Thursday, April 9, 2015

Tazkirah & Soal Jawab Agama Siri 21 (Datang Ke Majlis Tidak Di Undang, Tak Boleh Sebut Al-Fatihah Dengan Betul, Mimpi Kemalangan Kereta, Cerai Isteri Semasa Haid Dan Sebelum Tidur Terdengar Bisikan)

Soalan no. 101

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. 
Mohon pencerahan mengenai jemputan kenduri ? Kalau kawan kita tak jemput dan kita pergi juga kerana sangka baik dia terlupa, boleh ker ustaz? Bagaimana pula dia memang tak nak jemput kita dan bila kita sampai dia bermuka macam terlupa menjemput kita ?

Berikut yang saya jumpa dekat Internet, perlukan pencerahan daripada Ustaz.

"Hukum makan makanan kenduri yang kita tidak dijemput dipanggil PENCURI namanya.Dalam satu kitab-kitab Feqah,dalam bab Walimah ada sebut tentang perkara ini."Siapa yang tidak dijemput,HARAM dia memakan makanan yang dihidangkan".Hadir pada kenduri itu tidaklah HARAM tetapi HARAM memakan makanan disitu.Dalam kitab Feqah juga ada menyebut "Siapa yang telah makan kenduri tanpa dijemput,Wajib bertaubat dan pulangkan balik makanan tersebut jika telah ditelannya,wajib dibayar dengan harganya".

Ini dipanggil "Makan harta orang secara Batil".Hukumnya HARAM,maka wajiblah seseorang itu membayar balik ganti rugi kepada tuannya."

- Mohd Zuki Seman.

Jawapan :

Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman : Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alahi Wasalam : Hak Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.

2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.

3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.

4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.

5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.

6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.

(Hadis Riwayat Muslim). 

Di dalam 6 hak yang di nyatakan di atas hanya hak kedua perlu mendapat izin tuan rumah yang membuat kenduri atau undangan. Sebabnya sebahagian tuan rumah tidak membuat kenduri yang besar, buat kecil-kecilan dan makanan pun terhad sahaja, jika kita datang tanpa di undang akan membebankan tuan rumah.

Cara terbaik untuk mengelakkan kehadiran tanpa di undang sebaik-baiknya telefon atau whatapp tuan rumah jika dia benarkan barulah datang, jika datang tanpa di undang akan mendapat dosa jika makan makanan yang di sediakan. Jika kenduri kawin ada kalanya tuan rumah menjemput secara umum di masjid / surau dan jika kita salah seorang jemaah masjid / surau kita di haruskan datang dan jika tak datang tak berdosa kerana jemputan tersebut berbentuk umum. Jika jemputan itu khusus maka wajib kita hadir untuk memenuhi maksud hadis sahih di atas.

Soalan no. 102

Asalammualaikum..saya ni seorang yang tdak boleh sebut huruf R dengan betul..(lidah keras).saya nak tau,macamana  dengan al Fatihah saya se waktu sembahyang .sebab ro pun saya tak dapat sebut dengan betul..

- Ahmad Khairul Ane .

Jawapan :

Waalakaumusslaam Ahmad Khairul Ane : Jika saudara sudah berusaha membetulkan sebutan mahraj huruf tetapi tak boleh kerana pelat dan sukar untuk membetulkannya maka dalam keadaan ini di maafkan. Saudara boleh berusah lagi dan berdoa kepada Allah SWT supaya memudahkan sebutan yang saudara lakukan, insya Allah jika berusaha lagi akan berjaya.

Soalan no. 103

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Ustaz, mohon pencerahan, saya mimpi bawa kereta bersama 2 lagi kawan kawan dan sampai di suatu selekoh kereta tidak dapat di kawal dan terbabas. Kesemua 3 orang selamat dan apabila saya turun di dapati kereta saya terbelah dua. 
Ada apa apa makna ker ?

- Mohd Zuki Seman

Jawapan :

Waalakauamussalam Mohd Zuki Seman mimpi tersebut adalah gangguan syaitan tidak ada apa-apa mudharat di dalam mimpi tersebut. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan 'alhamdulillah' dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).

Untuk mendapatkan mimpi yang benar seseorang perlulah melaksanakan adab-adab sebelum tidur seperti berwuduk, membaca al-Quran, berzikir dan solat witir. Tidur mengiring ke arah kiblat seperti tidur Rasulullah S.A.W. Waktu yang baik adalah waktu tengah malam di antara jam 3.00 pagi hingga 5.30 pagi. (waktu mustajab doa).

Menurut ahli-ahli takbir, mimpi ada tiga macam:

1. Mimpi daripada Allah S.W.T. iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat, merupakan khabar gembira atau satu peringatan daripada Allah S.W.T. supaya tidak melakukan maksiat kepada-Nya.

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil. Atau mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan mala petaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.

3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya. Atau mimpi makan ketika diri sedang lapar, mimpi di aniayai orang ketika sedang sakit dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali. 

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya ; "Mimpi itu ada tiga, mimpi daripada Allah (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi." (Hadis Riwayat Ahmad)

Soalan no. 104

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Mohon pencerahan, jatuhkan talak sekiranya suami menceraikan isteri semasa isteri berada dalam Haid ?

- Mohd Zuki Seman.

Jawapan : 

Waalakaumusslaam Mohd Zuki Seman menceraikan isteri ketika haid hukumnya haram tetapi talaknya tetap jatuh. Suami akan berdosa kerana menceraikan isteri ketika haid.Menurut pendapat majoriti mazhab Islam, talak itu tetap sah, tetapi si pelakunya berdosa. Ia berdalilkan sebuah hadis Abdullah Ibn Umar tadi, apabila menceraikan isterinya dalam keadaan haid, nabi mengarahkannya agar segera ruju' kembali. Ini bererti talaknya jatuh cuma berdosa. (Al-Mughni, 7/99 ; Al-Qawanin Al-Fiqhiyyah, hlm 225 )

Sementara kumpulan minoriti ulama berpendapat talak tidak jatuh dan tidak sah, sebab talak itu samasekali tidak menurut aturan syara' dan tidak dibenarkan. Oleh keranaitu bagaimana mungkin dapat dikatakan berlaku dan sah?

Islam memberikan kepada seorang muslim tiga talak untuk tiga kali, dengan suatu syarat tiap kali talak dijatuhkan pada waktu suci, dan tidak disetubuhinya. Kemudian ditinggalkannya isterinya itu sehingga habis iddah. Kalau nampak ada keinginan merujuk sewaktu masih dalan 'iddah, maka dia boleh merujuknya.

Sekiranya dia tetap tidak merujuknya sehingga habis 'iddah, dia masih boleh untuk kembali kepada isterinya itu dengan akad dan mahar (maskawin) baru. Dan kalau dia tidak lagi berhasrat untuk kembali, maka si wanita boleh berkahwin dengan orang lain.

Jika si laki-laki tersebut kembali kepada isterinya sesudah talak satu, tetapi tiba-tiba terjadi suatu peristiwa yang menyebabkan jatuhnya talak yang kedua, si lelaki masih boleh ruju' semula dalam tempoh 'iddah.

Dan kalau suami kembali dan menceraikan isterinya buat kali ketiga, maka ini merupakan suatu bukti nyata, bahwa perceraian antara keduanya itu harus dikukuhkan, sebab persesuaian antara keduanya sudah tidak mungkin.

Oleh kerana itu dia tidak boleh kembali lagi, dan si perempuan pun sudah tidak lagi halal buat si laki-laki tersebut, sampai dia kawin dengan orang lain secara syar'i. Bukan sekedar menghalalkan si perempuan untuk suaminya yang pertama tadi. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

Soalan no. 105

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum , Ustaz saya ada soalan kemusykilan yang ingin ditanyakan kepada Ustaz..Kalau kita nak tidur kenapa saya ada terdengar satu suara, lepas tu saya lihat adakah ia satu gangguan.
Dan bila kita dah terlelap mesti terkejut apabila nak tidur.. mohon pencerahan?

- Muhammad Solihin Burhanuddin.

Jawapan :

Waalakaumussalam Muhammad Solihin Burhanuddin Apabila saudara hendak tidur ada terdengar suara atau terlihat sesuatu bayangan sebelum terlena (waktu ketika separuh sedar) itu adalah gangguan daripada jin kafir atau syaitan. Sebaik-baiknya saudara sebelum tidur ambil wuduk dan solat witir 1 rekaat dan melakukan adab-adab tidur, insya Allah gangguan tersebut ada dapat di atasi.

Adab-adab Tidur

Tidur seorang hamba pada waktu malam setelah segala aktiviti yang dilakukannya pada siang hari, akan membantu tubuhnya menjadi segar untuk boleh melakukan aktiviti pada esok hari, juga akan membantu tubuhnya lebih bersemangat untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT Maka dengan nikmat yang besar ini hendaknya seorang muslim bersemangat untuk menjaga tuntunan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. dalam masalah adab-adab yang berkaitan dengan tidur. Di antara adab tersebut adalah:

1. Tidak mengakhirkan tidur setelah melakukan solat Isya kecuali kerana perkara yang penting untuk dilakukan seperti mempelajari ilmu atau menjamu tamu atau untuk melayani keluarga. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah bahwasanya Nabi SAW tidak menyukai tidur sebelum solat Isya dan berbincang-bincang setelahnya.

2. Tidur dengan berwuduk terlebih dahulu. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW : “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Memulai tidur dengan membaringkan tubuh ke sisi sebelah kanan sebagaimana dalam hadis di atas.

4. Tidak tidur dengan tiarap, berdasarkan sabda Nabi SAW “Sesungguhnya itu adalah cara tidur yang dimurkai Allah ‘azza wa jalla”.(Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang shahih)

5. Mengumpulkan kedua telapak tangannya. Kemudian ditiup dan dibacakan: surat Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian dengan kedua telapak tangan tadi mengusap tubuh yang dapat dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Mengibaskan tempat tidur dengan ujung sarung atau dengan pakaiannya sebanyak tiga kali.
(Hadis Riwayat Bukhari).

7. Membaca doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, seperti membaca doa “Bismika Allahumma amuutu wa ahyaa (Dengan menyebut nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup)” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Dianjurkan membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 33 kali atau 34 kali ketika hendak tidur, sebagaimana sabda baginda kepada Ali bin Abi Thalib dan isterinya ketika mereka hendak tidur, “Maka bacalah tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, dan takbir tiga puluh tiga kali” dan dalam riwayat lain “takbirlah tiga puluh empat kali”
(Hadis Riwayat Bukhari).

9. Dianjurkan juga membaca ayat kursi, membaca dua ayat terakhir surat Al-Baqarah atau membaca surat Ali ‘Imran ayat 190-200. (Hadis Riwayat Bukhari).

10. Apabila tiba-tiba terbangun di tengah malam, maka dianjurkan meminta kepada Allah SWT kerana saat itu adalah saat yang mustajab, sebagaimana sabda Nabi SAW. “Tidaklah seorang muslim yang tidur dalam keadaan suci dan berdzikir lalu tiba-tiba terbangun di malam hari kemudian mohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat kecuali Allah akan mengabulkannya” (Hadis Riwayat Abu Dawud).

11. "Ketika bermimpi buruk hendaknya berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk dan dari keburukan yang dilihat dalam mimpi. " (Hadis Riwayat Muslim).

12. Ketika bangun tidur hendaknya membaca doa, “Alhamdulillahil ladzi ahyaana ba’da maa amaatanaa wa ilaihin nusyuur (Segala puji bagi Allah yang telah membangkitkan kami dari mati (tidur) dan hanya kepada-Nya semuanya kembali)” (Hadis Riwayat Bukhari).

Demikianlah beberapa adab tidur yang dituntunkan oleh Nabi kita Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk senantiasa mengamalkannya, mengikuti sunnah Nabi-Nya sehingga tidur kita tidak sekedar rutin harian untuk pemenuhan keperluan jasmani, namun juga merupakan kenikmatan yang bernilai ibadah dan membuahkan pahala di sisi Allah. Wallahu a’lam.

Tazkirah & Soal Jawab Agama Siri 20 (Hadis Fadilat Bulan Rejab, Roh Meninggal Dunia Tak Ada Jasad, Musafir Hari Jumaat, Nasihat Jundub Bin Abdullah Dan Hadis-hadis Kisah Seksa Kubur Dan Hari Akhirat)

Soalan no.96

Assalamualaikum ustaz Abu Basyer..boleh tak ustaz mengesahkan kenyataan tentang perkara di bawah sahih atau tidak..banyak tersebar di whassap.

🌝 Rejab jatuh pada 20 April.Barang siapa puasa 1 hari maka seperti laksana puasa 1 tahun

🌝Barang siapa Puasa 7 hari maka ditutup pintu2 Neraka Jahanam

🌝Barang siapa Puasa 8 hari maka dibuka pintu 8 Syurga

🌝Barang siapa Puasa 10 hari akan dikabulkn segala permintaan nya.

🌝Barang siapa mengingatkn kpd org lain tentang ini,Seakan ibadah 80 

- Nurul Asyikin.

Jawapan :

Waalakaumussalam Nurul Asyikin semua fadilat puasa bulan Rejab bermula 1 Rejab sehingga 30 Rejab adalah hadis tak sahih tak boleh di amalkan kerana fadilat tersebut bukan datang daripada Nabi SAW. Semua hadis tentang keutamaan bulan Rejab secara khusus, solat khusus & puasa khusus padanya adalah palsu.

Keterangan ulama-ulama besar ahli hadis:

1. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, “Adapun puasa Rejab secara khusus, maka seluruh hadisnya lemah, bahkan palsu, tidak ada seorang ahli ilmu pun yang berpegang dengannya & tidak termasuk kategori lemah yang boleh diriwayatkan dalam fadhail (keutamaan amal), bahkan seluruhnya hadits palsu yang dusta.” [Majmu’ Al-Fatawa, 25/290]

2. Al-‘Allamah Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata, “Dan semua hadis tentang puasa Rejab & solat pada sebagian malamnya adalah dusta yang diada-adakan.” [Al-Manaarul Muniif, 96]

3. Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Tidak ada satu hadis sahih pun yang berbicara tentang keutamaan bulan Rejab, tidak pula puasanya, tidak pula puasa khusus di hari tertentu dan tidak pula solat malam di malam yang khusus.” [Tabyinul ‘Ujab, 11]. Wallahu a'lam.

Soalan no. 97.

Assalamualikum, Orang yang meninggal dunia tidak dikuburkan bagaimana keadaan roh mereka?

- Dony Outsiders Boembers .

Jawapan : 

Waalaakumussalam Dony Outsiders Boembers Setiap yang bernyawa pasti mati .

Firman Allah SWT :

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬‌ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ

Maksudnya, "Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (Surah Al -Anbiya' ayat 35). 

Walaupun seseorang meninggal dunia di makan binatang buas, tenggelam di lautan di makan ikan jerung, terbakar sehingga menjadi abu, di bom sehingga jasad hancur berkecai rohnya tetap di bawa malaikat maut ke alam barzakh. Kecuali roh yang mati syahid di tempatkan di satu tempat yang istimewa di sisi Allah SWT.

Soalan no. 98.

Assalamualaikum ustaz. Ada waktu tertentu ke seseorang perlu keluar rumah pada hari Jumaat (untuk perjalanan lebih 2 marhalah) yang menggugurkan kewajipan mengerjakan solat Jumaat.

- Siti Eishah Abu Zarim.

Jawapan :

Walakaumussalam Siti Eishah Abu Zarim Perkara penting yang perlu kira fahami disini ialah : Secara keseluruhannya ulama' Maliki, Syafie, Hanbali, Daud dan lain-lainnya TIDAK MEMBENARKAN bermusafir selepas TERGELINCIR matahari (Al-Zauwal) pada hari Jumaat. 

Dengan kata lain, semasa masuk waktu Solat Jumaat, permusafiran diharamkan. Cuma Abu Hanifah dan Al-'Auza'id membenarkan keatas semua solat didalam msuafir. Al-Shawkani berkata : Apabila masuk waktu solat Jumaat, maka tiada kebenaran diberi dan wajib menghadirkan diri pada solat Jumaat melainkan takut kemudharatan keatas dirinya, iaitu akan ditinggalkan oleh yang membawa di dalam permusafiran.

Ibn Qayyim juga berpandangan tidak dibenarkan musafir pada hari Jumaat sebelum menunaikannya jika sudah masuk waktu Jumaat. Berkata Ibn Utsaimin "Tidak boleh musafir pada waktu selepas tergelincir matahari" tambah beliau "Tidak dibenarkan mana-mana perjalanan pada waktu tergelincir matahari (hari Jumaat) keatas mereka yang diwajibkan ke atasnya (Jumaat), atau yang lain-lainnya, dan begitulah selepas tergelincir matahari dan masuk waktu dengan persetujuan semua, dan apabila masuk waktu solat, telah dihadiri Imam untuk bersolat Jumaat, maka pada waktu itu diharamkan bermusafir"

Dalilnya larangan : Firman Allah SWT:-

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" (Surah Al-Juma'ah ayat  9)

Ayat diatas memerintahkan agar jual-beli diberhentikan, begitulah juga aktiviti lain seperti musafir, kerana jual beli akan menghalang seseorang itu daripada melakukan solat Jumaat dan begitu jugalah dengan musafir. Sesungguh tergelincir matahari menjadi sebab kepada wajib Solat Jumaat, maka menjadikan alasan-alasan lain ditangguh. Jika bermusafir sebelum masuk waktu solat Jumaat di haruskan (selepas solat subuh) dengan perjalanan melebihi 2 marhala (89 kilometer) dengan niat yang baik bukan maksiat. 

Berkata Al-Albani : "Bukanlah menjadi sunnah melarang bermusafir pada hari Jumaat secara mutlak, akan tetapi riwayatnya adalah dha'ef, bahkan terdapat riwayat menunjukkan Nabi SAW bermusafir pada hari Jumaat pada awal tengahari".

Al-Albani telah menyenaraikan hadis ini dalam kitab Silsilah Al-Ahaadith Al-Dha'efah. menyatakan terdapat banyak riwayat-riwayat yang lain seperti riwayat Imam Muhammad bin Al-Hasan dan Al-Baihaqi (3/187) dengan sanad yang shahih meriwayatkan hadis tidak dilarang bermusafir pada hari Jumaat; dari Umar ra. berkata : "Hari Jumaat tidak ditegah dari bermusafir", dan begitu juga riwayat Abi Syaibah dan kalangan jemaah Salaf yang lain.

Majlis Fatwa Negeri Selangor : Solat Qasar Dan Jamak Zohor Dengan Asar Pada Hari Jumaat

Tarikh Keputusan: 29 Apr, 1999

Huraian Tajuk/Isu: 

Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai solat Qasar dan Jamak Zohor dengan Asar pada hari Jumaat.

Keputusan:  Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :
Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 memutuskan bahawa perkara ini merupakan hukum yang telah sedia ada'.

Keterangan/Hujah: 

LATAR BELAKANG.

1. Solat Qasar adalah satu keringanan bagi orang yang bermusafir serta memenuhi syarat untuk melakukan solat Qasar. Orang yang bermusafir tidak diwajibkan solat Jumaat berdasarkan Hadis :

Maksudnya : Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir.

Jika orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai (orang yang diwajibkan solat Jumaat), maka dikira sah solat itu dan tidak diharuskan solat fardu zohor kerana mereka menanggung kesulitan sebagaimana juga orang musafir yang melakukan puasa, sedangkan orang yang bermusafir tidak diwajibkan berpuasa tetapi jika dia berpuasa maka puasanya dikira sah. Ini kerana setiap orang yang sah solat zohornya tetapi tidak diwajibkan solat Jumaat. Apabila ia menunaikan solat Jumaat, maka solatnya dikira sah mengikut ijma", sebab sah bagi orang yang tidak uzur, maka tentulah lebih sah bagi orang uzur.

Soalan. no. 99

Assalamualikum boleh tak ustaz terangkan tentang ni :
Nasihat jundub bin Abdullah r. a kepada generasi tabi'in yang mendahulukan belajar AlQuran dengan berkata : Kami belajar iman sebelum belajar AlQuran, kemudian belajar AlQuran sehingga dengannya bertambahlah iman kami.

- Siti Eishah Abu Zarim

Jawapan :

Waalakaumussalam Siti Eishah Abu Zarim : Para sahabat mendapat didikan awal oleh Rasulullah SAW melalui madrasah tarbiah imaniah. Selama hampir 13 tahun baginda SAW mendidik para sahabat di dalam usrah dan manhaj pendidikan iman di Mekkah. Membina hati dan jiwa para sahabat dengan Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah dan yakin sepenuhnya dengan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT. 

Walaupun ayat-ayat al-Quran tak banyak turun di Mekkah tetapi proses dakwah, tarbiah dan tazkiah Nabi SAW berjalan terus untuk menyediakan para sahabat yang benar-benar beriman dan bertakwa dan satu persiapan mantap apabila datang atau turun perintah Allah SWT di dalam al-Quran mereka sudah bersedia untuk melaksanakannya. Setelah iman mantap dan kuat , apabila kita membaca al-Quran maka al-Quran akan hidup dan mampu di hayati di dalam kehidupan seorang individu muslim mukmin. Itulah ciri-ciri manhaj dakwah dan tarbiah Rasulullah SAW keatas generasi al-Quran yang unik.

Pendidikan iman dan asas yang kukuh dapat di jalankan di dalam bentuk usrah yang kecil. Di dalam usrah atau pendidikan yang kecil inilah di bacakan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang menyentuh kehidupan hari akhirat, seksa-seksa yang akan di perolehi jika berdosa dan melakukan maksiat. di alam barzakh atau di neraka. 

Di tanamkan kefahaman tentang ilmu tauhid terutama Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah dan betapa amal manusia tak akan di terima bila berlaku syirik akbar. Huraikan jenis-jenis syirik dan sifat-sifat mazmumah yang perlu di tinggalkan. Dalam usrah juga boleh di bincangkan asas-asas ibadah dan hukum hakam yang bersagkut paut dengan amalan harian yang perlu di ketahui supaya kita tak melakukan dosa tanpa kita sedari. Untuk perbincangan seperti ini boleh menggunakan rujukan seperti buku-buku tulisan ulama Ustaz Fati Yakan, Mustaffa Mashur, Maududi, Said Hawa, Imam Hasan al-Banna dan lain-lain lagi.

Soalan no. 100

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamu'alaikum. Warahmatullahi Wabarakaatuh
Ustaz saya minta pelajaran Hadis- hadis yang mencerita kan 
alam akhirat, atau hadis setelah kematian kita , terima kasih ustaz.

- Tri Kartini.

Jawapan :

Waalakaumussalam warahmatullahi wabarakatuh Tri Kartini : Hadis-hadis Tentang Kematian Dan Seksa Kubur.

1. Mengingati Mati :

Dari Anas : Nabi SAW bersabda maksudnya, , “Janganlah kalian berdoa untuk mati dan janganlah kalian mengharapkannya. Barangsiapa yang harus berdoa (untuk mati), hendaklah dia berdoa, ‘Ya Allah, hidupkanlah aku selama kehidupan lebih baik bagiku dan matikanlah aku selama kematian lebih baik bagiku’.” [Hadis Sahih Riwayat Nasa'i no. 1821]

Dari Abu Hurairah : Nabi SAW bersabda, “Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian.” [Hadis Sahih Riwayat Nasa'i no.1823] 

2. Ketika Roh Seorang Mukmin Keluar :

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi SAW bersabda maksudnya, “Apabila seseorang mukmin telah didekati ajalnya, para malaikat rahmat datang menemuinya dengan membawa sutera putih. 

Mereka berkata, ‘Keluarlah kamu (roh) dengan redha dan diredhai menuju rahmat Allah, bau harum dan Rabb yang tidak murka’. Lalu ia keluar seperti bau misik yang paling harum, hingga sebahagian mereka berebut dengan sebahagian yang lain untuk mendapatkannya hingga mereka membawanya sampai di pintu langit. 

Lalu mereka (penduduk langit) berkata, ‘Alangkah harumnya bau yang kalian bawa ini dari bumi!’ Lalu mereka datang dengannyamenemui roh-roh kaum mukminin. Mereka lebih gembira dengan (kedatangannya) daripada seorang daripada kalian yang didatangi orang yang tidak pernah kelihatan. 

Lalu mereka bertanya kepadanya, ‘Apa yang telah dilakukan oleh oleh si fulan? Apa yang telah dilakukan oleh si fulan?’ Mereka berkata, ‘Biarkanlah dia kerana dahulu dia berada dalam kesusahan dunia.’ 

Jika dia bertanya, ‘Tidakkah ia datang menemui kalian?’ Mereka menjawab, ‘Dia dibawa ke tempat asalnya yang dalam (neraka Hawiyah)’. 

Dan, sungguh seorang yang kafir jika telah didekati ajalnya, para malaikat azab datang dengan membawa kain kasar. Mereka berkata, ‘Keluarlah kamu dengan murka dan dimurkai menuju siksa Allah-Azza wa Jalla-‘. Lalu ia keluar seperti bau bangkai yang paling busuk, hingga mereka membawanya sampai di pintu bumi. Lalu mereka berkata, ‘Alangkah busuknya bau ini!’ Hingga mereka membawanya menemui roh orang-orang kafir.” [Hadis Sahih Riwayat Nasa'i no.1832] 

3. Larangan Mencaci Orang yang Telah Meninggal Dunia . 

Dari Aisyah : Nabi SAW bersabda, “Janganlah kalian mencaci orang-orang yang telah meninggal dunia, kerana mereka telah sampai kepada apa yang telah mereka lakukan (pembalasan amal).” [Hadis Sahih Riwayat Nasa'i no.1935] 

Dari Anas bin Malik : Nabi SAW bersabda, “Tiga perkara yang akan menyertai mayit; Keluarga,Harta dan Amal Perbuatannya, lalu yang dua kembali iaitu keluarga dan hartanya dan satu yang tetap bersamanya, iaitu; Amal Perbuatannya.” [Hadis Sahih Riwayat Nasa'i no.1936] 

4. Pertanyaan Dalam Kubur 

Dari Anas bin Malik : Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya seorang hamba jika telah diletakkan di dalam kuburannya dan para sahabat telah berpaling, ia benar-benar mendengar bunyi terompah mereka.” 

Nabi SAW bersabda lagi, “Lalu dua malaikat mendatanginya, keduanya (malaikat) mendudukkan orang tersebut lalu bertanya kepadanya, ‘Apa yang kamu katakana pada orang ini (yakni Nabi SAW)? Adapun orang mukmin, maka ia menjawab, ‘Aku bersaksi bahawa ia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya’, lalu dikatakan kepada orang tersebut, ‘Lihatlah tempat tinggal mu di neraka, sungguh Allah telah menggantikannya dengan tempat tinggal di syurga’.” Nabi SAW bersabda, “Maka ia melihat kedua-duanya.” [Hadis Sahih Riwayat Nasa'i no.2049] 

Penambahan : (Nabi SAW bersabda, “Adapun orang kafir dan munafik, maka dikatakan kepadanya, ‘Apa yang kamu katakan tentang orang ini?’ Maka ia akan menjawab, ‘Aku tidak tahu. Dahulu aku mengatakan sebagaimana yang dikatakan oleh banyak orang’. Lalu dikatakan kepadanya, ‘Engkau tidak tahu dan engkau tidak membaca’. Kemudian ia dipukul dengan sekali pukulan di bahagian antara kedua telinganya, lalu ia menjerit dengan jeritan yang dapat didengar oleh makhluk lain selain jin dan manusia.”) [Hadis Muttafaq alaih juga Hadis Sahih Riwayat Nasa’i no. 2050] dengan rujukan hadis di atas] 

5. Seksa Kubur .

Dari Ibnu Umar : Nabi SAW bersabda, “Inilah orang yang kerananya Arsy bergerak, pintu-pintu langit dibuka dan tujuh puluh ribu malaikat menyaksikannya. Sungguh ia telah di himpit dengan sekali himpitan kemudian dilepaskan.” [Hadis Sahih Riwayat Nasa'i no. 2054]

Setiap orang yang berdosa seperti orang kafir, munafik, fasik (melakukan dosa-dosa besar) belum sempat bertaubat akan di seksa di alam barzakh . Orang mukmin yang beriman dan bertakwa , beramal soleh, solat, puasa, berzakat, menutup aurat dan sempat bertaubat kepada Allah SWT dan minta maaf kepada manusia lain yang di lakukan dosa dan sempat selesaikan hutang dan kesalahannya di dunia maka akan menduduki di alam barzakh seperti taman-taman syurga dia akan terselamat daripada azab kubur.

Dari Al Barra’ : ‘Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat’ (Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim [14] ayat  27 maksudnya, "Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh [dalam kehidupan] di dunia dan akhirat,dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki) Dia berkata, ‘Ayat ini turun menerangkan tentang seksa kubur’. [Hadis Sahih Riwayat Nasa'i no.  2055]

Hari Akhirat :

Rasulullah SAW. bersabda, “Semua bagian tubuh manusia akan hancur kecuali satu tulang, iaitu ujung ekornya (ajab al-dzanb). Dari tulang inilah dibangunkan kembali penciptaannya pada hari kiamat.” (Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.) 

Dalam riwayat Abu Ya’la dan Al-Hakim dari Abu Said Al-Khudri, para sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah rupa ujung ekor itu?” Baginda menjawab, “Seperti biji sawi (habbat khardal).” Maknanya tulang itu sangat kecil sehingga hampir tak terlihat oleh mata biasa.

Beberapa hadis menjelaskan bahawa proses pengembalian makhluk dimulai dengan hujan yang sangat lebat menyirami bumi selama beberapa hari. Air itu menumbuhkan tulang bakal makhluk yang terpendam di bawah tanah ini tumbuh dan berkembang. Rasulullah SAW. bersabda, “Mereka kemudian tumbuh bagaikan sayuran di musim hujan.” (Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Apabila hari kebangkitan yang ditentukan telah tiba, Israfil meniup sangkakalanya (sur) yang mengembalikan setiap roh ke jasad. Manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain mulai tersedar dari tidur yang panjang. Mereka berkata, “Duhai celakalah kami. Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?” seperti yang diceritakan dalam surah Yasin ayat 52.bermkasud, "Mereka berkata, " Celakalah kami,! Siapakah yang membangkitkan kami dari tidur kami (kubur)? Inilah yang di janjikan (Allah) Yang Maha Pengasih dan benarlah rasul-rasul (Nya)."

Rasulullah SAW. bersabda, “Semua manusia akan dibangkitkan dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian dan belum dikhitankan sebagaimana keadaan mereka ketika pertama kali diciptakan.” Rasulullah lalu membaca: Sebagaimana kami menciptakan (manusia) pertama kali, maka kami akan mengembalikannya. Itu merupakan janji yang akan kami laksanakan.” (Surah Al-Anbiya ayat 104).

1. Padang Mahsyar

Tidak lama kemudian, semua makhluk bergerak dalam rombongan besar yang terdiri dari jutaan manusia menuju ke satu arah. “Hati manusia pada waktu itu sangat takut, pandangannya tertunduk.” (Surah Al-Nazi’at ayat 8-9).

Sebahagian mereka berjalan dengan kakinya, sebahagian yang lain merangkak dengan tangannya, bahkan ada juga yang berjalan “dengan wajahnya”. Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Bagaimana seorang kafir berjalan dengan wajahnya?” Baginda menjawab, “Bukankah (Allah) yang membuatnya dapat berjalan dengan kaki, maka Dia juga mampu membuatnya berjalan dengan wajah?” (Hadis Sahih Riwayat Muslim.)

Mereka kemudian berkumpul di Mahsyar; sebuah padang luas yang tanahnya putih bak pasir di pinggir pantai, datar tanpa bukit dan lubang. Tak ada bangunan ataupun bendera yang menunjukkan pemilikan. Al-Ghazali berkata, “Janganlah engkau mengira bahawa tanah itu seperti tanah di dunia ini. Tidak ada kesamaan antara keduanya melainkan namanya sahaja.”

Ibn Mas’ud berkata, “Tanah pada hari itu semuanya (dipenuhi) api, dan syurga di seberangnya telah terlihat bersama para bidadari dan cawan-cawan minumannya.” (Diriwayatkan oleh Imam Waki’ dalam kitab “Al-Zuhd”.)

2. Keringat (Peluh).

Bayangkan jutaan manusia sejak zaman Nabi Adam a.s hingga generasi terakhir berkumpul dan bersesak-sesakan. Di bawah sinar matahari yang sangat panas, tanah yang membara, ditambah lagi suasana hati yang dipenuhi ketakutan, pada saat itu tubuh manusia basah dengan keringat. Dalam hadis Muslim dari Al-Miqdad bin Al-Aswad, Nabi SAW. bersabda, “Pada hari kiamat matahari didekatkan kepada manusia sejarak satu batu. Maka semua manusia tenggelam di dalam keringatnya sesuai dengan amal perbuatannya (di dunia). Sebahagian mereka tenggelam hingga ke mata kaki, sebahagian yang lain hingga ke pinggangnya dan sebahagian yang lain hingga ke mulutnya.”

Imam Ibn Abi Jamrah dalam Syarh Sahih Al-Bukhari berkata, “Manusia yang paling terseksa dengan keringatnya ini adalah orang-orang kafir, kemudian (Muslim) pelaku dosa-dosa besar, dan seterusnya.”

Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihyak Ulumiddin , “Ketahuilah setiap titis keringat yang tidak pernah dikeluarkan dalam bekerja di jalan Allah, dalam haji, jihad, puasa, tahajud, membantu Muslim atau beramar makruf nahi munkar, maka keringat itu akan dikeluarkan oleh rasa malu dan takut pada hari kiamat nanti.”

3. Balasan Amal sebelum Hisab.

Singkat kata, setiap orang pada hari kebangkitan ini merasa sangat terseksa jauh sebelum mereka dihisab. Setiap orang merasakan sangat haus, lapar, penat, takut, sedih, bimbang stres dan berbagai kesusahan zahir dan batin serta lain-lain yang belum dapat kita bayangkan pada saat ini. Mereka terus dalam keadaan itu bertahun-tahun lamanya hingga Allah berkenan memulakan proses hisab dan penghitungan amal. Al-Ghazali berkata, “Fikirkanlah suasana panjang dan beratnya penungguan hari itu agar dengan itu terasa ringan bagimu dalam bersabar meninggalkan maksiat sepanjang hidupmu yang singkat ini.”

Pada hari itu, sekecil apa pun amal kebaikan yang pernah dilakukan seseorang di dunia sangat berharga untuk melepaskan sebahagian dari seksaan yang dideritanya ini. Rasulullah SAW. bersabda, “Barang siapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesusahan, maka Allah akan melepaskan darinya satu daripada kesusahan yang terdapat pada hari kiamat.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW. bersabda, “Barang siapa yang menginginkan agar Allah menyelamatkannya daripada kesusahan (yang dialami) pada hari Kiamat, maka bantulah orang yang dalam kesusahan, atau kurangilah kesusahannya.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim).

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi SAW. bersabda, “Seseorang akan berteduh di bawah naungan sedekahnya hingga waktu pengadilan (hisab) tiba.” Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di “Musnad”-nya.

Al-Hafiz Ibn Abi Al-Dunya meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud, “Semua manusia dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, sangat lapar, sangat haus dan sangat penat. Barang siapa yang pernah memberikan pakaian kerana Allah, maka Allah akan memberinya pakaian. Barang siapa yang pernah memberi makan kerana Allah, maka Allah akan memberinya makanan. Barang siapa yang pernah memberi minum kerana Allah, maka Allah akan memberinya minuman. Dan barang siapa yang pernah memaafkan kerana Allah, maka Allah akan memaafkannya.”

Ulama tabiin kenamaan di kota Mekah, Sufyan bin ‘Uyainah, berkata, “Tidak ada nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya melebihi kebesaran kalimat tauhid: La ilaha illallah. Sebab kalimat ini di akhirat ibarat air sejuk di dunia.” Diceritakan oleh Imam Al-Hafiz Jamaluddin Al-Mizzi dalam Tahdzib Al-Kamal fi Asma Al-Rijal.

4. Di bawah Naungan Allah SWT

Sementara itu, apabila kebanyakan manusia dalam kesusahan, terdapat orang-orang tertentu yang seolah-olah tidak mengalami sebarang seksaan apa pun. Mereka adalah orang-orang yang di dunia telah mengalami kesusahan sekejap demi menjaga agama dan prinsipnya, ketika kebanyakan manusia pada saat itu menikmati keseronokan hawa nafsunya.

Rasulullah SAW bercerita tentang mereka, “Tujuh golongan yang berada di bawah naungan Allah ketika tidak ada naungan selain naungan-Nya; pemimpin yang adil, pemuda yang tubuhnya sentiasa menyembah Allah, seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid jika ia keluar hingga kembali semula, dua orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka berjumpa dan berpisah kerana-Nya, seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sendirian hingga meneteskan air mata, seorang laki-laki yang dirayu oleh wanita cantik dan terhormat namun menolaknya dengan berkata: 'aku takut kepada Allah', dan seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya.” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis sahih yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim ini mengandung keutamaan luar biasa untuk orang-orang yang memiliki salah satu, apalagi lebih, dari tujuh sifat ini. Iaitu adil, menjaga kebersihan diri sejak muda, sangat mencintai masjid, cinta kerana Allah, mengingat Allah dalam keadaan sendirian, menjaga diri daripada zina, dan bersedekah tanpa mengharap sembarang pujian ataupun balasan.

Imam ahli hadis terbesar di Andalusia Al-Hafiz Ibn Abdil Bar dalam dua kitabnya Al-Tamhid dan Al-Istizkar mentakwil kalimat “naungan Allah” yang disebutkan dalam hadis ini dengan “rahmat Allah.” Sebab mustahil Allah SWT. memiliki bayangan hingga manusia dapat berteduh di bawahnya.

Ahli hadis yang dikenal dengan gelaran Hafiz Al-Maghrib ini selanjutnya berkata, “Barang siapa yang berada di bawah naungan Allah, maka ia selamat dari kengerian hari kebangkitan dan segala sesuatu yang tengah menimpa manusia lain pada saat itu seperti rasa khuatir, stres dan (seksaan) keringat.”

5. Wasilah: Syafaat Terbesar

Setelah sekian lama berdiri di Padang Mahsyar yang penuh derita itu, semua manusia sudah tidak mampu lagi menunggu. Mereka segera mendatangi nabi-nabi kekasih Allah SWT agar mereka diperkenankan permintaan bagi Allah SWT memulai hisab. Namun semua nabi-nabi, mulai dari Nabi Adam a.s hingga Nabi Isa a.s, tidak ada yang berani mengabulkan permintaan itu. Mereka semua terlalu sibuk memikirkan kesalahan yang pernah mereka lakukan sehingga malu untuk meminta kepada Allah SWT pada hari yang sangat menakutkan itu.

Para nabi dan rasul kemudian mengarahkan semua manusia supaya menemui kekasih Allah SWT, pemilik wasilah dan syafaat terbesar, Baginda Muhammad SAW. Semua manusia kemudian melaksanakan anjuran tersebut. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Baginda segera berjalan ke arah Arasy lalu bersujud dan memuji Allah SWT. dengan puja-pujian yang belum pernah baginda ucapkan sebelumnya. Allah SWT. lalu berfirman, “Wahai Muhammad, angkat kepalamu. Mintalah, Aku akan mengabulkan.” Rasulullah SAW. segera meminta untuk dimulai hisab.

Allah segera menurunkan perintahnya kepada semua malaikat, maka hisab yang sangat menentukan itu segera dimulakan.






Wednesday, April 8, 2015

Tazkirah & Soal Jawab Agama Siri 19 (Hukum MLM, Semasa Azan Tak Di Larang Berdiri, Perbezaan Di antara Syiah dan Sunni, Wanita Tak Bertemu Jodoh, Dan Kepercayaan Orang Tua)

Soalan no. 91

Assalamualikum ustaz,,bagaimana hukumnya dengan bisnis MLM (produk kecantikan) dengan merekrut orang lain yang sekarang sedang marak banyak sekali diikuti oleh ibu-ibu dengan adanya sistem tutup point untuk menaiki tangga kesuksesan?

- Al Bilqi.

Jawapan :

Waalakaumussalam Al Bilqi ulama Islam masa kini telah membuat analisa dan kajian mendalam terhadap sistem Multy Level Marketing (MLM) , hasil kajian terdapat unsur-unsur judi, riba, gharar dan penindasan. Jika syarikat MLM tersebut tidak ada jawatankuasa syariah maka perniagaan tersebut termasuk di dalam katageri haram atau syubhat. Oleh itu sebaik-baiknya tinggalkanlah perniagaan tersebut dan carilah perniagaan yang halal dan tidak ada keraguan.

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ? 

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). 

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. 

Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

3. Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang di sebutkan di atas, malah di sarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, di sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Syariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Syariah, ia tiadalah halal di sisi Syariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Syariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Di akhir ulasan tulisan Ustaz Zaharuddin berkata : "Saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Syariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Syariah tentang MLM ini. 

Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam."

Soalan no. 92.

Assalamualikum sahabat...mohon sesiapa yang tahu adakah benar hadis ni semasa azan kalau kita tak bangun kecuali sakit menyebabkan jenazah kita berat dan tak boleh sebut kalimah tauhid

-Nazri Ibrahim

Jawapan : 

Waalakaumussalam Nazri Ibrahim hadis ayng menyatakan jika dengar azan kita tak bangun kecuali sakit menyebabkan jenazah kita berat dan tak boleh sebut kalimah tauhid adalah hadis tak sahih (samaada dhaif atau palsu) tak boleh di sebarkan.Orang yang mengatakan tidak boleh bercakap-cakap ketika azan mungkin menggunakan hadis:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allahakan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”

Berkenaan Hadis di atas ianya adalah TIDAK SAHIH (samada DHAIF atau PALSU), ini kerana bukan sahaja ianya tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab-kitab matan hadis dan takhrij, malah hadis ini bertentangan dengan dalil-dalil Sahih yang menyebut bahawa Baginda SAW dan para Sahabat pernah bercakap-cakap ketika azan.

Imam Bukhari yang merupakan pakar dan imam mujtahid hadis yang juga merupakan seorang yang faqih dan mujtahid dalam bidang fiqh ada meletakkan bab ‘’Berkata-kata ketika (dalam) Azan’’ dalam kitab Sahihnya. Contohnya:

“Sulaiman bin Shurad berbincang-bincang (berkata-kata) sewaku ia mengumandangkan azan” (Sahih Bukhari)

Dalam riwayat lain,

“Mereka dahulu berbincang-bincang pada hari Jum’at dan Umar duduk di atas mimbar. Jika muadzin selesai adzan, maka Umar bangun dan tak seorangpun berbicara”. [HR Asy Syafi’i dalam Al Um, dan dishahihkan An Nawawi, sebagaimana dijelaskan Albani dalam Tamamul Minnah, hlm. 339]

Hukum bercakap-cakap/berbual-bual ketika azan

Para fuqaha’ berselisih pendapat:
1) Dibolehkan dan Tiada Masalah: Yang berpendapat bahawa ianya dibolehkan (tiada masalah) adalah al-Hasan , al-Awzaie, al-Bukhari dan lain-lain.

2) Makruh tetapi dibolehkan jika untuk maslahah: Yang berpendapat bahawa ianya makruh adalah Ibn Sirin, al-Sya’bi, Abu Hanifah, Malik, al-Thauri, Syafie. Namun demikian sebahagian mereka mengecualikan dan berpendapat jika percakapan itu untuk maslahah maka ianya tidak makruh (iaitu seperti menjawab salam, menjawab bersin, menyuruh kebaikan dan mencegah mungkar dan sebagainya) sebagaimana kata Ishaq ‘’sekiranya untuk maslahah seperti menjawab salam dan menyuruh kepada kebaikan maka ianya tidak makruh…”. 

3) Makruh ketika Iqamah dan tidak makruh ketika Azan: Dan ada juga fuqaha’ yang berpendapat makruh bercakap-cakap ketika iqamah tetapi tidak makruh (dibolehkan berkata-kata) ketika azan, dan pendapat ini masyhur pada Imam Ahmad. (lebih lanjut - rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari oleh Ibn Rajab al-Hanbali, jilid 4, m/s 224, bab ‘’berkata-kata ketika azan’’)

Pendapat yang terpilih adalah pendapat yang pertama iaitu dibolehkan berkata-kata ketika azan selama mana menjaga adab-adab ketika mendengar azan, kerana tiada dalil yang jelas dan kuat menyatakan ianya tertegah.

Kita dapat lihat di sini, tiada para fuqaha’ mengatakan yang haram berbual-bual ketika azan dikumandangkan.

Hukum menjawab azan

Imam as-Son'ani dalam Subulas Salam menyebut:

"Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan…. Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw suatu ketika baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith Riwayat Imam Muslim, Kitab Solat, hadis no. 575). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada sunat atau istihab..." (rujuk Subulas Salam, as-Son’ani, bab ‘’apa yang dikata pabila mendengar azan’’, jilid 1, m/s 428)

Soalan no. 93 

Assalamulaikum, terima kasih ustaz kerana menerima saya sebagai ahli dalam group ini. Saya hendak minta pencerahan dari ustaz tentang dua perkara:

1. Iktikad dan amalan Sunni dan Syiah

2. Adakah betul pendapat yang menggatakan bahwa perbedaan antara sunni dan syiah hanya digembar-gemburkan oleh musuh Islam untuk tujuan memecah umat Islam itu sendiri.

Jawapan :

Waalakaumussalam Mohd Salim : Jelas terdapat perbezaan yang besar seperti langit dengan bumi perbandingan akidah Ahlis Sunah Waj Jamaah dengan akidah Syiah. 

Ahli Sunah Waljamaah atau Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah ( أهل السنة والجماعة) atau lebih sering disingkat Ahli Sunah atau Ahlu al-Sunnah (أهل السنة) atau Sunni. Ahli Sunah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabiin, dan tabiut tabiin. 

Perlu dijelaskan di sini bahawa Ahli Sunah Waljamaah berbeza dengan Syiah darisegi akidah, ibadah, feqah, hukum hakam dan perjuangan . Syiah terkeluar daripada Islam termasuk bermacam-macam ajaran sesat yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ahli Sunah ialah orang-orang yang mengikuti sunah dan berpegang teguh dengannya dalam semua perkara yang di atasnya Rasulullah berada dan juga para sahabatnya. Oleh sebab itu, Ahli Sunah yang sebenarnya ialah para sahabat Rasulullah Sallallahualaihiwasallam dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga ke hari kiamat.

Sejarah pemikiran dalam dunia Islam wujud pelbagai fahaman dan idealogi. Oleh kerana sebahagian umat Islam tidak mendalami ilmu akidah Islam berdasarkan sistem Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyah) maka benteng tidak dapat dikukuhkan daripada menghalang fahaman songsang menyirap masuk dalam umum masyarakat Islam.
Tidak cukup umat Islam mengahadapi dengan masaalah fahaman lain yang dinilai secara kajian ia menganggu-gugat perpaduan umat Islam di Malaysia wujud satu lagi fahaman yang sesat juga menganggu kekuatan umat Islam iaitu fahaman Syiah . 

Fahaman Syiah ini  nampak bahayanya dan ia mampu merosakkan segala kesatuan umat Islam. Umat Islam perlu menguatkan diri dengan ilmu akidah sebenar dan menjauhi segala unsur Syiah dan ajaran-ajaran sesat yang lain dan idelogi sesat seperti fahama sosialis, kapitalis, nationalis, liberal, pluralisme, anti-hadis dan sebagainya. Maka kita wajib mengenal akida, konsep tauhid yang sebenarnya dan memahami serta mengikut fahaman sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk terselamat di dunia dan akhirat.

Terdapat 17 doktrin ajaran Syiah sesat dan menyesatkan : 

Terdapat 17 doktrin atau ajaran Syi’ah yang tersembunyi dari kaum muslimin terutama dari golongan ahli sunni (Ahli Sunnah Wal Jammah) sebagai bahagian dari pengamalan doktrin taqiyah(menyembunyikan Syi’ahnya). 

Ketujuh belas doktrin rahsia ini terdapat dalam kitab-kitab suci Syi’ah seperti kitab Usuhulu Kaafi dan Rijalul Kashi. Ajaran ini juga bertangung-jawab dalam mengubah keaslian dan kesucian Qalamuallah Al Quran ul karim. 

Berikut adalah antara doktrin-doktrin yang sesat lagi menyesatkan :

1. Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syi’ah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendaki(Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).

Jelas Doktrin semacam ini bertentangan dengan firman Allah SWT QS: Al-A’raf (7) ayat 128,“Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikaruniakan kepada siapa yang Dia kehendaki”. 

Kepercayaan Syi’ah diatas menunjukkan penyetaraan kekuasaan para imam Syi’ah dengan Allah dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.

2. Ali bin Abi Thalib yang diklaim sebagai imam Syi’ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang dhahir dan yang bathin sebagaimana termaktub dalam surat Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).

Doktrin semacam ini jelas merupakan kekafiran Syi’ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Thalib. Dengan doktrin semacam ini Syi’ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syi’ah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.

3. Para imam Syi’ah merupakan wajah Allah, mata Allah dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah (Ushulul Kaafi, hal. 83).

4. Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib oleh Syi’ah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan surga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperoleh oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara rinci yang pernah terjadi dahulu maupun yang ghaib (Ushulul Kaafi, hal. 84).

5. Keinginan para imam Syi’ah adalah keinginan Allah juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).

6. Para imam Syi’ah mengetahui kapan datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya kerana bila imam tidak mengetahui hal-hal semacam itu maka ia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).

7. Para imam Syi’ah mengetahui apapun yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).

8. Allah itu bersifat bada’ yaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi’ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi (Ushulul Kaafi, hal. 40). Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadits Syi’ah), Bahawa Allah tidak mengetahui bahawa Husein bin Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan kondisi yang ada. Akan tetapi imam Syi’ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syi’ah Allah bersifat bada’ (Ushulul Kaafi, hal. 232).

9. Para imam Syi’ah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penerjemah ilmu Allah. Para imam Syi’ah bersifat Ma’sum (Bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat Dosa). Allah menyuruh manusia untuk mentaati imam Syi’ah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (Argumentasi Kebenaran) Allah atas langit dan bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).

10. Para imam Syi’ah sama dengan Rasulullah Saw (Ibid).

11. Yang dimaksud para imam Syi’ah adalah Ali bin Abi Thalib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)

12. Al-Qur’an yang ada sekarang telah berubah, dikurangi dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur’an yang dikurangi dari aslinya yaitu ayat Al-Qur’an An-Nisa’: 47, menurut versi Syi’ah berbunyi: “Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie ‘Aliyyin nuuran mubiinan”. (Fashlul Khitab, hal. 180).

13. Menurut Syi’ah, Al-Qur’an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad ada 17 ribu ayat, namun yang tersisa sekarang hanya 6660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).

14. Menyatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafshah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling buruk di muka bumi, mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Siapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya dan imam-imam Syi’ah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).

15. Menghalalkan nikah Mut’ah, bahkan menurut doktrin Syi’ah orang yang melakukan kahwin mut’ah 4 kali darajatnya lebih tinggi dari Nabi Muhammad Saw. (Tafsir Minhajush Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).

16. Menghalalkan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja’far berkata kepada temannya: “Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku.” (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja’far Muhammad Hasan At-Thusi).

17. Rasulullah dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada didekat kuburan Rasulullah. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).

Kesemua 17 doktrin Syi’ah di atas, apakah boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah SAW. dan dipegang teguh oleh para Sahabat serta kaum Muslimin yang hidup sejak zaman Tabi’in hingga sekarang? 

Adakah orang masih percaya bahwa Syi’ah itu bagian dari umat Islam? 

Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, barangsiapa yang tidak MENGKAFIRKAN aqidah Syi’ah ini, maka dia termasuk Kafir.

Semua kitab tersebut diatas adalah kitab-kitab induk atau rujukan pokok kaum Syi’ah yang posisinya seperti halnya kitab-kitab hadits Imam Bukhari, Muslim, Ahmad bin Hambal, Nasa’i, Tirmidzi, Abu Daud, dan Ibnu Majah bagi kaum Muslimin. 

Oleh itu dakwaan Syi’ah bahawa perbezaan dengan ahli sunah wal jammah adalah masaalah kecil adalah dakwaan dusta belaka. Jelas aqidah Syiah telah terkeluar daripada aqidah Islam yang sebenarnya yang terdapat dalam al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Perbezaan di antara Sunni dan Syiah adalah perbezaan besar yang melibatkan kerosakkan akidah, syariat, hukum hakam dan sisterm munakahad dan muamalat. Syiah menganggap semua para imam mereka maksum (tak buat dosa) dan Syiah menghalalkan nikah mut'ah sedangkan dalam fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah maka nikah mut'ah sudah di mansuhkan. (siapa yang buat nikah mut'ah adalah mereka berzina). Syiah mengkafirkan para sahabat termasuk Saidina Abu Bakar, Umar dan Usman. Dan Syiah mencipta ratusan ribu hadis palsu yang terdapat di dalam seluruh dunia. Jika kita lihat 17 doktrin yang ada di dalam kefahaman ajaran Syiah jelas sesat dan menyesatkan.

Soalan no. 94

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Mohon pencerahan.

- Mohd Zuki Seman 



Jawapan : 

Waalakaumussalam warah matullahi wabarakatuh : Ganjaran bagi lelaki beriman dan wanita beriman

Maha Besar Allah yang Maha Adil, telah menjelaskan dalam mukjizat yang dianugerahkan kepada kekasihnya. Muhammad SAW ganjaran kepada lelaki dan wanita beriman.

Maksud Firman Yang Maha Pemurah, Penyayang dan Adil:

“Allah menjanjikan kepada oang-orang mukmin laki-laki dan perempuan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan tempat yang baik di syurga ‘Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung.” (Surah At Taubah ayat 72)

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah Al Ahzab ayat 35)

Tidak ada ganjaran yang dilebihkan kepada lelaki beriman berbanding wanita beriman. Ampunan dan pahala yang besar adalah jelas diperuntukkan kepada kedua-dua pihak lelaki dan wanita yang beriman, yang tetap dalam ketaatan, yang sabar, yang khusyu’, yang bersedekah, yang memelihara kehormatan dan yang banyak menyebut nama Allah.

Ganjaran syurga ’Adn, ampunan dan pahala ini adalah keputusan muktamad yang telah ditentukan Yang Empunya hak mutlak ke atas syurga ‘Adn, keampunan dan pahala itu sendiri. Hak dan keputusan ini tidak mampu dipersoalkan oleh mana-mana pihak pun kerana ianya adalah milik Allah semata-mata. Tidak ada kuasa lain yang mempunyai sedikit hak pun untuk mempertikaikannya.

Inilah hak seorang insan di sisi Allah. Beginilah Allah telah menentukan hak seorang wanita beriman,tidak kira ia seorang wanita yang telah berkahwin maupun wanita yang tidak berkahwin atau bujang.

Khusus buat wanita bujang – berita gembira yang dikhabarkan kekasih Yang Maha Pengasih

Firman Allah dalam kitab terakhir, Al Quran, melalui Rasul terakhir, yang tidak akan berubah selama-lamanya telah menyatakan sejelas-jelasnya kedudukan dan ganjaran kepada setiap lelaki dan wanita beriman, sama ada berpasangan maupun bujang. Walaupun begitu khusus bagi wanita bujang, umat Islam telah dipesan dan diingatkan oleh junjungan besar SAW. melalui hadis Al Bukhari ini.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW., sabdanya bermaksud: “Orang yang berusaha membantu wanita yang tidak bersuami dan orang miskin, adalah seperti orang yang berjuang di jalan Allah.” Abdullah bin Maslamah al Qa’nabi berkata: “Saya rasa Malik berkata: “...seperti orang yang mendirikan sembahyang malam tanpa rasa lemah, dan orang yang berpuasa tanpa berbuka.” (Hadis diriwayatkan oleh Al Bukhari)

Seorang yang berjuang di jalan Allah adalah pejuang Allah. Orang yang membantu wanita yang tidak bersuami adalah seperti orang yang berjuang di jalan Allah. Perumpamaan yang diriwayatkan daripada Imam Malik pula meletakkan orang yang membantu wanita tidak bersuami ini seperti orang yang mendirikan solat malam tanpa rasa lemah dan yang berpuasa tanpa berbuka.

Inilah berita gembira kepada wanita yang tidak bersuami yang telah dikhabarkan oleh kekasih Allah, junjungan besar Muhammad s.a.w. Inilah pesanan yang telah ditinggalkan baginda kepada umat Islam supaya sentiasa menjaga kebajikan wanita yang tidak bersuami. Pesanan ini juga jelas menunjukkan wanita tidak bersuami adalah golongan yang mendapat keprihatinan khusus daripada manusia paling utama kedudukannya di sisi Allah SWT.

Motivasi yang telah diberikan kepada masyarakat Islam supaya sentiasa prihatin dan memberi bantuan terhadap wanita bujang ini adalah hadiah besar buat wanita bujang yang telah dimaktubkan dalam Islam.

Wanita bujang terbaik dalam sejarah

Satu contoh wanita bujang terbaik dalam sejarah dunia adalah Maryam binti Imran. Beliau telah sentiasa menjaga kesucian dirinya, sentiasa taat mengerjakan ibadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah. Apabila beliau ditakdirkan hamil tanpa suami, beliau ditohmah dengan berbagai fitnah. Dugaan seberat ini juga tidak menjadikan beliau hilang kesabaran menghadapi ujian. Beliau menerima dugaan ini dengan tetap menyerahkan dirinya kepada Allah dan yakin akan ketentuan Penciptanya. Keyakinan dan kekentalan iman beliau terhadap janji Allah melebihi kekerasan berlian yang tidak tercalar oleh semua jenis batu di dunia ini. Dugaan semasa hamil, melahirkan dan membesarkan Isa a.s bukanlah mudah, tetapi dijalani dengan iman yang tetap teguh kepada Allah. Inilah contoh wanita bujang yang telah dinobatkan sebagai salah seorang wanita yang istimewa di sisi Allah.

Wanita bujang ingin terus bujang

Mungkin ada dari golongan wanita yang tidak ingin berkahwin kerana menyaksikan kegagalan perkahwinan orang lain. Walaupun begitu pensyariatan perkahwinan dalam Islam telah jelas

Maksud Al Quran: Surah An Nur ayat 32

‘Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan’’

Maksud Hadis Rasulullah SAW " Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Hadis Riwayat Ibnu Majah )

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

Hukum berkahwin juga telah ditetapkan dalam Islam berdasarkan nas-nas yang sahih. Dalam situasi tertentu hukumnya menjadi wajib dan dalam situasi tertentu pula hukumnya boleh menjadi haram. Oleh itu untuk kekal bujang atau menamatkan gelaran bujang perlulah berdasarkan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam kerana Islam itu terlalu syumul. Tidak ada urusan hidup manusia ini yang tertinggal atau terlepas daripada hukum Islam.

Wanita yang belum berkahwin belum tentu masuk syurga jika dia tidak beramal soleh , tidak menjaga kehormatan diri atau pun tidak menutup aurat. Masih belum di temui hadis sahih yang mengatakan Nabi SAW akan tunggu di pintu syurga untuk wanita tak berkahwin dan suami isteri yang tidak ada anak. Yang pasti wanita ahli syurga adalah wanita solehah dan dia akan di pertemukan dengan lelaki ahli syurga lain . Suami isteri yang tak ada anak jika mereka bersabar akan mendapat ganjaran yang besar ianya belum pasti menjamin masuk syurga jika mereka tak beramal soleh ketika di dunia.

Soalan no. 95

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Mohon pencerahan. Bolehkah kita mempercayai sifat sifat orang bergantung kepada bulan kelahiran dan juga kedudukan di dalam keluarga, seperti anak sulong dan sebagainya.

- Mohd Zuki Seman.




Jawapan : 

Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman : Keperibadian seseorang tidak boleh bergantung kepada tarikh lahir, lahir bulan apa (Jan, Feb , Mac dll), anak sulung atau bongsu atau di lahirkan siang atau malam. Setiap anak Adam mempunyai kecerdikan dan kepandaian yang berbeza bergantung kepada didikan dan genatik seseorang. Kepercayaan tersebut termasuk di dalam kurafat yang di tegah oleh Islam untuk mempercayainya. Nabi SAW bersabda maksudnya, " Seorang bayi tak dilahirkan (ke dunia ini) melainkan ia berada dalam kesucian (fitrah). Kemudian kedua orang tuanyalah yg akan membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani, ataupun Majusi -sebagaimana haiwan yg dilahirkan dalam keadaan selamat tanpa cacat. Maka, apakah kalian merasakan adanya cacat? 

' Lalu Abu Hurairah berkata; 'Apabila kalian mahu, maka bacalah firman Allah yang berbunyi: '…tetaplah atas fitrah Allah yg telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah.' (Surah Ar Ruum (30): ayat 30). Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Alaa Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, & telah menceritakan kepada kami 'Abd bin Humaid; telah mengabarkan kepada kami 'Abdurrazzaq keduanya dari Ma'mar dari Az Zuhri dgn sanad ini & dia berkata; 'Sebagaimana haiwan ternak melahirkan anaknya. -tanpa menyebutkan cacat.- [HR. Muslim No.4803].

Di dalam kepercayaan masyarakat melayu terdapat beberapa kepercayaan dan amalan yang dipegang turun temurun yang mana kepercayaan tersebut boleh menjejaskan akidah kita kerana pergantungan kepada kejadian tersebut. Oleh itu perlulah kita jauhi perkara syirik, kurafat dan kepercayaan yang tidak ada sandaran yang sahih :

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mempercayai bulan safar membawa sial dan bala bencana.

2. Mempercayai burung hantu berbunyi diwaktu malam akan ada orang nak mati atau ada bala bencana.

3. Percaya bahawa apabila hujan panas ada orang nak mati.

4. Percaya kalaulah cicik berbunyi maknanya betullah cakap kita.

5. Biawak lintas jalan ada petanda urusan hari itu gagal tak boleh diteruskan. Jika diteruskan akan gagal.

6. Bila ada kupu-kupu masuk rumah akan ada tetamu nak datang ke rumah.

7. Bila tangan kanan bergerak-gerak akan ada rezeki, begitu juga bila tangan kiri bergerak akan habiskan rezeki yang ada.

8. Telik tapak tangan dan mempercayai urat-urat tertentu boleh membawa tuah atau sebaliknya.

9. Apabila ada pingan pecah maka akan ada bala nak datang atau ada sesuatu kemalangan akan berlaku.

10. Bila makan tersedak ada orang sebut nama kita atau ada orang sedang mengingati kita.

Masyarakat melayu morden pula percaya :

1. Rahsia tarikh lahir untuk motivasi diri.

2. Nombor tertentu membawa tuah dan nombor tertentu membawa bencana. Contoh no. 8888,9999 boleh bawa tuah dan no. 4444, 13 bawa musibah.

3. Percaya setiap individu ada nombor peribadi yang bertuah.(Nombor 1 hingga 9)

4. Percaya bahawa dalam bulan Januari hingga bulan Disember terdapat bintang-bintang tertentu jika lahir dalam bulan tersebut ada tuah-tuah tertentu dan keburukan-keburukan tertentu. Contoh bila lahir pada 20 Januari- 18 Februari (Bintang Aquarius) dan 22 Desember - 19 Januari (Bintang Capricorn). dan lain-lain.

{Kepercayaan ini telah berakar umbi dalam masyarakat kita terutama belia dan remaja oleh itu kita perlu menjelaskan kepada masyarakat percaya pada bintang ini adalah boleh bawa kepada syirik)

Kita wajib membuangkan segala bentuk kepercayaan orang-orang melayu yang tidak ada nas dalam al-Quran dan hadis Nabi S.A.W. kerana semua perkara ghaib mestilah ada nas dan rujukkan kepada dua sumber tersebut.

Sabda Nabi S.A.W. yang maksudnya : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan al-Sunnah Rasul-Nya." (Hadis Riwayat Malik)