Tuesday, April 7, 2015

Tazkirah & Soal jawab Agama Siri 16 (Pernikahan Wanita Hamil, Tasbih Fatimah, Hukum Guna Lambang Peace, Post Gambar Wanita Bertudung Dan Kafiat Surah Al-Kautsar)

Soalan no. 76

Soalan saya...Adakah sah pernikahan seorang itu sekiranya perempuan yang di nikah itu sedang hamil?

- Mohd Hanafi.

Jawapan : 

Assalamualaikum Mohd Hanafi : Jumhur ulama menjelaskan nikah wanita yang hamil sah samaada dia bernikah dengan lelaki yang menyebabkan wanita tersebut mengandung atau pun lelaki lain (yang bukan menyebabkan dia mengandung). Jika dia bernikah dengan lel...See More

Iddah untuk wanita mengandung yang bernikah secara sah adalah ketika melahirkan anak tetapi bagi wanita yang mengandung anak luar nikah jika bernikah sah samaada dengan lelaki yang berzina dengannya hingga mengandung atau lelaki lain.Nikah tersebut sah tetapi anak kandungan yang dilahirkan adalah anak luar nikah atau anak tak sah taraf. Anak tersebut tidak boleh di bin atau bintikan bapa tersebut kerana bayi yang dikandung oleh wanita tersebut bukan daripada pernikahan yang sah. 
Di dalam kes zina ini huraian ulama adalah seperti berikut :
Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung’ akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain.

Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.

Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)

Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.

Ia berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :

Ertinya : “..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati”

Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :

لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح
Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)

Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.

Lagi Displin Khas

Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.

Ia berdasarkan sebuah hadis yang ertinya :

“Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)

Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah.

Kesimpulan

Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertaubat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.

Dalam kes yang saudara kemukakan ini, wanita yang telah melakukan zina dengan lelaki tersebut maka anak yang dilahirkan adalah anak wanita tersebut darisegi keturunannya tetapi bukan anak kandung untuk lelaki tersebut kerana mereka tidak bernikah. Apabila mereka berdua berkahwin maka anak luar nikah tadi secara otomatik menjadi anak tiri kepada lelaki tersebut . Mereka (bapa dan anak luar nikah) telah menjadi mahram dan mereka boleh bersalaman. Wallahu a'lam

Soalan no. 77

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Mohon pencerahan.

Betul ker kafiatnya ?'

-Mohd Zuki Seman 



Jawapan :

Abu Basyer Hadis menjelaskan Tasbih Fatimah ini adalah hadis yang sahih, ia diriwayatkan oleh al-Bukhari - no.3113 dan juga diriwayatkan oleh Muslim - no.7090.

- Maka di dalam hadis ini kita dapati Rasulullah SAW memberikan satu amalan yang lebih baik daripada khadam yang diminta oleh Fatimah. Amalan tersebut ialah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. 

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada Nabi SAW seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Nabi SAW :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Hadis Riwayat Muslim)
Wallahu a'lam

Soalan no. 78

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Mohon pencerahan. Sahih ker Ustaz ?'

- Mohd Zuki Seman.




Jawapan : 

Waalakaumussalam Mohd Zuki Seman : PEACE bukan lah satu lambang yang baru sahaja diada-adakan oleh masyarakat, sebaliknya lamabang tangan berbentuk V tersebut adalah satu sunnah yang dicetuskan oleh Baginda Nabi SAW dalam beberapa hadis yang diberi taraf sohih oleh para Imam semua mazhab. 

Mengikut hadis Riwayat Ahmad dalam Sunannya: عن أبى أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من مسح رأس يتيم أو يتيمةلم يمسحه إلا لله كان له بكل شعرة مرت عليها يده حسنات ومن أحسن 

إلى يتيمةأو يتيم عنده كنت أنا وهو فى الجنة كهاتين وقرن بين أصبعيه (رواه أحمد ) 

Dari Abu Umamah dari Nabi saw berkata: barangsiapa yang mengusap kepalaanak yatim laki-laki atau perempuan karena Allah, adalah baginya setiaprambut yang diusap dengan tangannya itu terdapat banyak kebaikan,dan barang siapa berbuat baik kepada anak yatim perempuan ataulaki-laki yang dia asuh, adalah aku bersama dia disurga seperti ini,beliau mensejajarkan dua jari-nya. (Hadis Riwayat Ahmad) 

Mengikut Ustaz Fadhlulzaman, (Degree Syariah Universiti Al-Azhar, Master in UM), perilaku Rasulullah ketika menunjukkan jari-jarinya itu adalah sama seperti lambang peace yang diamalkan oleh pejuang-pejuang Palestin yang kerap kita tonton di media massa menunjukkan lambang peace.

Dalam hadis yang lain, 

أنا وكافل اليتيم فى الجنة هكذا وأشار بالسبابة والوسطى وفرج بينهما شيئا(رواه البخاري ، كتاب الطلاق ، باب اللعان ) 

Aku dan pengasuh anak yatim berada di Syurga seperti ini, Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah-nya dan beliau sedikit merengganggangkan kedua jarinya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Masha allah. Sesungguhnya sunnah nabi itu amat mudah dan barangsiapa melakukannya pahala, barangsiapa tidak mahu melakukannya, maka tiada dosa. Wallahuaklam.

Mengikut pendapat saya pula, simbol yang di beritahu dalam hadis tersebut merujuk kepada perbuatan Rasulullah SAW terhadap anak yatim, bukan ke'aman'an. Kebanyakan orang terutama perempuan, apabila mengambil gambar, mereka akan menayangkan simbol ini. Gambar juga dikenali sebagai pengenalan diri kita. Jadi, jika kita mengenalkan diri kita sebegitu, sudah tentu orang yang mengetahuinya dapat mengenalpasti. Bagi Yahudi, simbol itu menunjukan pengenalan diri bahawa dia seorang ahli pertubuhan Yahudi iaitu Illuminati. Maka, elakkanlah perbuatan ini semasa mengambil gambar, atau semasa kita bertemu sesama rakan. Apa yang disampaikan hadis itu pula, ia berkaitan dengan anak yatim, jadi ianya bukanlah menunjukan kita seorang anti-Kristian (antiChrist) iaitu pengikut Lucifer (Iblis). Kita hanya manusia biasa yang dapat mengkaji dengan sedikit ilmu sahaja. Walau bagaimanapun, setiap perkara bermula dengan niat dan tidak salah sekiranya ianya tidak menimbulkan fitnah kepada diri sendiri, keluarga mahupun agama dan akhir sekali Allah Maha Mengetahui. Wallahualam ..

Soalan no. 79

Bismillah. Assalamu'alaikum. Warohmatullahi Wabarokaatuh
Ustaz saya ada kemuskilan, Ada rekan fb saya cakap kalau kita pos gambar dakwah yg nampak wajah perempuan tak boleh, kerena kata nya nanti di akhirat mereka 
Cari kita ?

Mohon pencerahan nya Ya Ustaz. 

- Tri Kartini.



Jawapan : 

Waalakaumussalam warahmatullahi wabarakatuh Tri Kartini : Setiap amalan perlu kepada niat. Niat yang baik dan ikhlas mencari keredhaan Allah SWT akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Hukum asal meletakkan gambar yang menutup aurat dengan sempurna di wall atau status facebook hukumnya harus tetapi jika mnedatangkan fitnah kerana wajah terlalu cantik maka di larang kerana akan mendatangkan fitnah. Dalam hadis Rasulullah yang di larang adalah melukis gambar manusia atau haiwan di larang kerana gambar tersebut akan meminta nyawa pada si pelukis tersebut, dan pasti dia tak akan mampu memberi nyawa maka dia akan di masukkan ke dalam neraka.

Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku mendengar Muhammad berkata, “Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya”.” ( Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)

Gambar Yang Dilarang Adalah Gambar Makhluk Bernyawa:

... Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.”Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)

Soalan no. 80

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Mohon pencerahan di atas Kafiat Surah Al-Kautsar Ini?

-Mohd Zuki Seman.

KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT
Baca sekejap  (2minit)

RAHSIA SURAH ALKAUTSAR 
BISMILLAHI RAHMA
NI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

SURAH INI PALING PENDEK,

HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT

DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN

BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA,

KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK.

RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU,

WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN

LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI.

SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD

KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN 
DUA ORANG YANG DIKASIHI

IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN

BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :

 BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA,

MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.

JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR,

BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER,

INSYA ALLAH HILANG DAHAGA

JIKA SERING SAKIT MATA,

SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK,

SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.

JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR,

BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA

DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.

JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.

JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT

DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.

JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X,

ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)

1) BIARKAN DIDALAM INI TANPA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN.

2) ANDA SEBARKAN KEPADA SEMUA KENALAN ANDA.

RASULULLAH BERSABDA,

BARANG SIAPA MENYAMPAIKAN SATU ILMU SAJA DAN

ADA ORANG YANG MENGAMALKAN,

MAKA WALAUPUN YANG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA

(MENINGGAL DUNIA)

DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.

SELAMAT BERAMAL...

PINJAM 3 MINIT UTK BACA NI...

JGN LUPA KONGSI.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ 

Hantar ke semua group contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Jawapan :

Waalakaumussalam warahmatulahi wabarakatuh Mohd Zuki Seman : Semua ayat-ayat al-Quran adalah kalam Allah yang perlu di baca dan di amalkan dalam kehidupan kita kerana al-Quran adalah ayat-ayat Allah SWT yang di turunkan kepada Malaikat Jibril dan di sampaikan kepada Rasulullah SAW. Tidak ada keraguan di dalam al-Quran. Tetapi apabila kita melihat hadis-hadis yang menceritakan kebaikannya perlu kita berhati-hati kerana terdapat hadis yang tak sahih menceritakan kebaikan atau kafiat ayat tersebut. Jika tak terdapat hadis sahih maka tak perlu kita amalkan kerana di khuatiri bukan datang daripada Rasulullah SAW.

Tafsir Surah Al-Kautsar Ayat 1-3. Firman Allah SWT :

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (1)

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.(Surah Al-Kautsar (108) ayat 1)

Huraiannya : 

Orang-orang musyrik di Mekah dan Orang-orang munafik di Madinah mencemoohkan dan mencaci-maki Nabi sebagai berikut: 

a. Pengikut-pengikut Muhammad terdiri dari orang-orang biasa yang tidak mempunyai kedudukan, kalau agama yang dibawanya itu benar tentu yang menjadi pengikutnya pengikut-pengikutnya orang-orang mulia yang berkedudukan di antara mereka. Ucapan ini bukanlah suatu keanehan, karena kaum Nuh juga dahulu kala telah menyatakan yang demikian kepada nabi Nuh a.s.. sebagaimana firman Allah: 

فقال الملأ الذين كفروا من قومه ما نراك إلا بشرا مثلنا وما نراك اتبعك إلا الذين هم أراذلنا بادي الرأي وما نرى لكم علينا من فضل بل نظنكم كاذبين

Makasudnya, "Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnnya: "Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan 'kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang dusta". (Surah Hud ayat 27.

Sunatullah yang berlaku di antara hamba-hamba-Nya, bahawa mereka yang cepat menerima panggilan para rasul adalah orang-orang biasa, orang lemah karena mereka tidak takut kehilangan, karena mereka tidak mempunyai pangkat atau kedudukan yang ditakuti hilang. Dari itu pertentangan terus-menerus terjadi antara mereka dengan para rasul, tetapi Allah senantiasa membantu para rasul Nya dan menunjang dakwah mereka. 

Begitulah sikap penduduk Mekah terhadap dakwah Nabi SAW. pembesar-pembesar dan orang-orang yang berkedudukan tidak mau mengikuti Nabi karena benci kepada beliau dan terhadap orang-orang biasa yang menjadi pengikut beliau. 

b. Orang-orang Mekah bila melihat anak-anak Nabi meninggal dunia, mereka berkata, "Sebutan Muhammad akan lenyap dan dia akan mati punah". Mereka mengira bahwa kematian itu suatu kekurangan lalu mereka mengejek Nabi dan berusaha menjauhkan manusia dari Nabi SAW. 

C. Orang-orang Mekah bila melihat suatu musibah atau kesulitan yang menimpa pengikut-pengikut Nabi, mereka bergembira dan bersenang hati serta menunggu kehancuran mereka dan lenyapnya sebutan mereka, lalu kembalilah kepada mereka kedudukan mereka yang semula, yang telah diguncangkan oleh agama baru itu. 

Maka pada surah itu Allah menyampaikan kepada Rasul-Nya, bahwa tuduhan-tuduhan yang dilontarkan oleh orang-orang musyrik itu adalah suatu prasangka yang tidak ada artinya sama sekali. Namun semua itu adalah untuk membersihkan jiwa-jiwa yang masih dapat dipengaruhi oleh isu-isu tersebut dan untuk mematahkan tipu daya orang-orang musyrik, agar mereka mengetahui bahawa perjuangan Nabi SAW., pasti akan menang dan pengikut-pengikut beliau pasti akan bertambah ramai. 

Dalam ayat ini Allah menerangkan bahwa Dia telah memberi Nabi-Nya nikmat dan anugerah yang tidak dapat dihitung banyaknya dan tidak dapat dinilai tinggi mutunya, walaupun (orang musyrik) memandang hina dan tidak menghargai pemberian itu disebabkan kekurangan akal dan pengertian mereka. Pemberian itu berupa kenabian, agama yang benar, petunjuk-petunjuk dan jalan yang lurus yang membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2)

Maksudnya, "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah.(Surah Al-Kautsar (108) ayat 2)

Huraiannya :

Dalam ayat ini Allah memerintahkan Nabi-Nya agar mengerjakan solat dan menyembelih haiwan korban kerana Allah semata-mata, kerana Dia sajalah yang mendidiknya dan melimpahkan karunia-Nya. 
Dalam ayat lain yang sama maksudnya Allah berfirman: 

قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا أول المسلمين

Maksudnya, "Katakanlah: "Sesungguhnya salatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah. Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)". 
(Surah Al An'am) ayat 162-163.)

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ (3)

Maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.(Surah Al-Kautsar.(108) ayat 3)

Huraiannya :

Sesudah Allah menghibur dan menggembirakan Rasul-Nya serta memerintahkan supaya mensyukuri anugerah-anugerah-Nya dan sebagai kesempurnaan nikmat-Nya, maka Allah menjadikan musuh-musuh Nabi itu hina dan tidak percaya. Siapa saja yang membenci dan mencaci Nabi akan hilang pengaruhnya dan tidak ada kebahagiaan baginya di dunia dan di akhirat. 

Adapun Nabi dan pengikut-pengikutnya sebutan dan basil perjuangannya akan tetap akan berjaya sampai hari kiamat. 

Orang-orang yang mencaci Nabi, SAW bukanlah mereka tidak senang kepada pribadi Nabi, tetapi yang mereka benci dan tidak senang adalah petunjuk dan hikmah yang dibawa baginda, kerana baginda mencela kebodohan mereka dan mencaci berhala-berhala yang mereka sembah serta mengajak mereka untuk meninggalkan penyembahan berhala-berhala itu. 

Sungguh Allah telah menepati janji-Nya dengan menghinakan dan menjatuhkan martabat orang-orang yang mencaci Nabi,SAW sehingga nama mereka hanya diingat ketika membicarakan orang-orang jahat dan kejahatannya. Adapun kedudukan Nabi SAW. dan orang-orang yang menerima petunjuk baginda serta nama harum mereka diangkat setinggi-tingginya oleh Allah SWT sepanjang masa.

Selagi semua kafiat belum di sahkan dengan hadis sahih maka tidak boleh yakin akan kafiat tersebut. Kerana sesuatu amalan yang hendak di buat perlu ada nas atau dalil yang jelas samaada datangnya daripada al-Quran atau hadis sahih daripada Rasulullah SAW.



Tazkirah & Soal Jawab Agama Siri 15 (Minta Sedekah Ketika Makan, Cara Untuk Mendapat Akhlak Yang Baik, Sifat Ja'iz Dan Wajib Untuk Allah SWT, Pahala Membaca al-Quran Dan Wanita Di Seksa Di Neraka)

Soalan no. 71

Assalamualikum, betul ke orang cakap kalau kita tengah makan kita kedai,pastu dtg org mjual or minta sedekah pastu kite keluarkn duit utk mbeli atau bg sedekah nanti rezeki kite lambt dapat..klu nk bg duit biar lepas kita makan (sbb masa tu kita depan rezeki ).

- Ina Md Noor.

Jawapan : 

Waalakaumussalam Ina Md Noor : Jika kita sedang makan ada orang minta sedekah, berikan saja rm 1 atau rm 2, tidak perlu habis makan baru nak berikan sedekah. Tidak betul ada pendapat mengatakan jika kita berikan sedekah ketika makan nanti rezeki kita lambat dapat. Kepercayaan ini adalah kurafat tak ada nas yang sahih perlu di tinggalkan. Sebaik-baiknya jika kita sedang makan ada orang miskin minta bantuan kita ajak dia makan sekali, itu adalah lebih afdhal, dia makan apa yg kita makan. Lebih berkat lagi memberi makan orang yang susah atau kelaparan. Tetapi jika keadaan tak mengizinkan maka sebaik-baiknya kita berikanlah sedikit sumbangan kepada orang yang datang minta sedekah.

Jika ada orang menjual barang pula , ini atas kita jika kita tak beli pun tak mengapa kerana penjual tersebut adalah bekerja dengan syarikat jualan langsung atau barangan yg di ambil daripada kilang.

Soalan. no. 72

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Ustaz saya nak tanya bagai mana cara nya kita agar mempunyai 
akhlak yang baik, Mohon pencerahan nya. Terima kasih Ustaz

- Tri Kartini.

Jawapan :

Waalakaumussalam warahmatullahi wabarakaatuh Tri Kartini : Akhlak yang mulia dan baik adalah ciri-ciri orang mukmin yang bertakwa. Akhlak yang mulia dan baik di panggil sifat-sifat mahmudah sebaliknya pula akhlak yang buruk di panggil sifat mazmumah. Rasulullah SAW di utus oleh Allah SWT ke muka bumi adalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik. Untuk mendapatkan akhlak yang baik sebagaimana akhlak Nabi SAW perlu kepada proses tarbiah dan didikan kepada iman. 

Apabila imannya sempurna , tidak syirik dan tidak rosak maka denagn iman yang kuat inilah akan melahirkan seorang yang berakhlak dengan akhlak Islam. Akhlak berasal dari perkataan al-khuluq. Al-khuluq bererti tabiat atau tingkah laku. Akhlak yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam hadisnya yang bermaksud :“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik).” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Aisyah r.ha. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Sesungguhnya seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam'.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan." (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Jabir ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya orang yang sangat saya kasihi dan terdekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang terbaik akhlaknya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh dariku pada hari kiamat nanti adalah orang yang banyak bicara, sombong dalam pembicaraannya, dan berlagak menunjukan kepandaiannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya demi mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih dahulu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat terpuji. Islam benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman.

Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya.

Terdapat 10 ciri-ciri akhlak yang mulia akan menghiasi diri seseorang insan supaya ia menjadi seorang mukmin yang benar.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Bersifat warak dan meninggalkan perkara yang syubhat

Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan dari hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya

:Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat warak adalah sebagaimana Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : “Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah ia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan”

Kedua : Memelihara penglihatan.

Seseorang mukmin itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan boleh membawa ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungan dengan ini Al-Quranul Karim mengingatkat orang –orang mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah, firman Allah SWT maksudnya :
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". (Surah an-Nur ayat 30)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menghodohkan wajah kamu.” (Hadis Riwayat At Tabrani)

Ketiga : Memelihara Lidah

Seseorang mukmin itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, memfitnah, berdusta, berbohong, memaki-hamun dengan perkataan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba.

Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. “Ketahuilah, seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.”

Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya”
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bukanlah ia seorang mukmin (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Sabda baginda lagi maksudnya : “Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”
(Hasid Riwayat Baihaqi)

Keempat : Bersifat Pemalu.

Seorang mukmin mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada dan sifat-sifat seumpamanya.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman”. (Hadis Riwayat Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)

Berhubung dengan sifat malu ini para ulama mengatakan: “Hakikat malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.

Kelima : Bersifat Lembut dan Sabar

Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang mukmin ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas ‘amal Islami sehingga himmah dan lemah lembut mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.

Dari keterangan ini jelaslah, tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan”.(Surah al-Syura ayat 43)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?”.
(Surah an-Nur ayat 22)

“Dan apabila orang-oran jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan”.
(Surah al-Furqan ayat 63)

Sabda-sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud : “Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya.”

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya, Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: “Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah ikatan silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu.”

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Apabila Allah Subhanahuwata’ala telah menghimpunkan makkhluknya di hari kiamat, penyeru pada hari itu pun menyeru; “Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan”. Baginda bersabda: Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat. Kemudian mereka ditanya: “Apakah keistimewaan kamu”. Mereka menjawab: “Adalah kami ini apabila dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut”, lalu dikatakan kepada mereka: “Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang yang beramal”

Keenam : Bersifat Benar dan Jujur.

Seorang mukmin itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah SWT dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti ia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya.

Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa bersih, mulia dan terhindar dari tipu daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang dilaknat.

Rasulullah Sallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”.
(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaihi)

Ketujuh : Bersifat rendah diri

Seseorang mukmin mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-maranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yang miskin maupun yang kaya. Rasulullh Sallallahu’Alaihi Wasallam sendiri memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda maksudnya :

“Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takbur.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam hadis qudsi Allah berfirman maksudnya : “Kemuliaan itu ialah pakaianKu dan membesarkan diri itu ialah selendangKu. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari keduanya pasti Aku akan menyeksanya”.
(Hadis Qudsi Riwayat Muslim)

Kelapan : Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.

Menjauhi sangka buruk dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah SWT maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi penyayang”. (Surah al-Hujurat ayat 12)

Allah SWT berfirman lagi yang maksudnya : “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”
(Surah al-Ahzab ayat 58)

Dan Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Kesembilan : Bersifat pemurah.

Seorang mukmin mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, berharta dan berpangkat gugur dari jalan ini, lantaran rakus terhadap mata benda. Di dalam al-Quran al-Karim sendiri terdapat banyak ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.

Firman Allah SWT maksudnya : “Orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.” (Surah al-Anfal ayat 3)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak dianiayai”.(Surah al-Baqarah ayat 272)

Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pelajaran dari pesanan Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam maksudnya : “Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesepuluh : Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)

Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang mukmin mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, cara pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. Membina diri menajdi suri teladan merupakan peranan besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Firman Allah swt yang bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " ( Surah al-Ahzab Ayat 21 )

Marilah kita beramal dengan 10 ciri-ciri akhlak mulia dan terpuji seperti yang dinyatakan diatas. Akhlak yang mulia dan terpuji adalah asset yang besar di dunia dan akhirat. Jika di dunia kita akan dikasihi oleh manusia dan akan menjadi ikutan dan jika di akhirat akhlak yang mulia dan terpuji adalah menjadikan amalan yang memberatkan timbangan (mizan) kita di sana. Jadikanlah akhlak yang terpuji ini sebagai pakaian hidup kita dan menjadikan kita hamba Allah SWT yang diredai-Nya di dunia dan akhirat.

Soalan no. 73

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :  Saya tanya ustaz apa kedudukan sifat ja'iz bagi Allah SWT dan sifat wajib bagi Allah SWT. Wasalam ustaz

- Inong Suwita.

Jawapan : 

Waalakaumussalam waalakaumussalam warahmatullahi wabaraakatuh Inong Suwita : 

SIFAT-SIFAT JA'IZ BAGI ALLAH SWT.

1. Pengertian Sifat Ja’iz Bagi Allah SWT :

Kata “Jaiz” menurut bahasa berarti “boleh”. Yang dimaksud dengan sifat jaiz bagi Allah SWT ialah sifat yang boleh ada dan boleh pula tidak ada pada Allah SWT.

Sifat jaiz ini tidak menuntut pasti ada atau pasti tidak ada. Allah SWT bebas dengan kehendak-Nya sendiri tanpa ada yang menghendaki. Allah boleh saja tidak menciptakan alam ini, jika dia tidak menghendaki alam ini.

2. Pembagian Sifat Ja’iz Bagi Allah SWT.

Berbeda dengan sifat Wajib dan sifat Mustahil, sifat Jaiz bagi Allah SWT hanya satu, yaitu:

Ertinya: “Memperbuat segala sesuatu yang mungkin terjadi atau tidak memperbuat-Nya.”

Yang dimaksud dengan sesuatu yang mungkin terjadi adalah sesuatu yang boleh terjadi dan boleh juga tidak terjadi. Allah SWT bebas menciptakan dan berbuat sesuatu yang Dia kehendaki.

SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH SWT.

1. Pengertian Sifat Wajib Bagi Allah SWT

Sifat wajib bagi Allah SWT adalah sifat yang harus ada pada Zat Allah sebagai kesempurnaan bagi-Nya. Allah SWT adalah Khaliq, Zat yang memiliki sifat yang tidak mungkin sama dengan sifat-sifat yang dimiliki makhluk-Nya. 

Zat Allah SWT tidak boleh dibayangkan sebagaimana bentuk, rupa dan ciri-ciri-Nya. Begitu juga sifat-sifat-Nya, tidak boleh disamakan dengan sifat-sifat makhluk.

Sifat-sifat wajib bagi Allah SWT itu diyakini melalui akal (wajib aqli) dan berdasarkan dalil naqli (Al-Quran dan Hadis).

2. Pembagian Sifat-sifat Wajib bagi Allah SWT

Menurut para ulama ilmu kalam sifat-sifat wajib bagi Allah SWT terdiri atas 20 sifat. Dari 20 sifat itu kelompokkan menjadi 4 kelompok sebagai berikut:

a. Sifat Nafsiyah, yaitu sifat yang berhubungan dengan Zat Allah SWT. Sifat nafsiyah ini ada satu, yaitu Wujud.

b. Sifat Salbiyah, yaitu sifat yang meniadakan adanya sifat sebaliknya, yakni sifat-sifat yang tidak sesuai, tidak layak dengan kesempurnaan Zat-Nya.

Sifat Salbiyah ini ada lima, yaitu:

1. Qidam
2. Baqa’
3. Mukhalafatuhu lil-hawadis
4. Qiyamuhu bi nafsihi
5. Wahdaniyyah

c. Sifat Ma’ani, yaitu sifat-sifat abstrak yang wajib ada pada Allah SWT. Yang termasuk sifat ma’ani ada tujuh yaitu:

1. Qudrah
2. Iradat
3. Ilmu
4. Hayat
5. Sama
6. Basar
7. Kalam

d. Sifat Ma’nawiyah, adalah kelaziman dari sifat ma’ani. Sifat Ma’nawiyah tidak dapat berdiri sendiri, sebab setiap ada sifat ma’ani tentu ada sifat ma’nawiyah. Jumlah sifat Ma’nawiyah sama dengan jumlah sifat ma’ani, yaitu:

1. Qadiran
2. Muridan
3. ‘Aliman
4. Hayyan
5. Sami’an
6. Basiran
7. Mutakalliman

Kesimpulan : Apa yang di jelaskan sifat Ja'iz dan sifat Wajib bagi Allah SWT yang di jelaskan di atas adalah secara umum sahaja, setiap satu sifat perlu kepada penghuraian oleh ulama yang pakar bidang ilmu kalam dan usuluddin. Pemahaman ilmu tauhid atau bab akidah perlu kepada guru yang mengajar supaya penjelasannya dapat di berikan dengan lengkap dan sempurna.

Soalan no. 74

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...
Ustadz,, apakah ibadah membaca Al Qur'an yg seseorang bila membacanya tanpa tahu arti dan maknanya akan sia sia..,, mohon pencerahannya ustadz... Barokallah...

- Suhartini Heart.

Jawapan :

Waalakaumussalam warahmatullahi wabarakatuh Suhartini Heart membaca mushaf al-Quran tetap mendapat pahala kerana mushaf al-Quran adalah kalam Allah SWT. Setia satu huruf akan di berikan 10 pahala.Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih). Tetapi sebaik-baika membaca al-Quran adalah membaca terjemahannya supaya kita dapat memahami intisari al-Quran supaya kita dapat amalkan pula. Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Soalan. no. 75

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Mohon pencerahan. Betul atau tidak balasan sebegitu dasyat Ustaz ?'

- Mohd Zuki Seman 




Benarkah hadis ni riwayat Bukhari Muslim? Ada yg kata bukan. Saya tenguk di internet ramai yang quote kan riwayat Bukhari dan Muslim.. Minta jasa baik ustaz untuk tolong periksa.?.

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jawapan:

Hasil pemeriksaan saya. Di dapati hadis ini merupakan keratan dari hadis yang panjang didakwa dari Sayyidina 'Ali bin Abi Tolib r.a. dan Fatimah r.a.. Hadith tersebut ialah:

عن الإمام علي بن أبي طالب قال: دخلت أنا وفاطمة على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فوجدته يبكي بكاء شديدا فقلت: فداك أبي وأمي يا رسول الله ما الذي أبكاك؟ فقال صلى الله عليه وآله وسلم: يا علي ليلة أسري بي إلى السماء رأيت نساء من أمتي في عذاب شديد واذكرت شأنهن لما رأيت من شدة عذابهن

رأيت امرأة معلقة بشعرها يغلي دماغ رأسها، ورأيت امرأة معلقة بلسانها والحميم يصب في حلقها، ورأيت امرأة معلقة بثديها، ورأيت امرأة تأكل لحم جسدها والنار توقد من تحتها، ورأيت امرأة قد شد رجلاها إلى يداها وقد سلط عليها الحيات والعقارب، ورأيت امرأة عمياء في تابوت من النار يخرج دماغ رأسها من فخذيها وبدنها يتقطع من الجذاع والبرص، ورأيت امرأة معلقة برجليها في النار، ورأيت امرأة تقطع لحم جسدها في مقدمها ومؤخرها بمقارض من نار، ورأيت امرأة تحرق وجهها ويدها وهي تأكل امعاءها، ورأيت امرأة رأسها رأس خنزير وبدنها بدن حمار وعليها ألف ألف لون من بدنها، ورأيت امرأة على صورة الكلب والنار تدخل من دبرها وتخرج من فمها والملائكة يضربون على رأسها وبدنها بمقاطع من النار، فقالت فاطمة: حسبي وقرة عيني أخبرني ما كان عملهن وسيرهن حتى و ضع الله عليه هذا العذاب فقال صلى الله عليه وآله وسلم: يا بنيتي أما المعلقة بشعرها فإنها كانت لا تغطي شعرها من الرجال، أما المعلقة بلسانها كانت تؤذي زوجها،

أما المعلقة بثديها فإنها كانت تمتنع عن فراش زوجها، أما المعلقة برجلها فإنها كانت تخرج من بيتها بغير أذن زوجها، أما التي تأكل لحم جسمها فإنها كانت تزين بدنها للناس، أما التي شد رجلاها إلى يداها وسلط عليها الحيات والعقارب فإنها كانت قليلة الوضوء قذرة اللعاب وكانت لا تغتسل من الجنابة والحيض ولا تنظف وكانت تستهين بالصلاة، أما العمياء والصماء والخرساء فإنها كانت تلد من الزنا فتعلقه بأعنق زوجها، أما التي كانت تقرض لحمها بالمقارض فإنها كانت قوادة، أما التي رأسها رأس خنزير وبدنها بدن حمار فإنها كانت نمامة كذابة، أما التي على صورة الكلب والنار تدخل من دبرها وتخرج من فمها فإنها كانت معلية نواحه، ثم قال صلى الله عليه وآله و سلم: و يل لامرأة أغضبت زوجها وطوبى لامرأة رضى عنها زوجها ...

Potongan yang saya garis dan hitamkan itu adalah potongan yang diterjemahkan dan didakwa diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Hadith ini TIDAK SAHIH ia adalah satu PENDUSTAAN, ia juga bukan dari hadis al-Bukhari mahupun Muslim. Sebaliknya hadis ini disebarkan oleh beberapa kitab Syiah yang sememangnya terkenal suka melakukan pembohongan atas nama Nabi SAW., seperti kitab 'Uyun Akhbar al-Ridha (عيون أخبار الرضا), Bihar al-Anwar (بحار الأنوار) oleh al-Majlisi (المجلسي) dengan sanad yang dipenuhi dengan para pendusta dan individu yang tidak dikenali. Di bawah ini kami datangkan beberapa fatwa dari para ulama:

1. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi. Jilid:17. Hal:165.

ترى اللجنة أن هذه النشرة – يعني التي فيها الحديث - مكذوبة على رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وعلى من نسبت إليهم روايتها عنه ، يستحق من اختلقها أو روَّجها الوعيد الثابت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، بقوله : ( من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار ) متفق على صحته

Maksudnya: "Pihak Jawatankuasa Fatwa melihat penyebaran hadis ini adalah satu PENDUSTAAN ke atas Nabi SAW., dan ke atas sesiapa yang dinisbahkan kepada mereka periwayatannya. Sesiapa yang mereka-reka dan menyebarkannya ia layak mendapat ancaman dari Nabi SAW dengan sabda baginda: "Sesiapa yang berbohong ke atas ku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat tinggalnya di dalam neraka." hadis ini telah disepakati kesahihannya."

2. al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdillah bin Baz di dalam Majmu' al-Fatawa. Jilid:8. Hal:305, berkata:

هذا الخبر معروف ، يتداوله كثير من الناس ، وهو باطل ومكذوب على النبي صلى الله عليه وسلم ، وليس له أصل ، وهو من الموضوعات المكذوبة على النبي صلى الله عليه وسلم ، وعلى علي وفاطمة رضي الله عنهما ، وما أكثر ما يكذبه بعض الشيعة على علي رضي الله عنه ، فينبغي لمن وقع في يده شيء من هذا أن يتلفه ، ويخبر من حوله بأنه كذب ، والله المستعان

Maksudnya: "Hadis ini diketahui ramai, disebarkan oleh ramai orang, ia adalah hadith yang BATIL dan DUSTA ke atas Nabi SAW. Ia tidak ada asalnya, termasuk di dalam hadith-hadith PALSU yang didustakan ke atas Nabi s.a.w, ke atas 'Ali dan Fatimah r.a. Teramat banyak perkara yang telah didustakan oleh sebahagian Syiah ke atas 'Ali r.a. Maka hendaklah sesiapa yang sampai kepadanya hadith ini, untuk dia menghapuskannya dan memberitahu tahu kepada orang lain yang hadith ini adalah satu PENDUSTAAN. Allahlah tempat meminta pertolongan."

Pesanan: "Berhati-hati menerima maklumat dari Internet."

Riwayat yang menyatakan bahawa sehelai rambut wanita yang di lihat oleh lelaki bukan mahram dengan sengaja balasannya 70,000 tahun di neraka bukan hadis sahih dan tak perlu di sebarkan.

WANITA PENGHUNI NERAKA BERDASARKAN HADIS-HADIS SAHIH - 

Cukupkah kita menggunakan hadis sahih untuk menceritakan seksaan wanita di neraka.

Mengenai hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah SAW tentang penghuni Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan Neraka yang majoriti penghuninya adalah wanita. Tetapi hadis ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Neraka dan menjadi majoriti penghuninya, namun demikian sebab-sebab tersebut disebutkan dalam hadis lainnya.

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah SAW. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah SAW melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”

(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud hadis di atas dengan pernyataannya :

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sukar menerima jika diajak kepada akhirat.”

(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)


Saturday, April 4, 2015

Tazkirah & Soal Jawab Agama Siri 14 (Fadilat Solat Berjemaah, Mimpi Jumpa Ibu bapa, Makan Telor Mentah dan Meja Makan, Mimpi Di Berikan Baju Hijau, Mimpi Di Beriak Air , Lelaki Muncul Di Dalam Mimpi, dan Di berikan Hadiah Oleh Raja, Mimpi Di ceraikan Suami dan Jumpa Lelaki yang Tak Di Kenali Dan Mimpi Lemas)

Soalan no. 66

Assalamualaikum..nak tanya apa kelebihan solat jemaah selain pahala lebih?

- Nurul Anis Fadleen.

Jawapan : 

Waalakaumusalaam Nurul Anis Fadleen : Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah dua orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Tuntutan berjemaah pada solat lima waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah SAW pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah apabila mendengar azan tetapi engan menunaikannya solat berjemaah di masjid. Walaupun baginda tidak pernah melaksanakan perkara tersebut, namun amaran keras baginda mengenai perkara ini menunjukkan amalan solat berjemaah di masjid adalah suatu suruhan yang amat penting.

Nabi SAW. mewasiati umatnya supaya tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Dari Ibnu Mas'ud r.a berkata, " Barangsiapa ingin berjumpa dengan Allah pada hari qiamat sebagai seorang Muslim, maka hendaklah ia menjaga solat lima waktu di tempat azan dikemundangkan (di masjid), kerana sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabi kamu Sunanul-huda (jalan-jalan petunjuk dan kebaikan), dan sesungguhnya solat berjemaah lima kali di tempat azan dikumandangkan adalah termasuk sunanul-huda. Apabila kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana solatnya orang yang suka tinggal di rumahnya (tidak mau berjemaah), bererti kamu meninggalkan sunah Nabi kamu. Tiada seorang lelakupun yang berwuduk dengan sempurna, lalu pergi ke salah satu masjid, kecualai Allah mencatat untuknya pada setiap langkah yang dilaluinya satu kebaikan, mengangkatnya satu darjaat, dan menghapuskan dengannya satu kesalahan (dosa). Sungguh aku melihat di kalangan kami tak ada orang yang meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali orang munafik yang telah jelas kemunafikannnya. Dan sungguh, pernah ada seorang lelaki (kerana uzur) di dipapah oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah, sehingga ia diberdirikan dalam saf".

Dalam riwayat yang lain disebutkan, : "Sungguh aku telah melihat di kalangan kami tak ada orang yang meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafik annnya atau orang sakit. Jika dapat, maka seseorang akan berjalan dengan dipapah oleh dua orang sehingga ia mendatangi solat (berjemaah di masjid)"

Ibu Mas'ud berkata, " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajari kamu sunan ul-huda, dan sesungguhnya sebahagian dari sunanul-huda itu adalah solat di masjid yang mana azan dikemanadangkan di dalamnya" ( Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa'i, Ibu Majah- at Targhib)

Seorang sahabat, Abdullah bin Ummi Maktum pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. kemungkinan adanya keringanan untuk solat di rumah.
"Ya Rasulullah, aku seorang buta. Rumahku jauh dari masjid. Aku punya seorang. Adakah kelapangan bagiku untuk solat di rumah sahaja?."
Rasulullah balik bertanya, "Apakah engkau mendengar azan?"
Abdullah menjawab, "Ya aku mendengarnya."
Rasulullah bersabda, "Aku tidak membenarkan bagimu untuk solat di rumah." (Hadis Riwayat Muslim dan Nasa'i)

Soalan no. 67.

Assalamualikum ustaz kawan-kawan saya terlah bermimpi yang berbeza bolehkah ustaz berikan tafsiran mimpi-mimpi tersebut?

Mimpi-mimpi tersebut adalah seperti berikut :

1. Bermimpi berjumpa ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Mereka berdua dalam keadaan tersenyum.

2. Bermimpi memakan telur mentah.

3. Melihat meja makan penuh dengan makanan.

- Pendakwah Khalifah.

Jawapan : 

Waalakaumussalam Pendakwah Khalifah tafsir mimpi-mimpi tersebut adalah seperti berikut 

1. Dalam buku Tafsir Mimpi Menurut Islam (TMMI) karangan Imam Ibnu Sirin m/s 92, mimpi berjumpa kedua ibu bapa kita yang telah meninggal dunia hidup semula kita akan terlepas daripada kesusahan hidup. Urusan yang sedang kita lakukan akan berhasil insya Allah. Ibu bapa yang tersenyum adalah petanda mereka berbahagia di alam barzakh, isnya Allah.

2. Dalam TMMI m/s 194 mimpi memakan telur mentah bermaksud makan harta yang haram atau akan di timpa kesusahan. Sebahagian ahli tafsir mengatakan dia melakukan kejahatan.

3. Dalam TMMI m/s 234 mimpi melihat meja makan penuh dengan makanan bermakna orang yang bermimpi akan hilang kesusahan dan akan mendapat kesenangan dan kebahagiaan. Makanan yang di lihat adalah petanda rezeki untuknya. Sebahagian ahli tafsir menafsirkan meja makan adalah lelaki mulia lagi pemurah atau berkawan dengan lelaki yang mulia lagi pemurah.

Soalan no. 68.

Apa makna mimpi diberi seragam hijau,jadi apa makna seragam hijau tersebut? seragam tersebut di beri oleh orang yang kita tak kenali....

-Nik Mohd Faizul.

Jawapan : 

Nik Mohd Faizul : Dalam TMMI m/s 275 mimpi di berikan pakaian warna hijau baik takwilnya Ia di ertikan sebagai kekuatan atau banyak beribadah. Jika melihat orang yang sudah mati seolah-olah dia memakai pakaian hijau bermakna tempatnya baik di sisi Allah SWT, kerana pakain hijau adalah pakaian penghuni syurga. Memakai pakaian hijau juga di ertikan sebagai berhasil mendapatkan harta pusaka.

Soalan no. 69. 

Assalamualaikum,  ustaz Abu Basyer..mohon ustaz beri tafsiran mimpi :

1. Orang yang ada pertalian darah dengan kita menuangkan air ke tapak tangan atau bekas(krng ingt dgn jelas)dan kita minum air itu..air itu sgt sejuk.

2. Mimpi seorg lelaki yg tak di kenal muncul dlm mimpi..adakah lelaki itu musuh?

- Seri Sofia.

Jawapan :

Waalakaumussalam Seri Sofia : Dalam buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam (ETMMTI) m/s 551 Mimi di berikan air yang jernis dan sejuk bererti baik kehidupannya terutama jika air tersebut di minum. Sebahagian ahli tafsir mimpi menyatakan bertambah ilmunya dan penghidupannya kearah yang lebih baik. 

Jika melihat lelaki yang tidak di kenali menurut ETMMTI m/s 116 itu adalah datuknya . Seperti yang di lihat di dalam mimpi.

Soalan no. 70

Assalamualikum saya pernah bermimpi :

1. Diberi kenderaan emas oleh raja. 

2. Selang beberapa hari saya bermimpi pula saya bercerai dengan suami saya.. dan 

3. Sekarang saya bermimpi saya lemas. .sehingga terasa banyak air didalam mulut dan apabila saya terkejut dan bangun dari tidur memang ada air yang banyak dalam mulut saya..

- Nurchya Rosli.

Jawapan : 

Waalakaumussalam Nurchya Rosli ; 

1. Di berikan kenderaan emas oleh raja sebagai hadiah. Dalam ETMMTI m/s 223 menerima hadiah daripada orang yng berkuasa adalah kebaikan dan terpuji. 

2. Mimpi bercerai dengan suami dalam ETMMTI m/s 121 tafsirnya bahawa dia menghindari kekuasannya (hilang pengaruh atau kuasa) kerana tafsiran mimpi berkahwin bererti memperolehi kekuasaan bergantung kedudukan lelaki atau wanita yang dia kawini.

3. Mimpi lemas terminum air laut dalam ETMMTI m/s 546 jika airnya jernih bererti mendapat yang baik baginya dan mendapat kekuasaan