, kecuali yang mengerjakan tayamum kerana sakit.
3. Seorang yang murtad atau keluar dari islam.
Cara menggunakan tayamum
Satu kali tayamum hanya dapat dipakai atau digunakan untuk satu shalat fardhu saja,meskipun belum batal. Adapun jika digunakan untuk melakukan shalat sunnah beberapa kali cukupkah dengan satu kali tayamum.
Bagi orang yang salah satu anggota wuduknya terbalul/dibalut/dibebat, maka cukup balutan/bebat itu saja yang diusap dengan air atau tayamum, kemudian mengerjakan solat.
Jumhur ulama mengatakan tak perlu qada' solat kerana solat yang di kerjakan semasa sakit telah sah di kerjakan.
Soalan no. 12.
Assalamu'alaikum Ustaz. Mohon pencerahan, sahih ker nie?
Jawapan :
Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman : Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:
“Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkanlah kepada anak-anakmu semasa mereka di dalam perut kamu, kemenyan putih (luban) dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan (Hadis Riwayat al-Dailami).
Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lender balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan system pernafasan.
Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Syafie rahimatullah.
Untuk makluman hadis yang saudara nyatakan di atas bertanda [34] adalah daripada kitab Syiah kerana periwayatannya adalah daripada hadis-hadis riwayat Syiah . Oleh itu tak payah gunakan hadis tersebut, gunakan hadis riwayat al-Dailami untuk menyatakkan kebaikan makanan sunah luban / libanah.
Soalan no. 13.
Assalamualaikum ustaz.. mohon pncerahan :
1.Berkaitan status hadith yg brkitan malaikat maut dtg 70 kali sehari kpd setiap manusia. Ada yg mnyatakan ia palsu?
2.Nama malaikat maut yg disebut sbg Izrail yg di kutip dr kitab2 dahulu..sdgkan tiada dlm Alquran n hadith.. - Sazli Jufri.
Jawapan :
Waalakaumusslaam Sazli Jufri tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan malakat maut datang ziarah manusia 70 kali sehari. Yang pasti malakat maut sudah tahu bila masa seseorang akan di cabut nyawanya kerana semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz.
Sudah masyhur bahwa nama malaikat maut adalah ‘Izrail. Hanya saja, penamaan ini tidak didapatkan keterangan yang jelas dalam Al-Qur’an al-Karim dan tidak pula dalam sunah nabi yang sahih. Keterangan tersebut didapatkan dalam sebagian atsar yang bersumberkan dari riwayat-riwayat Israiliyat.
Atas dasar ini, tidak diperbolehkan untuk menafikan dan menetapkan secara pasti. Kerananya, kita tidak boleh menetapkan dan meyakini dengan pasti bahwa nama malaikat maut (pencabut nyawa) adalah ‘Izrail. Kita juga tidak boleh meniadakan (atau mengingkari)-nya dengan penuh kepastian. Tapi kita serahkan hakikatnya kepada Allah Ta’ala, lalu kita menamakannya dengan nama yang telah Allah SWT berikan untuknya, yaitu “malakul maut.”
Allah Ta’ala berfirman,
يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ
“Katakanlah: "Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.” (Surah Al-Sajdah ayat 11)
Imam Ibnu Katsir rahimahullaah berkata dalam al-Bidayah wa al-Nihayah (1/49), “Adapun malaikat maut, tidak didapatkan keterangan jelas tentang namanya di dalam Al-Quran, tidak pula dalam hadis sahih. Penamaannya terdapat dalam sebagian atsar yang disebut dengan 'Izrail, wallahu a’lam.”
Allah Ta’ala telah berfirman, “Katakanlah: "Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.” (Surah Al-Sajdah ayat 11)
Imam al-Sindi berkata, “Tidak ada hadis marfu’ yang menyebutkan namanya.”
Al-Munawi dalam al-Faidh al-Qadir (3/32) setelah menyebutkan bahawa malaikat maut yang namanya masyhur dengan 'Izrail berkata, “Aku tidak mendapatkan penamaan itu dalam khabar ((hadis).”
Syaikh al-Albani dalam ta’liqnya terhadap perkataan Imam al-Thahawi, “Dan kita mengimani malaikat maut yang ditugaskan untuk mencabut nyawa alam semesta,” beliau berkata, “Aku katakana: ini adalah namanya (yang disebutkan) dalam Al-Qur’an. Sedangkan menamakannya dengan 'Izrail, sebagaimana yang tersebut di tengah-tengah manusia, tidak memiliki landasan (dasar). Sesungguhnya penamaan tersebut berasal dari riwayat-riwayat Israiliyat.”
Syaikh Ibnu ‘Utsaimin berkata, “Malakul maut (malaikat pencabut nyawa) telah masyhur namanya dangan 'Izrail, tapi itu tidak benar. Sesungguhnya nama ini disebutkan dalam riwayat-riwayat israiliyat yang tidak mengharuskan kita untuk mengimani nama ini. kerananya kita menamakan malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa dengan “malakul maut”, sebagaimana yang Allah 'Azza wa Jalla telah menamakannya dalam firman-Nya,
“Katakanlah: "Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.” (Fatawa Ibnu al-Utsaimin: 3/161) Wallahu a’lam.
Soalan no. 14.
Assalammualaikum Ustaz,betul ke artikel ini?. - Azmi Haron.
Jawapan :
Waalakaumussalam Azmi Haron : Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW suka makan buah semangka , labu dan kurma :
1. Aisyah R.A menceritakan bahwa : Rasulullah SAW suka makan Semangka dan Rutob. (HR. Abu Dawud dan al Tirmidzi)
2. Menurut riwayat Aisyah r.a, dulu Rasulullah Saw biasa menyantap semangka dengan kurma masak, (HR Abu Daud dan Al-Tirmizi).
3. Abu Daud menambahkan dalam riwayatnya bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda: "Panasnya buah ini (kurma), kita seimbangkan dengan dinginnya buah ini (semangka). (Hadis ini disahihkan oleh Al-Suyuthi dan Al-Arnauth)
4. Rasulullah pernah makan tembikai dengan rutob dan bersabda “kita pecahkan panas ini dengan sejuknya ini., dan sejuknya ini dengan panasnya ini, “salah satu buah itu bersifat panas, satu lagi sejuk”. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
5. Bahwa Rasulullah s.a.w pernah makan buah tembikai dicampur dengan Kurma muda yang sudah masak lalu Baginda bersabda:
“Panas dibuah ini dinuteralkan oleh unsur dingin di buah ini.”
(H.R Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Walau bagimana pun hadis di atas , " Setiap wanita hamil yang makan buah tembikai maka anaknya akan cantik" - Bukan hadis sahih tidak terdapat di dalam 6 kitab hadis yang besar. Oleh itu hadis ini jangan di sebarkan kerana tak ada punca yang sahih.
Apabila seorang ibu mengandung anak yang berada di dalam kandungan akan mendapat tarbiah di atas apa yang di amalkan oleh si ibu. Jika si ibu banyak berdoa , solat tahajud, membaca al-Quran dan berzikir maka kesan doa dan bacaan ibu akan memberi kesan tarbiah di atas anak yg di kandung.
Banyak kajian di barat tentang kesan amalan ibu mengandung di atas anak yang di kandung. secara fizikal dan kerohanian. Apa saja surah yang di baca dan menjadi amalan si ibu mengandung akan mempengaruhi anak yang di kandung.
Soalan. no. 15.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu Ustaz terima kasih ...
Ana kongsi satu Do'a disini...Mohon dari Ustaz untuk membincangkan tentang doa ini...Jazakallahu Khairan Khatsiiraa 😇
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا
اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba’ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.
Artinya : Ya Allah Tunjukilah kami kebenaran dan berikan kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukanlah kami kebatilan dan berikan kami jalan untuk menjauhinya" - Nur Haibati
Jawapan :
Waalakaumussalam Nur Haibati : Doa ini adalah doa yang di ajarkan Nabi SAW untuk tetapkan hati supaya tak lari daripaada kebenaran dan hak apabila menghadapi saat genting pertembungan di antara yang hak dan yang batil.
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba’ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimiin.
Maksudnya : "Ya Allah Tunjukilah kami kebenaran dan berikan kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukanlah kami kebatilan dan berikan kami jalan untuk menjauhinya."
Soalan no. 6.
Assalamualaikum..nk tanya..klu imam terkentut masa solat..makmum dibelakang imam kena begerak ke dpn ke ustaz? Makmum disebelah kena begerak rapat kn saf ke ustaz? Atau biar je saf tu kosong? - Rashid Mohamad Yatim.
Jawapan :
Waalakaumussalam Rashid Mohamad Yatim : Apabila imam batal solat di sebabkan terkentut maka makmum yang di belakang imam (muazin) tampil ke hadapan menggantikan tempat imam. Dan makmum di sebelah kanan bergerak ke kiri untuk menutup ruang yang kosong di sebabkan makmum di belakang imam menjadi imam.
Soalan no. 7.
Assalamualikum, minta ustaz memberikan pencerahannya. soalan saya mengenai Big Bang dan UFO.
1. Saya pernah membaca beberapa ayat al-Quran bahawa Allah mencipta alam buana ini dari ledakan Big Bang dan seperti dalam teori fizik, dari situlah Allah SWT mencipta planet-planet melalui pergerakan graviti terhadap bahan yang terhasil dari ledakan itu sendiri. Bumi kita sekarang terletak dalam salah sebuah galaksi yg terdiri dari jutaan galaksi yg lain (Maha Suci Allah).
Dalam al-Quran saya tidak ketemukan apa-apa hidupan lain di planet tersebut, adakah terdapat hidupan lain yang dinamakan ‘makhluk asing’ di planet -planet yang lain? Tidak berlawanan dengan ayat yang menyatakan manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna dan menjadi khalifah di alam ini, dalam banyak teori mengenai keujudan mereka (alien) tubuh fizik mereka tidak sehebat kita, berkaki pendek, kepala dan bermata besar, tidak boleh bercakap melainkan dengan telepati sahaja. Namun mereka amat pintar terbukti dengan kemampuan teknologi UFOnya (kalis graviti, memansuhkan inertia, dan lain-lain).
Apakah ada hadis sahih menjelaskan keujudan makhluk asing di planet-planet tersebut? Apakah Nabi Muhammad SAW pernah membuat hubungan dengan mereka?
Terdapat teori lain yang mendakwa kenderaan Jin merupakan kapal piring terbang
(UFO). Apakah pandangan Islam terhadap dakwaan ini? - Pendakwah Khalifah
Jawapan :
Waalakaumussalam Pendakwah Khalifah : 1.Pertama : Mengenai kebenaran teori Big Bang :
Terdapat ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan mengenai teori Big Bang.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya." (Surah al-Anbiya' (21) ayat 30)
Memang terbukti bahawa sarjana-sarjana Barat sudah mengakui dan menerima teori Big Bang bukanlah lagi teori, tapi satu realiti sedangkan fenomena Big Bang ini sudah dijelaskan dalam dalam al-Quran. Lawati laman web Harun Yahya dari Turki untuk lebih memahami teori Big Bang.
2. Kedua: Apakah ada makhluk asing hidup di galaksi dan planet yang bertaburan itu? Jawapan yang paling selamat ialah Wallahu a'lam (Allah yang lebih Mengetahui).
Walaubagimana pun perlu kita fahami bahawa di dalam al-Quran surah az-Zaariyat (51) ayat 56 Allah SWT berfirman maksudnya :"Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah kepada-Ku".
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua makhluk ciptaan Allah SWT ini di muka bumi ini adalah semata-mata untuk menyembah dan beribadah kepaad Allah SWT. Jika ada makhluk-maklhuk lain di planet-planet lain ianya tidak lari daripada makhluk jenis jin , kerana penciptaan jin berlaku sebelum Nabi Adam a.s di ciptakan oleh Allah SWT.
Dalam al-Quran , Allah SWT berfirman maksudnya : “Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat dan dengan apa yang tidak kamu lihat” (Surah al-Haaqqah (69) ayat 38-39)
Yang pasti sudah ada dua jenis makhluk yang tidak dapat kita lihat telah mampu dilihat oleh sebahagian orang termasuk para Nabi, antaranya Malaikat dan Jin. Jika Jin ini menampakkan dirinya dalam bentuk piring terbang pun ada kemungkinan juga. Malaikat memenuhi 7 petala langit, dijelaskan oleh ayat”
Firman Allah SWT maksudnya : ”Semua langit hampir pecah di sebelah atasnya (kerana kebesaran Allah) sedang malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya” (Surah asy-Syuura(42) ayat 5)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Tidak ada siapa yang mengetahui bilangan tentera Tuhanmu (malaikat) kecuali Dia sendiri” (Surah al-Muddatsir (74) ayat 31)
Di dalam al-Quran terdapat huraian mengenai makhluk jin.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan Kami telah menciptakan Jin sebelum Adam dari api yang amat panas” (Surah al-Hijr (15) ayat 27)
” Sesungguhnya ia (jin) dan pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka” (Surah al-A'raf (7) ayat 27)
Sabda Nabi SAW maksudnya : “Jin ada tiga species: yang terbang melayang, sejenis lagi yang berbentuk ular dan anjing dan satu lagi berdiam di dalam lumpur dan berjalan.” (Hadis Riwayat Tabrani, a-lHakim dan al-Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani dalam sahih al-Jaami’ 3/85)
Di dalam riwayat ada menceritakan bahawa Nabi SAW pernah membuat perhubungan dengan makhluk ghaib iaitu Malaikat (Malaiat Jibril) dan Jin, memang benar sama sekali.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Qur:an…” (Surah al-Ahqaf (46) ayat 29)
Selain daripada kedua makhluk ghaib tersebut tidak terdapat riwayat yang menceritakan bahawa Nabi SAW ada membuat perhubungan.
Ramai yang tertanya-tanya kapal piring terbang (UFO) yang pernah dilihat oleh manusia, adakah ianya dimiliki oleh makhluk jin atau makhluk asing?
Sebenarnya kapal piring terbang (UFO) adalah kenderaan makhluk jin dan makhluk yang dilihat oleh manusia seperti makhluk asing, berukuran lebih kecil daripada manusia sebenarnya mereka adalah jenis jin yang menampakkan keujudannya di alam dunia. Keadaan ini jarang-jarang berlaku dan tidak mustahil boleh berlaku dengan izin Allah.
Persoalan ini pernah ditanya oleh Muhammad Isa Daud (MID) kepada sahabatnya daripada Jin Islam (JI) bernama Mustafa . Dialog mereka seperti berikut : Muhammad Isa Daud menceritakan terdapat peristiwa yang berlaku :
"Seorang Amerika (namanya Mash) berjumpa di kebunnya makhluk yang pendek tinggi sekitar 160 sentimeter. Di pinggan kanannya ada senjata, sedang di pinggang kirinya tergantung beg besar. Mereka melarikan diri dengan pesawat mereka tingginya kira-kira 2.5 meter. Pesawat mereka diperbuat dari bahan sejenis kaca, pintu pesawat tertutp, dari bawah ke atas. Pesawat berlepas dengan penyemburan cahaya yang sangat menyilaukan."
JI : Aku bersumpah kepadamu dengan nama Allah, bahawa mereka adalah jin. Akan tetapi, lazimnya, mereka menampakkan diri dalam bentuk yang lebih tinggi dan besar daripada bentuk mereka yang sebenarnya.
MID : Dari mana mereka datang?
JI : Entah, tetapi mungkin saja mereka itu adalah penghuni ruang cahaya yang terdapat di antara sinar merah dan awan. Atau, penduduk yang datang dari dasar lautan. Sekarang engkau sudah tahu secara lengkap. Kerana itu kemukakan kebenaran yang engkau ketahui ke seluruh dunia, sehingga tidak ada lagi kegelapan yang ditimbulkan oleh tipu-muslihat jin dan yang terbentuk kerana dugaan-dugaan salah.
[ Perhatian : Misteri terlihatnya UFO (Kapal Piring berbentuk bulat) sebenarnya adalah pesawat daripada makhluk jin bukannya makhluk asing dari planet yang lain daripada bumi. Mustafa (Jin Islam) yang berbicara dengan Muhammad Isa Daud menjelaskan beliau sudah melakukan penerbangan lebih seratus kali di angkasa raya tetapi tidak berjumpapun dengan makhluk asing yang dikatakan oleh manusia. Jika kalian bertemu dengan apa saja bentuk rupa makhluk samaada cantik atau hodoh sebenarnya mereka adalah terdiri daripada makhluk jin yang boleh menyerupai sesuatu. ]
Jin yang berdiam di suatu tempat dan memperlihatkan diri dalam peristiwa-peristiwa yang ganjil-ganjil. Apabila mereka (jin) berhadapan dengan seorang muslim yang bertakwa dan kuat akidahnya, lalu orang itu membaca Ayat Kursi dan ayat pertama dalam surah Ash- Shaffat . [Firman Allah SWT maksudnya, "Demi (rombongan malaikat) yang berbaris bershaf-shaf" (Surah Ash-Shaffat ayat 1) ], pasti mereka terbakar dengan kekuatan yang diberikan Allah, atau lari lintang pukang, tanpa mahu kembali lagi ketempat itu.
Soalan no. 8.
Assalamualikum ustaz apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba? - Pendakwah Khalifah.
Jawapan :
Waalakaumussalam Pendakwah Khalifah : Perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;
1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)
4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.
5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.
6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675). Wallahu a'lam.
Soalan no. 9.
Assalamu'alaikum Ustaz. Mohon pencerahan mengenai artikal Ini.
Jawapan :
Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman : Sebenarnya jika kita gunakan sesuatu perkataan di dalam bahasa Arab maka kita rujuk apa maknanya di dalam bahasa Arab. Begitu juga jika kita gunakan perkataan di dalam bahasa Malaysia atau Indonesia maka kita rujuk maknanya di dalam bahasa Malaysia atau Indonesia. Contoh jika di Malaysia perkataan bisa adalah maknanya bisa ular (binatang yang berbisa) tetapi jika di Indonesia perkataan bisa bermakna boleh maka penggunaan perkataan tersebut adalah bergantung maknanya di negara tersebut. Tak sesuai jika kita gunakan sesuatu perkataan kita terjemahkan di dalam bahasa negara lain seperti bahasa Ibrani, Yahudi atau Nasrani.
Islam ada cara penggunaan bahasa tersendiri. Dalam Islam apabila kita mengucapkan salam maka eloklah dengan cara yang lengkap dan sempurna. Contoh : Assalamu 'alaikum atau Assalamu 'alaiakum Warahmatullaah atau pun Assalamu 'alikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Menjawabnya dengan cara yang sama atau lebih baik iaitu Waalakaumussalam atau Waalakumussalaam Warahmatullah atau Waalakumussalam Warahmatullahi Wabarakaatuh. Jangan gunakan perkataan : A'kum, As, Salam. Ask atau lain-lain. Samaada ada makna lain atau pun tidak.
Salam adalah satu ucapan dari seseorang Islam kepada saudaranya yang lain dengan maksud mendoakan kesejahteraanya dan keselamatannya. Kata salam dalam Bahasa Arab mempunyai erti keselamatan, kesejahteraan atau kedamaian. Beberapa bentuk lafaz salam yang selalu ducapkan oleh seseorang muslim antaranya adalah;
1. Assalamu ' alikum,
2. Assalamu ' alikum warahmatullaah
3. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh
Ketiga-tiga bentuk salam itu mempunyai makna yang berbeza dan sudah tentu mempunyai markah pahala yaang berbeza juga. Ini dihuraikan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang diceritakan oleh;
Imran Bin Hushain r.a menceritakan tentang seseorang yang mendatangi Rasulullah SAW dan mengucapkan salam: "Assalaamu ‘alaikum!" Rasulullah SAW menjawab salam tersebut, dan kemudian memberikan komentar: "Sepuluh!" Kemudian datang orang lain yang mengucapkan salam: "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah!" Rasulullah SAW menjawab dan kemudian memberikan komentar: "Dua puluh!" Dan datanglah orang ketiga dan mengucapkan salam: "Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh!" Maka Rasulullah SAW menjawab: "Tiga puluh!" (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
Ini bererti mengucap salam dengan lafaz salam yang lebih sempurna akan mendapat lebih pahala. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wataala dalam al-Qur’an:
Maksudnya: "Dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu." (Surah An-Nisaa' ayat 86).
Ucapan yang paling indah di Syurga adalah salam.
MENYEBAR-LUASKAN SALAM
Salam, "Assalamu'alaikum" di mana salah satu maknanya adalah merupakan doa yang sangat baik diberikan kepada sesama muslim. Salam juga menjadi salah satu simbol dan syi'ar Islam. Lebih-lebih lagi salam tidak hanya berbentuk perkataan, tetapi juga untuk mewujudkan salam kedamaian kepada seluruh makhluk Allah SWT. Salam kepada orang lapar dan uzur akan mengurangkan kelaparan dan kesakitannya dan sebagainya.
Dalil-Dalil dari:
1. Al Quran :
Allah SWT berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat" (Surah An-Nuur [24] ayat 27).
Allah SWT berfirman:"... Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada dirimu sendiri. Salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkah lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat (Nya) bagimu, agar kamu memahaminya" (Surah An-Nuur [24] ayat 61).
2. Hadis :
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :"Demi Dia yang diriku berada di tangan-Nya! Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak akan beriman hingga kalian saling berkasih-sayang. Mahukah kalian saya tunjukkan suatu perkara yang apabila kalian kerjakan, maka akan tumbuh rasa kasih-sayang di antara kalian? Sebarkan salam di antara kalian!" (Hadis Riwayat Muslim).
Rasulullah SAW bersabda:"Wahai manusia! Sebarkanlah salam, berilah makanan, sambunglah tali silaturahmi dan solatlah ketika manusia lain tengah (nyenyak) tidur; nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat sejahtera" (At Tirmidzi).
3. Sunnah Para Nabi dan Rasul :
Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ketika Allah telah menjadikan Adam, maka Allah memerintahkan: "Pergilah kepada para Malaikat dan ucapkan salam kepada mereka yang tengah duduk. Dengarkanlah jawaban salam mereka, kerana itu akan menjadi ucapan salam bagi kamu dan anak cucumu kelak!" Maka pergilah Nabi Adam dan mengucapkan: "Assalaamu ‘alaikum!" Para Malaikat menjawab: "Assalaamu ‘alaika warahmatullaah!" Mereka menambah warahmatullaah" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Al Quran menceritakan kisah Ibrahim a.s.:"(Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan:"Salaaman", Ibrahim menjawab:"Salaamun" ..." (Surah Adz-Dzaariyaat [51] ayat 25).
Ucapan salam yang lengkap adalah "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh" yang ertinya "semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah Allah dilimpahkan kepada kalian". Ucapan salam ini sesuai dengan petunjuk Rasulullah SAW ketika beliau tengah bersama isterinya, ‘Aisyah RA, beliau bersabda:"Ini Jibril mengucapkan salam kepada kamu". Maka ‘Aisyah RA menjawab:"Wa ‘alaihissalaam warahmatullaahi wabarakaatuh" (HR. Bukhary dan Muslim).
Idealnya seorang Muslim mengucapkan salam dengan lengkap, tetapi tetap diperkenankan seseorang untuk mengucapkan salam:
a. Assalaamu ‘alaikum
b. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah, atau
c. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh (lengkap)
Semakin lengkap ucapan salam seseorang, maka semakin banyak pula keutamaan yang diraihnya. Imran Bin Hushain r.a. menceritakan tentang seseorang yang mendatangi Rasulullah SAW dan mengucapkan salam: "Assalaamu ‘alaikum!" Rasulullah SAW menjawab salam tersebut, dan kemudian memberikan komentar: "Sepuluh!" Kemudian datang orang lain yang mengucapkan salam: "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah!" Rasulullah SAW menjawab dan kemudian memberikan komentar:"Dua puluh!" Dan datanglah orang ketiga dan mengucapkan salam: "Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh!" Maka Rasulullah SAW menjawab: "Tiga puluh!" (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
Demikianlah, semakin lengkap ucapan salam seseorang, akan semakin banyak pula keutamaan pahala yang dia peroleh.
Ucapan Balasan Salam :
Sedangkan jawaban salam, sekurang-kurangnya setaraf atau setara dengan ucapan salam; dan kalau boleh, malah dilebihkan. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud :" Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah yang lebih baik atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu" (Surah An-Nisaa' [4] ayat 86).
Sehingga jawaban salam yang disyari'atkan adalah:
a. Bila ucapan salam "Assalaamu ‘alaikum" maka jawapan paling kurang adalah "Wa'alaikumussalaam", jawapan lebih adalah "Wa'alaikumussalaam warahmatullaah", dan jawapan lengkapnya adalah "Wa'alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh".
b. Bila ucapan salam "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah" maka jawapan paling kurang adalah "Wa'alaikumussalaam warahmatullaah", dan jawapan lengkapnya adalah "Wa'alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh".
c. Bila ucapan salam "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh" maka jawaban paling kurang adalah "Wa'alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh"
Soalan no. 10
Assalamu'alaikum Ustaz.. Mohon pencerahan... Baru jumpa tadi dekat FB.
- Mohd Zuki Bidin.
Jawapan :
Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman ini adalah jenis surat berantai yang boleh merosakkan akidah kita, berkemugkinan di sebarkan oleh orang bukan Islam. nak merosakkan akidah umat Islam. Jika kita percaya saja pada perkara yang di ada-adakan ini dan meninggalkan kekuasaan Allah maka jatuh syirik. Bahaya sungguh surat seperti ini penulis surat ini cuba menggunakan agama dan minta umat Islam percaya jika tak percaya akan datang musibah, ini adalah perbuatan yang jelas merosakkan akidah kita.